Airen Rafeqah memandang lukisan doodle yang berjaya disiapkan pada dinding kafe miliknya. Akhirnya impian sejak kecil untuk membuka kafe akhirnya terlaksana. Pelbagai cabaran dan dugaan berjaya ditempuhi. Kafenya yang berkonsepkan hipster diharapkan dapat menarik minat pelanggan yang datang.
"Wahhh !! Cantiknya " satu suara menegur. Airen memusingkan badan. Senyuman manis meniti di bibirnya.
"Bila korang datang?" tnya Airen. Dia melihat wajah teruja rakan rakannya iaitu Husna Maisarah, Farah Nadirah, Aimi Nasuha dan Qaseh Suraya. Mereka berkawan sejak kecil. Menghadapi susah senang bersama.
"Baru jer sampai. Kitorang naik kereta Husna. Dia beli kereta baru wehh" beritahu Qaseh gembira. Bangga dengan Husna yang berjaya menjadi seorang doktor. Maklumlah dia yang paling pintar antara mereka. Manakan tidaknya, dia mendapat top 10 setiap kali peperiksaan ketika di Tingkatan 5. Walaupun begitu dia tidak pernah sombong dan angkuh.
"Whoaaaaa !! Bestnya. Lepas ni dah ada driver la kita"jerit Airen suka. "Btw kereta apa eih" sambungnya.
"Kereta Wish" jawab Husna ringkas. Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah. Rezeki itu turut juga dikongsi dengan rakan rakannya.
"Weh.. jom kita selfie ramai ramai depan doodle ni" cadangan Aimi disambut dengan sorakan semua. Aimi yang lebih tinggi berada di hadapan memegang kamera. Tubuhnya yang tinggi lampai dan wajah yang menawan membolehkannya menjadi pramugari dalam sebuah syarikat penerbangan terkemuka di Malaysia.
Klik !
Klik !
Pelbagai gaya diambil menggunakan Iphone 6 milik Aimi. Senyuman manis terukir di bibir masing².
"Ren, nanti aku buat review dalam instagram aku. Bagi popular kafe kau ni" kata Qaseh yang merupakan seorang model dan instafamous yang cukup dikenali. Wajahnya yang comel dan ketinggian yang agak 'comel' juga membolehkan dia menjadi model kepada sebuah butik terkemuka di ibu negara.
"Okey. Thanks gais sebab banyak tolong aku. Bagi modal kat aku untuk buka kafe ni" kata Airen terharu. Tidak semena-mena air matanya mengalir. Rakan rakannya lah yang banyak membantu smenjak dia kehilangan ibu bapa akibat kemalangan ketika dahulu. Mereka jugalah yang memberi semangat dan dorongan untuk dia terus bangkit.
"Wehh jangan nangis. Alaa cengeng la kau ni" pujuk Farah. Hakikatnya dia juga turut mahu menangis.
"Betul tu. Kau kan kawan kitorang. Mestilah kami tolong. Tapi kau kena belanja kitorang coffee kat kafe ni" kata Husna pula cuba untuk menceriakan suasana sedih tadi.
"Okay jer. Kafe aku kafe korg jugak" air mata yang mengalir tadi diseka dengan hujung jari. Senyuman mekar terukir.
__________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Короткий рассказ- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...