Part 18 - Tersenyum

41.8K 1.1K 4
                                    

Kejadian pagi tadi masih bermain di mata Airez. Senyuman manis terukir. Entah mengapa dia rasa bahagia. Ya! Dia mengaku timbul sedikit perasaan cinta terhadap Airen. Hanya sedikit. Tapi, bagaimana pula dengan misi untuk membalas dengan kepada isterinya itu? Entah, dia sendiri pon tak tahu.

Pap!

Sakit hidungnya apabila sebatang pen mendarat betul betul di hidung. Nasib tak patah hidung aku. Nak kena! Siapa yang buat? Baik mengaku sebelum singa ni mengamuk!

"Berangan lagi. Kalau dah rindu bini tu tak payah datang kerja. Ingat elok ka dok tersengih macam kambing hutan tu. Aku tengok pon geli la" kata Rafiq selepas membaling pen dihidung Airez. Kerusi dalam pejabat itu ditarik.

Siapa kata mereka gaduh. Tak adanya nak gaduh kalau masing masing rindu. Aippp.. Korang fikir apa tu. Otak kotor betul. Kitorang bukan gay okay. Tolong sikit.

Airez dan Rafiq sudah berbaik tadi. Masing masing mengaku kesilapan.

"Hareyyy kau!! Patah hidung aku kau nak bayar? Satu lagi. Siapa bagi kau masuk? Ada ketuk pintu? Suka hati jer. Ingat pejabat acik kau" marah Airez. Hidungnya yang sakit digosok.

"Acik kau balik. Aku ketuk pintu macam nak roboh. Rasa nak patah tangan aku tau tak. Siapa nak bayar? Kau? Kalau dah berangankan bini, bom meletup tepi telinga pon tak dengar. Pekak!" balas Rafiq geram. Suka hati jer acikkan aku. Amek kau. Aku acikkan kau balik.

Airez menjeling Rafiq tajam. Ada ja nak balas mamat ni. Sumbat stokin busuk aku ni kang baru kau tau.

"Amacam? Lepas makan penumbuk aku, ada perubahan?" Usik Rafiq. Sengaja. Mana tau nasihat yang diberi boleh mengubah sikap Airez.

"Perubahan apa kau ni" soal Airez. Entah pa² la Rafiq ni.

"Perubahan tu la... Tuu..." sikunya menolak2 tangan Airez. Saja mahu mengusik. Kang makan penumbuk lagi tak ke naya.

"Hishh kau. Otak kuning betul" Airez menggeleng perlahan. Otak Rafiq memang tak boleh dicuci. Sama macam otaknya. Dah nama kawan baik. Otak tu dua kali lima saja. Senyuman nakal di bibir Rafiq terukir. Airez hanya buat tak tahu. Malas layan.

"By the way Mama aku ada buat kenduri tahlil malam esok. Dia suruh jemput kau. Ikutkan hati aku tak nak jemput. Menyemak jer muka kau" kata Airez. Teringat pesanan Mama. Alang alang Rafiq di sini, baik jemput terus.

"Hekelleh. Semak2 ni la kau nak rindu setiap hari" kata Rafiq. Mulutnya dicebik.

"Kau ada jemput Harris tak?" soalnya apabila teringat akan kawannya yang seorang tu. Setahu Rafiq, Fikri Harris pergi ke luar negara melawat keluarganya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Harris.

Otaknya merangka sesuatu. Pasti sepupu sepapat Airez akan turut serta. Setahunya Airez mempunyai sepupu yang cantik-cantik. Yes!! Ada chance nak ngorat. Ooyeahh!!

"Jendul kau! Ingat aku gay" kata Airez. Geli dia melihat pandangan Rafiq. Bengkok ka mamat ni.

"Jemput kat Whatsapp jer. Rasanya malam ni sampai Malaysia" Airez menjawab soalan Rafiq tadi. Rafiq sudah bersorak dalam hati. Akhirnya ada geng untuk usha awek

"Buktikan kalau kau tak gay" cabar Rafiq. Tangannya bermain dengan pen. Senyuman sinis terukir.

"Tunggu jelah nanti. Dapat kembar terus baru kau tau kuat tak kuat aku ni" balas Airez selamba. Tak malu betul . Dua dua otak kuning.

Rafiq mengangkat kening. Yakin sangat tu. Dia perasan akan perubahan sikap Airez. Kalau dulu jika disentuh pasal Airen pasti akan mengamuk. Ni boleh bergurau lagi. Siap cakap pasal anak. Maknanya segala nasihatnya berhasil. Tak sia sia dia makan penumbuk hari tu.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now