Part 30 - Usik

34.3K 1.1K 7
                                    

Selepas beberapa jam berendam dan bermain dalam air, mereka sama-sama naik untuk menyalin pakaian. Airen terlebih dahulu menyiapkan Arissa dan Ameena. Kemudian diambil alih oleh Radhwan pula. Perjanjian mereka untuk menjaga budak-budak secara bergilir-gilir.

Airen melangkah mendekati Radhwan bersama Farah. Lelaki itu enak menjamu selera bersama Harris di salah sebuah tempat yang terdapat di situ. Tempat itu seperti kedai di bawah gua, Sangat cantik!

Selesai menjamu selera, mereka bersama-sama bergerak ke Lost World Petting Zoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menjamu selera, mereka bersama-sama bergerak ke Lost World Petting Zoo. Arissa dan Ameena merengek nak tengok haiwan pulak. Budak-budak! Jadi mereka hanya turutkan sahaja. Radhwan mendukung Ameena manakala Airen memegang erat tangan Arissa. Farah dan Harris pula berjalan berdua-duaan di belakang mereka berdua.

Sedang mereka berjalan, Airen perasan ada beberapa pengunjung lain yang tersengih dan berbisik sesama mereka sambil memandang ke arahnya. Ada yang pelik ka? Atau ada taik burung atas kepala? Pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

Seketika kemudian, baru dia dapat menangkap maksud di sebalik pandangan itu. Mana taknya, dia dan Radhwan memakai baju sedondon. Sebijik macam orang baru couple. Tapi orang mesti ingat dia sudah beranak dua memandangkan terdapat Arissa dan Ameena di situ.

Airen sempat mengerling pakaian suaminya. Cet! Sempat lagi Airen ni. Lelaki itu memakai baju t-shirt warna hitam dan dipakaikan dengan hoodie zip-up warna hitam. Biasalah Malaysia kan sejuk.. Dipadankan dengan seluar jean warna hitam. Tak lupa juga topi putih tulisan King. Sebijik macam taik cicak! Airen pula memakai baju sedondon dengan Radhwan dipadankan dengan shwal hitam. Ha elok la laki bini, dua-dua hitam.

Terdapat pelbagai jenis haiwan di situ. Radhwan asyik menangkap gambar. Gambar apa yang dia ambil pon tak tahu la. Arissa dan Ameena asyik menjerit keterujaan melihat haiwan tersebut. Seronok sungguh!

Mereka mencuba semua aktiviti yang terdapat di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka mencuba semua aktiviti yang terdapat di situ. Dari yang mencabar sehingga ke aktiviti yang senang. Jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Nasib baik dah solat tadi. Tak adalah terlalu tergesa-gesa sangat. Kini, tiba masanya untuk Harris dan Farah pulang. Radhwan dan Airen pula menginap di salah sebuah hotel yang terdapat di situ.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now