bab 26 (Arisya )

56 6 0
                                    

Aku berjalan dan mendaki tangga.aku memulas tombol pintu dan menjengukkan kepala dan dia masih tidur lena .

Aku mendekatinya perlahan.

"Tuan..bangun..taknak pergi kerja ke?"Dia menggeleng.

"Hm..tuan tak kan nak ambil MC lagi?baru beberapa hari lepas tuan dah ambil MC kan?"

Dia membuka sedikit matanya dan menutup matanya kembali .

"Aku tak laratlah..aku sejuk sangat..kau ni tak sejuk ke?"

"Hah?sejuk?dah tengahari ni Tuan..nak sejuk apanya?"

Dia mengangguk.

"Mmm..Sejuk.."jelas tangannya yang menggigil dan memegang selimut erat.

Aku mendekatinya dan meletakkan belakang tanganku di dahinya.

Okey,panas.

"Tuan nak makan?"

Dia menggeleng.

"Roti?"dia masih geleng.

"Bubur nak?"dia geleng

"Nestum?"kalini dia mengangguk.

Aku tersenyum dan berura ura hendak bangun tetapi tangannya memegang tanganku erat.

"Arisya..."aku tersentak.

"Aku rindu dia..."air matanya mula mengalir lesu walaupun matanya tertutup.

Tahankan hati Syiqah.!

"Kenapa dia selalu tinggalkan aku?Aku rindu dia..."walaupun suaranya sayu dan kedengaran lemah .Aku Tetap rasa macam nak nangis.

Sebab yela,sakit sakit pon dia still ingat Arisya..aku ni?kalau mati pon belum tentu ada yang ingat.

Aku mengelus rambutnya perlahan dan meminta diri untuk ke dapur.

Selesai membuat nestum aku bingkas berjalan mendaki tangga.

"Tuan,makanan dah sampai.."

"Mmm...taknak la"dia masih menutup mata.

Ahh!!aku lepuk kang!

"Ni saya dah buatkan nestum .makanlah sikit."

"Mmm...kaulah suapkan"dia memuncungkan bibirnya.

Eii mengadanya!!

"Okey.."aku malas nak melayan karenahnya jadi aku iyakan jela.

Aku menyuapnya dari sesudu sehingga licin.

"Okey,good boy ..dah pergi mandi lepastu rehat okey?"

"Aaaa..nak kau mandikan aku..nak kau mandi kan aku.."dia mula pusingkan badannya ke Kiri dan ke kanan.

Aku menepuk dahi.Ahh kenapa dia nii mengada..seketika kemudian telefon berdering.

"Ye.Ray?"

"Ouh..banyak ke?bila sir tu nak?hah?esok?"

"Haa okey okey..thanks weh..yela yela I love you bangang!ha la nak sangat kan?"

"Hahaha okey okey bye"aku mematikan talian.

Aku menoleh ke arahnya.Dia merenungku tajam.

"Siapa call?"soalnya dingin.

"Er..kawan?"jawabku.

Aku yang jawab soalan tapi kenapa ayat aku macam tanya soalan.

Terus berubah wajahnya menjadi monyok..

"Aaaaa....mandi kan aku!!aku nak kau mandi kan aku"

"Tuan janganlah macamni ..Syiqah kena keluar kejap..ada hal"

Kerana Dia..Where stories live. Discover now