Part 16 - Demam

42.8K 1.1K 10
                                    

Airen Rafeqah membuka matanya apabila terdengar bunyi pintu bilik dikuak. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi Airez baru pulang ke rumah. Matanya tidak boleh dilelapkan kerana menunggu kepulangan suaminya. Memang dia marah kepada lelaki itu tetapi perasaan sayang melebihi perasaan benci. Dia tidak boleh membenci Airez.

Badan Airen yang berbaring ditegakkan. Dia melihat Airez berjalan terhuyung hayang. Keadaan lelaki itu sangat selekeh. Dengan baju kemejanya terkeluar dari seluar dan beberapa butang baju sudah tertanggal. Selekeh tapi tetap handsome di matanya. Rambut Airez juga kusut. Sebijik macam orang gila!

Airen segera mendapatkan Airez Radhwan apabila melihat lelaki itu seperti hendak rebah. Tangannya memaut erat pinggang sasa suaminya.

"Lepaskan aku lah" marah Airez. Tangannya memegang kepala yang berpusing sejak tadi. Badannya juga panas menandakan dia akan demam.

"Tapi awak demam ni" kata Airen. Pautan pada pinggang Airez dikemaskan. Terasa bahang dari badan Airez. Aku dah la kecik. Mamat ni berat macam anak gorila !!

"Kau kisah apa aku demam ke apa. Lagi kau suka kan" balas Airez. Tubuh Airen ditolak kuat sehingga terdorong wanita itu ke belakang. Nasib tak jatuh!

Airez bergerak ke bilik air untuk mandi dan menukar baju. Airen hanya menggeleng perlahan. Bodoh sombong! Huh. Orang nak tolong tak nak. Jual mahal. Tudung Ariani hitam di kepalanya sebetulkan. Dia terus ke tepi katil iaitu tempat beradunya selama dia di bilik itu. Hanya sebiji bantal dan sehelai selimut sudah cukup selesa baginya. Mata ditutup dan akhirnya dia terlelap.

•••••••••••••••


Airen melipat sejadah di surau mini di rumah itu. Sungguh cantik surau di dalam rumah ini. Sebelum ini dia tidak pernah tahu akan kewujudan surau ini. Dia hanya akan bersolat di bilik Airez.

Hari ini dia diberi peluang untuk bersolat subuh bersama Mama, Papa dan Rania. Sungguh dia bersyukur dikurniakan keluarga mertua yang baik. Cuma si suami yang buat perangai.

"Airez mana? Kenapa tak ajak dia sekali?" soal Puan Sri Rahayu selepas mereka selesai membaca doa. Pelik dia melihat anak lelakinya itu tiada.

"Tadi dia tidur lagi. Dia demam sikit hari ni" balas Airen sambil tersenyum ke arah ibu mertuanya. Kelihatan Rania juga turut serta untuk mendengar perbualan mereka berdua.

"Ouhh.. Yer ker? Macam mana boleh demam. Kalau Ren nak tahu, Si Airez tu susah nak demam. Tapi sekali dia demam, teruk juga la demamnya tu. Pernah dulu sampai dua minggu dia demam. Payah nak kebah. Ajak jumpa doktor tak nak. Degil! Jadi, Airen kena bagi sepenuh perhatian kat dia. Masa dia demam ni, perangai dia berubah jadi budak kecil sikit" cerita Puan Sri Rahayu bersungguh sungguh. Rania di sebelah hanya menganggukkan kepalanya.

"Ouh! Airen tak tahu pulak. Okey Ma. Ren akan jaga dia elok elok" balas Airen. Telekungnya ditanggalkan. Matanya memandang Tan Sri Zahir yang sedang membaca Al Quran. Sungguh dia bangga dengan keluarga ini. 

"Mama turun dulu yer. Nak masak bubur untuk Airez. Airen pergi tengok Airez. Kang dia mengigau terjun kat balkoni tu. Tak ker haru biru jadinya" kata Puan Sri Rahayu. Eih ke situ pula mama ni!

"Ish Mama ni. Apa kata macam tu" muka Rania sudah dicebikkan. Sayang sungguh dia dengan abang seorangnya itu. Puan Sri Rahayu hanya tergelak kecil. Dia terus turun ke bawah.

Airen terus bergerak ke biliknya. Telekung sudah digantikan dengan tudung hitamnya. Rania setia mengikutinya dari belakang. Pintu bilik itu ditolak perlahan. Airez masih berkelubung dengan selimut tebalnya. Rania mengambil tempat di sofa yang terdapat di bilik itu. Hanya memerhati tingkah Airen.

"Awak bangun! Solat subuh" tubuh Airez digerakkan sedikit tetapi lelaki itu tidak menunjukkan tanda tanda untuk bangun.

"Awak bangun" katanya lagi. Pipi Airez ditampar perlahan. Tiba tiba ...

"Jangan kacau hal aku boleh tak. Tak sedar ker diri kau siapa. Pembunuh tu buat cara pembunuh! Jangan nak berlagak alim" Jerkah Airez sambil bangun dari perbaringan. Pantang jika ada orang yang mengganggu lenanya. Kepalanya semakin berdenyut di pegang.

"Saya nak kejut awak unuk solat subuh. Walaupun awak sakit, awak tetap kena solat. Sekarang dah pukul 6.45 Subuh dah nak habis" kata Airen. Kakinya melangkah keluar dari bilik. Air mata yang ditahan tadi jatuh jua. Sungguh dia terasa dengan kata kata Airez.

Rania memandang abangnya tajam. Tergamak abangnya memarahi Airen hanya kerana gadis itu mengejutkannya untuk solat subuh. Abangnya perlu 'dibasuh' dengan clorox. Dia kesian melihat kakak iparnya. Dia nampak air mata gadis itu. Kalau dia di tempat Airen, dia juga pasti akan menangis.

••••••••••••••

Iphone milik Airez berdering menarik perhatian Airen yang sedang mengelap badan suaminya. Lelaki itu sedang nyenyak tidur sebab itu dia berani untuk mendekatinya. Kalau tak jangan harap. Tersentuh pon dah mengaum. Macam singa!

Telefon Airez di meja sisi dicapai. Nama Adam Rafiq tertera di skrin telefon. Lambang hijau ditekan.

"Assalammualaikum. Ni Airen isteri Airez" Airen memperkenalkan dirinya. Bibir Airez yang kelihatan lebam dipandang. Semalam tak perasan pon. Pagi tadi baru dia perasan sewaktu menyuap bubur kepada Airez. Bukan main masam wajah lelaki itu apabila Puan Sri Rahayu menyuruh Airen suap.

"Waalaikumussalam. Ouh! Airez ada?" soal Rafiq. Tadi dia ke pejabat lelaki itu untuk memohon maaf. Tetapi Airez tiada di situ.

"Ada tapi dia tidur. Dia demam" balas Airen ringkas.

"Ouh"

"Tapi kat bibir dia lebam. Macam lepas bergaduh. Awak tahu kenapa?" tanya Airen tiba tiba.

"Erm.. saya yang buat" kata Rafiq serba salah. Sungguh dia tak sengaja.

"Hah? Kenapa?" Airen menyoal.

"Awak jangan risau la. Gaduh manja dengan suami awak tu. Biasalah.." kata Rafiq tenang. Gaduh manja la sangat !!

"... Oklah saya pergi dulu. Assalamualaikum" Rafiq meminta diri.

"Waalaikumussalam" jawab Airen. Talian dimatikan. Telefon Airez diletakkan di meja sisi katil. Kerja mengelap badan diteruskan.

••••••••••••••

"Abang!" panggil Rania. Hanya mereka berdua berada di bilik. Airen berada di bawah menolong Mama masak.

"Apa? Jangan kacau abang la" kata Airez. Baju tidur semalam sudah diganti dengan t shirt hitam lengan pendek. Badannya direbahkan ke atas katil. Sungguh dia tak larat.

"Nia nak tanya abang sikit ni" kata Rania. Badannya disandarkan pada kerusi. Tangannya memeluk tubuh. Mata tak lepas memandang Airez Radhwan.

"Tanya jelah, adikku sayang. Sejak bila pandai mintak izin? Sebelum ni tak pernah nk mintak izin. Main redah ja" balas Airez malas. Tangannya mengurut perlahan kepalanya. Demamnya belum kebah.

"Kenapa abang benci sangat kat Kak Airen. Dia tak salah pon" kata Rania. Geram dengan sikap abangnya.

"Kenapa? Rania dah tertipu dengan lakonan dia? Abang tak kan pernah percayakan dia" kata Airez. Adiknya telah memihak kepada Airen.

"Malas nak cakap dengan orang degil macam abang. Suka hati abang la. Jangan menyesal satu hari nanti sudah. Sebab waktu tu dah tak berguna" kata Rania sambil bangun dari kerusi. Dia terus pergi meninggalkan abangnya seorang diri.

"Lain kali tak payah cakap. Huh!!" marah Airez. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Mata dipejam dan dia terlelap untuk seketika.

________🌼🌼🌼________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now