bab 34 (koma )

152 4 0
                                    

"Abang..Syiqah datang ni "ujar Aisyiqah sambil mengambil tangan suaminya dan dikucup penuh kasih .

"Abang..kita dapat baby boy tau.."Dia mencium seluruh wajah suami yang dicintainya .

"Abang bila abang nak bangun ?Syiqah tunggu abang lama dah abang..dah seminggu abang tetap macamni..abang tak Sayang Syiqah dah ke ?janganla benci Syiqah bang..Syiqah Sayang abang.."air matanya mula mengalir untuk kesekian kalinya dan mengusap lembut rambut Isyrafi .

Syiqah ?Syiqah datang untuk abang ?besar jasa Syiqah untuk abang kan selamani ?abang je yang tak pandai hargai !abang jahat !

Baby boy ?alhamdullilah,semoga dia mampu menjadi orang yang soleh suatu hari nanti .

Syiqah tolonglah abang..abang tak dapat gerak sayang.. Abang sakit..sakit sangat...

Tak Sayang !abang takkan bencikan Syiqah lagi..

Cukuplah selamani abang seksa hidup Syiqah..

Syiqah tolong abang..

"Abang...janganlah nangis..Syiqah minta maaf ye abang ?"ujar Syiqah sambil menyeka air mata yang mengalir dari tubir mata suaminya .

"Nanti abang bangun cepat tau !bolehlah abang tengok Syiqah lahirkan cinta hati kita tau bang"

Syiqah tolong jangan seksa abang macamni Sayang...abang tak larat nak bangun lagi Sayang...abang penat Sayang...

Izinkan abang untuk tidur Sayang..

"Abang..Syiqah Sayang abang..nanti Syiqah nak namakan anak kita tengku Fathul mukminin boleh kan bang ?maksud dia pun elok tau bang "

Diam.

"Maksud Fathul ialah kemenangan dan Mukminin pulak orang orang yang beriman .sedap kan bang nama tu ?"

"Syiqah..dahla ..jomlah makan..kau tak makan dari pagi tadi lagi.."ujar Adrian .

"Kejaplah bang..Syiqah tak puas lagi cakap dengan suami Syiqah ni "ujar Aisyiqah dan mencebikkan mulutnya sedikit tanda merajuk .

"Betul tu ..Syiqah kau kena makan jugak nanti kau sakit macam mana ?baby kau tu lapar tu kesian dia "pujuk Adam pula .

Aisyiqah menghela nafas berat .

"Macam mana Syiqah nak makan bang bila tengok keadaan suami Syiqah macamni ?"

"Tapi yang tu untuk kesihatan kau jugak cik Syiqah oiii ..dah jom makan !"pujuk Adam lagi .

Aisyiqah memandang sayu wajah suaminya dan kemudian menyeka air mata yang masih mengalir dari tubir mata Isyrafi .

"Abang...kejap lagi Syiqah datang balik tau .."

Kerana Dia..Where stories live. Discover now