Aisyiqah bangun dan keluar dari biliknya sambil mengusap perutnya yang makin membuncit.
Kandungannya yang sudah berusia 9 bulan tersebut digosok perlahan .
"Mama...."Panggilan sayu tersebut membuatkan Aisyiqah menghentikan langkahnya .
Dia menoleh dan jelas kedengaran suara seseorang yang sedang menangis .
Dia mendekati pintu bilik tersebut dan mendekatkan telinganya pada pintu .
"Mama..."hanya itu yang disebut Rayfers .
Pintu dikuak sedikit dan kepalanya dijengukkan ke dalam bilik Rayfers .
Rayfers yang sedang tidur sambil air matanya berderai .
"Rayfers memang macam tu ..kesian dia ..derita .."ujar Mikay dari belakang .
Terkejut bukan kepalang Syiqah dengan sergahan Mikay .
"Mak kau meletop !!"latahnya .
Mikay dengan muka dinginnya hanya memandang Aisyiqah acuh tak acuh sahaja .
"Kau kenapa datang bilik abang aku ?"soalnya dingin .
Syiqah menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum tersengih .
"Aku dengar orang menangis tadi..."ujarnya jujur .
Dan Mikay hanya diam sambil memandang abangnya yang sedang mengigau sambil memanggil mamanya dengan tangisan yang tak henti henti .
"Dahlah..pergilah masuk bilik kau ..tak payah peduli pasal dia ..Kau kan benci dia ..."sinis nya .
Syiqah terdiam sebelum matanya kembali memandang Rayfers .
"Kenapa dengan dia ?"
"Dia cuma bahagia "ujar Mikay berkias .
Membulat sedikit mata Syiqah dengan pernyataan Mikay .
Aku cepuk jugak budak ni kan !
Baru Aisyiqah hendak melangkah tiba tiba Ari arinya terasa sangat sakit ! Macam nak tercabut !
Serta merta dia terduduk sambil memegang perutnya .
"Mikay !!!! "Jeritnya dengan muka yang sudah berpeluh .
Mikay menoleh dengan wajah cemas dan diikuti Adrian ,Adam dan Qaisara turut keluar dari bilik apabila terdengar jeritan Syiqah .
"Eh kenapa ni ?"soal mama dengan muka hairan .
"Rasanya dia dah nak beranak ni "celah Rayfers dan tubuh kecil yang sedang sarat tersebut didukung dan dibawa masuk ke dalam kereta .
Mereka yang lain hanya mengikut .
"Saya cari hospital yang terdekat eh ?kejap tau..tahan sikit je .."pujuk Rayfers apabila dirasakan cengkaman Syiqah pada lengan bajunya semakin kuat .
"Sakit..."rintihnya perlahan .
Sayu pula hati Rayfers apabila mendengar rintihan dari gadis kesayangannya itu .
Andai dapat ditukarkan rasa sakit tersebut kepada nya.dia sanggup . Asalkan gadis kesayangannya itu tidak merasa sakit walau sebesar zarah sekalipun .
"Sakit.."
"Sakit..."
Sesampainya di hospital ,Rayfers terus mendukung Syiqah dan diletakkan atas katil kecemasan yang ditolak oleh beberapa orang nurse yang bertugas .
Rayfers dengan muka panik hanya mampu mengeluh lega apabila Aisyiqah berjaya dimasukkan ke dalam wad bersalin .
"Syiqah selamat?"soal Adam yang baru sahaja sampai .
YOU ARE READING
Kerana Dia..
Short Story[S L O W U P D A T E D] '*PERKAHWINAN PERMULAAN PENDERITAAN'* Aisyiqah, Kerana cinta dia terpaksa berkorban.kerana terhutang budi dia terpaksa relakan hati.Dia terpaksa menjaga 3 hati dan melukai hati 1 lelaki yang benar benar tulus mencintainya.K...