Rania menghantar abang dan kakak ipar serta anak saudaranya di muka pintu. Tan Sri Zahir dan Puan Sri Rahayu masih berada di rumah Pak Long. Mungkin petang ini baru balik.
Matanya melirik kepada Airen yang sedang menguruskan Arissa dan Ameena manakala Radhwan sibuk mengangkat beg pakaian. Bekalan makanan dimasukkan ke tempat penumpang belakang kereta. Arissa dan Ameena menjengukkan kepala melalui tingkap yang terbuka luas. Airen hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
"Rania.. Jaga rumah baik-baik. Jangan balik lambat sangat. Kunci pintu ni. Kalau ada orang tak kenal jangan buka pintu" nasihat Radhwan panjang lebar. Beg pakaian dimasukkan ke dalam bonet kereta.
"Rania dh besar la.. tahu la jaga diri. Lagipun bukan Rania sorang dalam rumah ni. Bibik kan ada" Rania buat muka menyampah. Ingat dia budak kecik ka. Tangannya memeluk tubuh
"Malam ni Rania ajak kawan tidur sini eih?" Sambungnya lagi. Seram tidur sorang-sorang dalam rumah besar ni.
"Kawan perempuan ke lelaki?" soal Radhwan garang. Matanya dikecilkan memandang adiknya. Bonet kereta ditutup setelah memastikan semua barang telah dibawa. Dia bergerak ke tepi kereta di mana Rania sedang berdiri.
"Mestilah perempuan.. Apa la abang ni" jawab Rania. Dia masih waras untuk membawa pulang kawan lelaki. Lagipun ramai orang yang tak boleh percaya zaman sekarang ni. Kawan pon boleh jadi lawan. Dalam hati dia bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang setia bersama dengannya ketika susah. Dia hanya akan membawa lelaki datang ke rumah jika dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Eh!!
"Mana la tahu.." jawab Radhwan perlahan. Jam tangan menunjukkan pukul 8.30. Untuk bergerak ke Perak, dia perlu bertolak awal kerana mengambil masa yang agak lama.
"Bawak kereta tu hati-hati, Abang Rez. Jangan nak drift pulak. Kak Ren, kalau abang bawak laju, cubit jer lengan dia " kata Rania seakan memerli. Bukan dia tak tahu yang abangnya suka drift. Buat jalan raya macam dia yang punya.
"Yelah Nia. Bukan setakat cubit jer. Akak bagi penampar sekali. Pakej lengkap" Airen berdiri di tepi Radhwan. Dia memandang sekilas suaminya. Lelaki itu memakai seluar slack hitam bersama singlet hitam di dalam manakala jaket warna gelap menutupi tubuh sasanya. Cermin mata hitam diselitkan pada singlet . Perfect!!
"Berani ke" soal Radhwan sambil tersenyum sinis. Wajah manis Airen dipandang.
"Of course" jawab Airen yakin. Jarinya menolak hidung seperti gangster. Macam berani padahal dalam sudah kecut.
"Buat la kalau berani. Aku tolak kau ke katil baru tau" kata Radhwan. Dia menjeling wajah Airen yang sudah merah. Mungkin malu dengan Rania yang sudah tersenyum nakal. Gadis itu terdiam. Matanya meliar memandang sekeliling. Enggan bertentang mata dengannya.
"Eii apa ni gaduh-gaduh" marah Rania. Malu dengan perkataan yang baru keluar dari mulut abangnya. Dah la Arissa dan Ameena sedang mendengar perbualan mereka. Terikut-ikut kang budak-budak tu nanti. Mintak-mintak aku tak dapat suami yang gatal macam abang. Eiyerk!!
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Nouvelles- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...