Adrian keluar dari perut kereta Ferrari miliknya.usai menutup pintu kereta dia meregangkan sedikit tubuhnya akibat penat memandu.
"Silakan masuk tuan muda"sapa Ray iaitu salah seorang pekerja Adrian yang sedang berdiri di tepi pintu sambil membukakan pintu untuknya tapi pantas Adrian menghalang.
"Takpe ,aku masih ada tangan boleh bukak pintu ni"ujar Adrian dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.Ray hanya tersenyum dan menunduk hormat ke arah Adrian .Adrian hanya mengangguk sedikit dan berjalan ke arah ruang tamu untuk berbaring di atas sofa empuk.
Dia meraup wajahnya kasar.serabut! Adik kembarnya baru sahaja memaklumkan kepadanya bahawa anak buah Shark sedang memerhati ketika Adam bersama dengan adik perempuan mereka.
Dia masih memikirkan cara untuk menyelamatkan adiknya.Dia melonggarkan sedikit tie pada lehernya dan baju dikeluarkan dari seluarnya.Beg sekolahnya usah ditanyalah kemana dia mencapak beg sekolahnya pon dia tidak tahu.
"Din tolong cari kejap beg sekolah aku then letak dalam bilik aku"ujar Adrian dengan mata tertutup.
"Baik, tuan muda"ujar Din lalu mencapai beg sekolah yang dilempar oleh Adrian.Beg tersebut berada di hadapan pintu masuk rumah agam milik Adrian dan Adam.
Adam meramas rambutnya yang hitam keperangan dengan kasar.Akibat terlalu letih dia tertidur.Baru sahaja dia ingin melelapkan mata terdengar suara Adam dari luar yang menjerit jerit memanggil namanya.
"Aduh!aku nak tidur ada saja bala datang"Adrian buat buat tidur.
Adam yang menjerit jerit memanggil nama abangnya terus membuka pintu utama rumah itu dengan tergesa gesa sapaan dari pekerja abangnya juga tidak dihiraukan saat ini yang penting dia nak cari abangnya . Tengku Iffat Adrian Aisy perlu dicari.Pekerja mereka hanya tersenyum melihat keletah adik majikannya.
Adam berjalan menuju ke sofa setelah nampak kelibat abangnya yang sedang tidur jelas riak penat pada wajah abangnya.tapi dia tak hiraukan!
"Abang bangun bang!bangun!!abang bangunlah!aku nak cakap sikit ni!"Adam menggoncang kuat tubuh abangnya.
Adrian membuka mata dan terpisat pisat matanya memandang Adam.Dia mendengus geram.
"Kau pahal Adam?"ujarnya dan kembali menutup mata .
"Aku dah jumpa adik kita bang!"ujarnya jelas terpancar riak gembira dan bahagia pada wajahnya.
"Aku tau" ujar Adrian yang masih menutup matanya.
"Abang nii nak penat kenapa sangat bukannya buat apa pon"Adam memuncungkan bibir.
Adrian membuka matanya dan merenung adiknya tajam kemudian dia menutup kembali matanya.Dia benar benar letih saat ini dan dia perlukan rehat!
"Kau tidur pukul berapa semalam?"soal Adam.
"4"
"Apasal tidur lewat sangat?kau tidur mana semalam?"
"Kerja.office"
"Kau nii dahlah rest la dulu."ujar Adam dan terus bangun dari duduknya mendekati abangnya.
"Kau naiklah mandi dulu kot ya pon.lepastu solat jangan lupa. Lepastu kau nak membuta terus pon takpe. Kau tak nak makan?"
Adrian menggeleng dan memicit pelipisnya.
"Pahal bising bising ni tho.Aku yang dari atas boleh dengar."ujar Isyrafi yang sedang menuruni tangga.
"Ni haa Ad.Aku suruh naik masuk bilik taknak.Nanti nak ajak makan pon taknak.Perut dia tuu dahla cepat masuk angin.haih Ad Ad"
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Kısa Hikaye[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...