"Weh,Raz kau kat mana?"
"Aku dekat taman mini lah.kenapa kau call Syiqah?"
"Ouh,Ray ada tak dengan kau?"
"Weh!kau agak agak ah Syiqah!kau ingat aku gay ke nak berkepit je dengan Rayyan tu?Aku pon dah lama tak tau khabar pasal Ray.asal kau tanya ni?"
"Ouh,tak ni ha aku pelik.Dia dah siap kan assignment yang sir gila tu bagi.present Semua perfect!itu yang aku pelik tu"
"Okey,ah weh!nanti call lain..ni ha Hafiz nak aiskrim pulak dah!"
Dia mematikan talian.Aku hanya mengeluh.
Aku berfikir balik pada keadaan rumah tanggaku dengan Isyrafi.Macam retak menanti belah.
Dah dekat 6 bulan aku kahwin dengan Isyrafi.Sejak peristiwa dia mandikan aku beberapa bulan lepas.Dia terus angkut barang dia dan pindah bilik bawah dan dia langsung tak kesah aku tidur atas katil.
Tiba tiba aku terasa mual dan pening.Aku segera masuk kedalam toilet dan memuntahkan segala isi perutku.aku mencuci mulutku dan berjalan keluar dari bilik air .Aku terbaring lemah di atas katil.
"Aisyiqah!!!"tersentak aku mendengar namaku dilaung kuat.Bergema satu rumah.
Aku bingkas bangun walaupun tubuhku tak bermaya.
"Ke--kejap"ujarku lemah.
Aku menuruni tangga berhati hati dan kepalaku betul betul rasa pening dan pandanganku kabur.
"Syiqah!"sebelum semuanya gelap.
Aku mencelikkan mataku dan memandang ke atas.siling putih.aku Kat mana?
Dia duduk disebelahku dengan wajah bengis.
"Kau mengandung.2 bulan"ujarnya tanpa sebarang riak.
Aku terkejut..aku me--mengandung?tak lama lagi aku akan jadi Ibu?Ya Allah terima kasih.Syukur alhamdullilah.
Tanpa aku sedar aku mengalirkan air mataku.
"Tapi aku taknak budak tu"
Aku terkejut.hah?
"Bu--budak mana yang awak maksudkan?"soalku.
"Budak dalam rahim kau"dia terus keluar.
Aku tergamam.Dia taknak anak dia sendiri?tapi kenapa?
Perlahan lahan aku mengusap perutku yang masih kempis.Sabar ye sayang.selagi mama ada mama akan jaga anak mama elok elok.
Biarlah papa nak buang sayang.mama ada okey?Air mataku mengalir lebat.Sayang tolong kuat demi mama ye.
Dan tiba tiba pintu wad dikuak oleh seseorang.Harraz masuk.
"Weh kau macam mana ?doktor kata apa?"soalnya risau.
"Aku mengandung Raz"aku hanya menunduk.Harraz sudah terloncat loncat macam kera.
"Wah!tahniah weh!tahniah .Dah berapa bulan?"
"2"
"Wah!tak sabarnya!tak lama la--"
"RAF tak nak anak aku"air mataku laju mengalir.
Jelas riak terkejut pada wajah Harraz.
"Ka--kau bi--biar betul?"
Aku mengangguk.Harraz terus meraup raup wajahnya kasar .
"Raz,aku nak mintak tolong sikit boleh?"
"Apa?"
"Tolong rahsiakan kandungan aku"air mataku kini mengalir lebih lebat.Aku mengusap lagi perutku.Aku memandang Harraz meminta simpati.
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Historia Corta[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...