"Aku terima nikahnya Tengku Nur Aisyiqah Azira bt. Tengku Muhd Shah dengan mas kahwinnya 2000 ribu ringgit tunai"ujar Isyrafi dengan hanya sekali lafaz aku dah sah menjadi isterinya.
Air mataku mengalir lesu. Afna disebelah kiriku hanya menepuk bahuku mengucapkan tahniah.
Isyrafi mendekatiku untuk upacara pembatalan air sembahyang. Dia memegang daguku dan mengangkatnya supaya wajahku memandangnya. Dia terus menyarungkan cincin bertakhta berlian itu di jari manisku.
"Salam lah"ujar Afna.
Aku pulak tersipu .Adoiyaii..
Aku menyalaminya dan mencium tangannya. Selepas itu dia mencium dahiku .lama.
"Dah dahlah tu.. Nanti sambung dalam bilik"ujar Umi sambil mengerling ke arahku.
Aku rasa pipiku berbahang sebab malu. Isyrafi memandang wajahku dan tersenyum sinis.
Aku memaut lengan sasa miliknya dan berjalan seiringan ke arah Adam dan Adrian yang sibuk berbual dengan kawan kawan mereka.
"Bro, tahniah bro! Kahwin jugak kau"ujar Jay kepada Isyrafi.
Aku meminta diri untuk pergi berbual dengan kawan kawanku.
"Waa.. Syiqah !tak sangka aku.. Sedar tak sedar kahwin jugak kau akhirnya"ujar Afna sambil memelukku erat.
"Jangan lupa kitorang eh Syiqah? "Ujar Daniel pula. Aku mengangguk.
"Syiqah, kalau ada masalah aku akan tolong kau tak kira apapun jadi. okey? "Ujar Rayyan pula. Aku tersenyum dan mengangguk.
Tiba tiba ada sepasang lengan kekar memeluk pinggangku dari arah belakang. Dagunya diletakkan pada bahuku.
"Amboi, sembang ape tu? "
"Sembang perpisahan je"dia mencubit pipiku lembut pipiku.
"Oii, nak buat drama masuk bilik lah! "Ujar Amri pula.
Aku menjeling.
"Hish sibuklah kau! "Mereka ketawa.
Isyrafi mengajakku pulang selepas selesai bersalam dengan semua tetamu yang hadir .Kerana malam ini ada majlis bersanding pula.
Lepastu aku akan tinggal di rumah agam milik Isyrafi pula.
Aku masuk ke bilik untuk merehatkan diri. Baru sahaja aku mahu terlelap tiba tiba tubuhku ditolak kasar hingga aku terjelepok jatuh.
"Aduh! Sakitlah! "
"Sorry, tak sengaja"dia tersenyum sinis.
Aku malas nak bergaduh so, aku bangun dan tidur di sofa.
"Hoii, bangunlah bersiap malam ni kan nak bersanding"aku bangun dan mengangguk kecil.
Aku terus turun dari sofa dan mencapai kain tuala lalu memboloskan diri di dalam bilik air. Selesai mandi dan bersiap.
Aku dengan Isyrafi berjalan beriringan masuk ke dalam perut kereta. Sesampainya di sana ,aku cuba tahankan hatiku walaupun agak terguris.
Boleh dia abaikan aku pastu layan aku macam tunggul? Nasib baiklah ada kawan aku untuk borak takde la tebal sangat muka ni..
Dan setibanya di rumah umi aku terus mencari Isyrafi. Nasiblah malam ni tidur rumah Umi. Tapi tulah! Dua ekor tu mengekor jugak nak tinggal dengan umi sebab esok aku akan pindah dah.
Ceih ! Macamlah aku ni pergi tak kembali...bertuah betul aku dapat abang macam ni! Err.. Menyampah!
Dan apabila aku masuk ke bilik ..Isyrafi keluar dari bilik air dan hanya melilit tuala pada paras pinggang. Terserlah badannya yang tegap.
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Cerita Pendek[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...