Airez Radhwan membuka matanya. Matanya memandang ke tepi. Isterinya sudah tiada di situ. Mungkin juga tiada di bilik mereka. Mulutnya yang ingin menguap lantas ditutup dengan tangan. Masih terngiang-ngiang tangisan Airen di telinganya. Dia kesian tetapi nafsu lebih menguasai dirinya. Dia tidak dapat berfikir. Yang dia fikir ketika itu dia hanya mahukan Airen. Hanya Airen!
Arghhh!!! Tak boleh biarkan perasaan itu terus menguasai dirinya. Dia perlu bina tembok antara mereka bagi menghalang perasaan itu. Yes!! Tembok kebencian.
Dia terus duduk dari perbaringan. Wajahnya diraup kasar. Kakinya terus melangkah ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, pakaian pejabat dikenakan di tubuhnya yang sasa itu. Okey dah handsome. Ceyhhh puji diri sendiri daaa..
Dia terus menuju ke bawah. Kelihatan Mamanya sedang memasak di dapur.
"Ma.. ada nampak Ren tak?" soalnya. Bau mi goreng memasuki rongga hidung.
"Dia pergi kerja dah. Kamu buat apa dengan menantu mama?" mata Puan Sri Rahayu dikecilkan. Seperti ada sesuatu yang tak kena!
"Mana buat apa apa" jawab Airez yakin. Jangan sampai Mamanya tahu tentang apa yang berlaku. Zip mulut!
"Mama tngok mata dia sembab jer" jawab Puan Sri Rahayu. Tangannya asyik menggaul masakan di hadapannya.
Airez hanya diam. Manakan tidak, Airen asyik menangis sepanjang malam. Buat macam aku rogol dia padahal aku jalankan tanggungjawab aku jer. Kalau aku rogol dia pon, apa salahnya. Dia isteri aku. Huh! Sejak bila mengaku isteri?
"Okaylah Ma. Rez pergi dulu" kata Airez Radhwan. Tali leher diikat dengan sendiri di lehernya.
"Tak nak sarapan dulu ke?" soal Mama nya.
"Takpelah ma. Sarapan kat pejabat jer"
"Hari ni balik awal sikit eih. Hantar Mama pergi pasaraya"
"Pak Man kan ada" Airez memandang Puan Sri Rahayu. Mamanya kelihatan masih muda walaupun sudah berumur. Mungkin dari genetik ibunya dia kacak. Tak kurang Papanya juga. Sama cantik sama padan kedua orang tuanya.
"Pak Man ada kerja la. Teman la Mama jap" Puan Sri Rahayu memujuk. Tahu anaknya mudah cair.
"Yelah.. Rez balik ambil Mama masa lunch hour. Lepas tu Mama teman Rez makan okay"Airez mengalah. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama ibunya. Asyik sibuk dengan hal syarikat.
"Baiklah Rez sayang. Dah pergi kerja cepat! Nanti lambat pulak". Amboih! Mentang mentang bos. Suka hati nak masuk pukul berapa.
"Okay Ma. Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam". Tangan Mama nya dikucup dengan penuh kasih sayang. Kemudian dia menucup lembut dahi ibunya. Perkara itu sudah menjadi rutin hariannya sebelum ke pejabat.
Puan Sri Rahayu menghantar anaknya hingga ke pintu utama. Dia tersenyum. Dia tahu Airez seorang anak yang baik dan akan menjadi suami yang baik.
Kereta audi milik anaknya mula bergerak meninggalkan perkarangan rumah dan hilang dari pandangannya.
••••••••••••••
*Airez Radhwan
"Mama.. Lepas pergi pasaraya ni. Kita pergi ambik Puteh kat klinik eih" Kata Airez sambil menolak troli. Puan Sri Rahayu berjalan dihadapan sedang memilih barang sejuk beku.
Airez melipat lengan kemejanya hingga ke siku. Terserlah kekacakan yang terdapat pada wajahnya. Wanita yang lalu lalang memandangnya tidak berkedip. Dia perasan cuma dia buat tak tahu. Dia sudah biasa keadaan seperti itu. Dipandang dan diberi perhatian.
"Puteh dah sihat?" soal Puan Sri Rahayu memandang anak lelakinya tak percaya. Sungguh dia rindu akan Puteh.
"Tadi kawan Rez yang kerja situ call. Dia kata Puteh dah sihat" kata Airez. Dia memandang buah epal yang dibungkus di hadapannya. Diambil satu dan diletakkan dalam troli. Kemudian tangannya mencapai buah anggur dan diletakkan dalam troli.
"Okay la kalau macam tu. Mama rindu nak tengok muka comel dia" kata Puan Sri Rahayu.
"Itulah. Rez pon rindu dia. Dia la satu satunya peninggalan dari Husna" balas Airez. Wajahnya bertukar mendung.
Puan Sri Rahayu hanya diam. Dipandang wajah sayu anaknya. Dia tahu anaknya rindu akan arwah Husna.
______________
"Puteh... Aku rindu kau. Kau rindu aku tak?" kata Airez. Puteh didakap erat dalam pelukan. Bulu Puteh diusap perlahan.
"Meoww" . Puteh bagaikan paham dengan apa yang dikatakan oleh tuannya.
"Thanks bro. Rawat kucing aku sampai sihat" kata Airez sambil memandang rakan baiknya itu. Mereka berjabat tangan.
"No hal bro. By the way, Selamat Pengantin Baru. Walaupun dia hanya pengganti Husna. Kau tetap kena jaga hati dan perasaan dia. Dia amanah dari Allah. Untuk kau" Kata Hakim. Teman yang sentiasa menasihatinya. Bahu Airez ditepuk perlahan.
"Ok thanks" . Itu saja yang dibalas oleh Airez.
"Okeylah. Mak aku tunggu dalam kereta. Kesian dia tunggu lama. Aku pergi dulu" sambungnya. Sangkar kotak yang menempatkan Puteh diangkat. Hakim hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum ke arah rakannya itu.
_________🌼🌼🌼_________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...