Part 21 - Mandi

41.6K 1.1K 4
                                    

Jam menunjukkan pukul 12.30 pagi. Tetamu yang hadir semakin berkurang. Hanya tinggal saudara terdekat yang mengemas apa yang patut. Khemah yang dipasang akan dikemaskan pada pagi esok. Mak Su dan Mak Long Radhwan bermalam di rumah banglo itu manakala yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing.

Airen mendaki anak tangga satu persatu ke biliknya. Badannya berasa lenguh-lenguh dan tidak bermaya. Ameena dan Arissa sudah terbongkang tidur di bilik Humaira. Mama dan Papa masih lagi berada di ruang tamu berbual dengan adik beradik yang lain. Radhwan? Entah, mereka tidak bertemu dari tadi selepas bergambar. Mungkin lelaki itu sibuk melayan rakan rakannya yang hadir.

Kakinya sudah mencecah lantai di hadapan pintu bilik. Matanya yang semakin layu hampir tertutup. Nasib ja tak terjatuh kalau tak bertambah lagi sakit kat bontot. Pintu bilik dibuka dan di memboloskan diri ke dalam bilik seterusnya pintu bilik ditutup rapat.

Krekkkk

Kedengaran pintu bilik air dibuka dan muncul satu kelibat. Airen terpana. Kakinya yang berdiri kaku di situ. Jantungnya berdegup kencang melihat panorama terindah yang terbentang elok di hadapan matanya. Mata mereka bersatu. Saling merenung antara satu sama lain. Selepas beberapa saat baru Airen tersedar. Dia berdehem bagi menghilangkan rasa gusar dalam hati.

"Awak buat apa tu?! " soal Airen dalam nada yang sedikit bergetar. Mana taknya,dadanya terasa bagai nak pecah melihat Radhwan yang hanya bertuala. Kain kecil digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah. Airen menelan air liurnya kasar. Terasa seperti ada pasir dalam kerongkongnya. Airen memandang badan tegap Radhwan yang tidak berbaju. Jelas menunjukkan lelaki itu rajin workout dan bersenam. Berketul-ketul otot Radhwan di badannya. Six-pack tu... Sangat sexy !

"Baru lepas mandi. Kau tu tak reti nak mandi. Busuk!" Kata Radhwan. Tuala kecil yang digunakan olehnya disangkut pada leher. Tangannya disilangkan memeluk tubuh. Badan disandar pada pintu tandas.

"Saya tahu la awak baru lepas mandi. Awak ni memang tak reti nak pakai baju ker?" Mata Airen memandang ke arah lain. Bukan apa, risau jika tuala yang digunakan Radhwan terlondeh dan.... Ohh tidak!!! Tak dapat dia bayangkan apa yang akan terjadi. MasyaAllah Ren apa kau fikir ni? Otak kuning betul. Ikut siapa la ni!

"Eih kau ni. Bilik aku suka hati aku la" balas Radhwan sengaja mencari pasal. Matanya merenung tepat wajah Airen.

"Dahlah. Saya nak mandi" Airen cepat-cepat melangkah ke arah bilik yang menempatkan wadrobe. Tiba-tiba muncul idea dalam kepala Radhwan untuk mengenakan Airen.

"Alang-alang kau dalam tu. Ambik baju aku sekali" kata Radhwan. Wajahnya dimasamkan. Jelas kedinginan dalam suaranya.

Airen menjeling. Mengada ngada aihh. Macam budak kecik! Walaupun begitu dia tetap mengambil baju tidur warna biru gelap dalam almari lelaki itu.

"Nah!" Kata Airen. Matanya ditutup dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi menghulurkan baju kepada suaminya. Radhwan senyum dalam hati melihat telatah Airen yang malu melihat badannya yang terdedah.

"Kau tutup mata tu pahal? Macam la tak pernah tengok" kata Radhwan selamba. Dia masih lagi bersandar pada pintu bilik air. Macam la tak biasa! Sebelum ni okay jer.

"Suka hati saya la. Cepatlah ambik baju ni. Tangan saya naik lenguh dah" marah Airen. Tangannya yang memegang baju digoyangkan sedikit.

"Aku tak nak baju ni. Cari lain" kata Radhwan. Sengaja membuli isterinya. Dia mahu melihat sejauh mana Airen bersabar dengan kerenahnya.

Airen merengus kuat. Dia melangkah masuk ke dalam bilik wardrobe semula. Kakinya dihentak kuat ke lantai tanda protes. Baju tidur warna merah dicapai. Alah!! Ambik jelah. Badan aku dah melekit nih.

"Nah" Airen kembali di hadapan suaminya. Matanya dibiarkan menatap tubuh tegap Radhwan. Malas nak tutup mata. Lagipun bukan dosa pon.

"Tak nak!" kata Radhwan dingin. Warna merah? Euu macam gegirl. Elleh bukan sapa nak tengok pon.

"Ni?"

"Tak nak!"

"Baju ni okay?"

"Cari lain!"

"Ishhh!! Awak cari la sendiri" Airen sudah putus asa. Sudah masuk baju yang keempat tetapi Radhwan tetap menolak. Baju yang dipegang dilemparkan kepada Radhwan. Biarlah lelaki itu hendak marah. Badan aku dah penat ni dia tak peduli pulak.

"Kau tu isteri. Kena siapkan pakaian suami" Radhwan menjeling. Geram kerana Airen melemparkan baju ke mukanya. Nasib wangi.

"Habis!! Saya dah bagi baju awak yang tak nak. Awak nak apa sebenarnya" kata Airen geram. Nak jer tumbuk-tumbuk muka tampan di hadapannya itu.

"Aku nak kau. Boleh?" Senyuman gatal terukir di bibir Radhwan. Kakinya melangkah perlahan mendekati Airen yang sudah terpaku. Baju yang berada di tangannya dilempar ke atas lantai tepi katil.

Airen telan air liur. Sudah! Apa dia nak buat ni. Dulu bukan main garang. Sekarang ni dah gatal pulak. Baik aku cabut sekarang. Kang kena overtime pulak malam ni.

"Dah la. Layan awak sampai esok saya tak mandi. Huh!!" Airen menolak tubuh Radhwan yang menghampiri dirinya. Segera dia melangkah ke arah wadrobe dan mencapai tuala dan yang paling penting, baju!! Tidak mahu perkara sama berulang.

Radhwan melepaskan ketawa yang kuat melihat wajah gelabah Airen. Memerah wajah itu apabila dia mendekati. Sungguh hatinya berbunga saat ini.

Beberapa minit kemudian...

Airen melangkah keluar dari bilik air. Badannya berasa segar selepas mandi. Dia melihat Radhwan sudah tidur di atas katil. Entah mengapa dia suka melihat lelaki itu tidur. Sangat mendamaikan!

Kakinya melangkah mendekati Radhwan. Satu kucupan dihadiahkan di dahi suaminya. Kemudian dia begerak ke tempat tidurnya iaitu di lantai. Beberapa saat sahaja dia sudah terlelap. Mungkin penat dan letih dengan majlis hari ini.

Radhwan membuka mata apabila terdengar dengkuran halus isterinya. Mahu sahaja dia mengangkut tubuh kecil isterinya ke atas katil. Tetapi ego menghalang. Rasa benci dalam hatinya sedikit demi sedikit terhakis dengan kasih sayang dan kesabaran Airen Rafeqah terhadapnya.

Bibirnya mengukir senyuman. Masih terasa hangat bibir Airen menyentuh dahinya. Mahu sahaja dia menarik Airen dalam pelukan. Matanya tidak lepas memandang wajah Airen yang bertudung berbaring mengiring menghadap katil. Akhirnya tanpa sedar dia tertidur sambil menghadap Airen yang tidur di bawah.

_____🌟🌟_____

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now