Terkocoh- kocoh Radhwan menuruni tangga. Mana la mak buyung ni. Dekat bilik tadi ada. Sekarang dah ghaib. Peluh yang merinik di dahi dilap perlahan. Huishhh dah macam maraton sekolah pulak mencari si isteri.
"Ha.. Rez kenapa ni?" Soal Tan Sri Zahir ketika menaiki tangga. Bertembung pula dengan si anak yang kelihatan resah seperti tercari- cari sesuatu.
"Pa.. Airen hilang" beritahu Radhwan kepada papanya. Wajahnya nampak risau sekali
"Hilang apanya kamu ni. Elok jer turun tadi pergi taman belakang" Tan Sri Zahir tepuk dahi. Macam- macam perangai si anaknya ini.
"Sejak bila dia turun.." Radhwan garu kepala. Bukan main laju lagi walaupun tengah sarat mengandung.
"Baru aje" jawab Tan Sri Zahir. Sejurus itu, dia terus melangkah naik ke atas. Untuk membersihkan diri selepas membersihkan halaman rumah tadi.
Tanpa menunggu lama, Radhwan terus menuju ke taman belakang rumaj. Tempat di mana Airen gemar melepak. Menghirup udara segar dari pokok- pokok yang ditanam oleh mamanya. Ditambah lagi suasana redup di belakang rumah.
"Sayang.... Kenapa turun tak bagitahu abang? Penat abang cari tadi" kata Radhwan sambil mendekati Airen yang sedang memberi Puteh makan. Dibelai lembut badan puteh yang semakin gemuk. Hari hari diberi makan mananya tak gemuk si Puteh tu.
"Siapa suruh cari.." jawab Airen selamba. Dia memandang sekilas ke arah Radhwan yang berdiri di sebelahnya.
"Ish dia ni! Menguji kesabaran betul" gumamnya perlahan. Dia melihat Airen berjalan perlahan menuju ke akuarium besar. Radhwan mengekori dari belakang. Risau jika isterinya tersalah langkah. Cukuplah peristiwa lalu membuatkan dia trauma.
Airen mahu memberi ikan emas kesayangannya makanan. Sejak mengandung, dia suka sungguh untuk membela haiwan. Pernah diminta untuk membela burung tetapi dibantah sekeras kerasnya oleh Radhwan. Kata suaminya, tidak mahu ada alahan terhadap bayi dalam kandungan.
"Sayang....." Radhwan memeluk erat isterinya dari belakang. Diletakkan kepala di atas kepala Airen.
"Ish.. Jangan kacau la. Tak nampak Ren tengah buat apa?" marah Airen manja. Pelukan Radhwan menghalang pergerakannya. Susah mahu memberi ikan makan dengan kedudukan rapat seperti ini.
"Tak.. sebab terlindung dengan cinta dan kasih abang kepada sayang" Radhwan cuba memancing. Diberinya ayat berbunga bunga yang bisa mencairkan hati sesiapa yang mendengar. Dia tersenyum nakal ke arah Airen. Kening dijungkit berkali kali.
Airen menahan senyum dalam hati. Sejak kebelakangan ini, Radhwan asyik dengan jiwang karatnya sahaja. Sampaikan Airen penat untuk melayan. Ditambah lagi rasa letih membawa perut ke sana ke mari.
"Abang tahu tak kenapa baby ada dalam perut Ren?" Giliran Airen pula menyoal. Dia berpusing menghadap Radhwan setelah selesai memberi ikan emasnya makanan.
Tidak perlu menunggu lama, lantas terbit sengihan nakal di bibir suaminya. Tak lain tak bukan, fikir pasal benda lain la tu.
"Sebab kita ....." Belum sempat Radhwan menghabiskan ayat, pantas Airen mencelah. Tahu sangat apa yang akan dijawab oleh Radhwan.
"Bukan la. Sebabnya ialah hati Ren sudah dihuni oleh abang. Abang di hati, sebab itu adanya baby di perut" beritahu Airen sambil tersenyum riang. Dia mengusap perlahan perutnya. Bukti kasih dan sayang Radhwan terhadapnya. Benih yang bercantum semakin membesar dan menunggu masa untuk dilahirkan di dunia ini.
"Pandai aje dia membalas yer" pipi comel Airen yang semakin tembam ditarik. Dah makan pau la. Rasa macam nak gigit- gigit jer.
"Tengok kaki la. Abang jugak yang mengajar" balas Airen bangga. Selama ini Radhwan yang mengajarnya untuk ber'pickup line'. Dia merenung wajah kacak suaminya.
"Eih.. kita jugak.." Radhwan mencebik.
Mereka saling berbalas senyuman bahagia sebelum Rania menjerit di muka pintu. Menyuruh mereka masuk untuk bersarapan.
_______
Airen memegang perutnya yang semakin sakit. Peluh mula membasahi dahinya. Rasa menyesal pula menyuruh Radhwan keluar membeli mangga yang diidamkan. Sudah lama suaminya itu keluar tetapi sekarang masih belum pulang.
"Abang !!!" Jeritnya sekuat hati. Tangannya berpaut pada almari, menghalang dirinya dari jatuh. Malang nasibnya hari ini kerana mama dan papa keluar, manakala Rania ke pejabat memulakan kerja baharu.
"Arghh!! " Nafasnya turun naik. Dia tidak boleh bertenang lagi. Terasa bayi dalam kandungannya mahu keluar menjengah dunia tatkala ini. Baby sabar kejap! Jangan keluar lagi.
"Ya Allah... Sakitnya!" Rintih Airen lagi. Hanya boleh menyebut kalimat suci itu sahaja. Airen terduduk lemah di atas lantai bilik. Rasa sakit masih lagi menyucuk perutnya.
Tiba tiba pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah ceria Radhwan yang datang bersama mangga yang dipesan. Melihat wajah Airen yang berkerut seribu menahan sakit, lantas dilempar buah itu entah ke mana. Tidak kisah langsung dengan keadaan buah itu. Yang penting sekarang ialah keadaan si isteri dan bayi dalam kandungan Airen. Dia pantas menghampiri isterinya.
"Sayang.. nak beranak dah ke?" Soal Radhwan panik. Dalam keadaan papa dan mama tiada di rumah, amat menyukarkan baginya untuk melakukan tindakan seterusnya. Ditambah lagi dengan pengalaman kali pertama menyambut kelahiran.
"Abang.. sakit!" Dahi Airen berkerut menahan sakit. Mahu sahaja dia mengetuk kepala suaminya sekarang. Apa punya soalan daa...
"Kita ke hospital sekarang". Pantas tubuh berat isterinya dicempung. Beg yang sudah disiapkan bagi menghadapi keadaan seperti ini, dicapainya. Dia menuruni tangga dengan penuh berhati hati. Sempat juga tangannya mencapai tudung untuk disarungkan di kepala Airen.
Tubuh Airen dibaringkan perlahan di tempat duduk penumpang belakang. Bertambah cemas dirinya apabila mendengar Airen menjerit. Pesanan Tan Sri Zahir untuk bertenang semasa Airen ingin bersalin bermain di mindanya. Okey, Airez Radhwan.... rileks. Chill
Kereta audi dipandu dengan penuh berhati hati menuju ke hospital. Dia cuba membuang rasa cemas dan panik yang semakin bermaharajalela. Kalau dia cemas ditambah lagi dengan Airen yang sedang menahan kesakitan, takut benda lain yang jadi. Nauzubillah! Mintak dijauhkan.
_________
Double update ini malam
Yeayyyyy 😍😍
Airen dah nak beranak
K bye sis gerak dulu
Pape roger
👋👋👋👋👋
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...