Part 34 - Kiss

36.4K 990 6
                                    

Airen memandang langit yang gelap. Malam ini tiada langsung kerlipan dari bintang. Hanya bulan yang  terbentang indah di dada langit. Seperti memahami apa yang tersirat dalam hatinya.

Sudah dua hari Radhwan berkelakuan aneh. Tanya sepatah jawab sepatah. Kalau dulu jika disoal sepatah, beratus-ratus patah lelaki itu jawab. Tetapi tidak kini. Sungguh dia rindukan Radhwan yang dulu. Mana Radhwan yang sering berkata manis. Yang sering tersenyum menggoda ke arahnya. Mana dia pergi!? Kini, yang tinggal hanyalah Radhwan yang pendiam dan dingin.

Angin malam bertiup perlahan menyapa kulit mulus Airen. Tubuhnya digosok perlahan bagi menghasilkan haba.

________

Airen mengekori suaminya dari belakang. Dibuang semua rasa malu bagi memujuk Radhwan walaupun dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dia lakukan.

"Kau ikut aku kenapa?" Soal Radhwan kasar apabila perasan Airen mengekorinya selepas dia keluar dari bilik air. Tubuhnya yang basah dilap menggunakan tuala kecil.

Cupp !!

Radhwan tergamam. Terkejut dengan tindakan drastik Airen. Terlepas tuala yang berada di tangannya. Tidak berkedip mata memandang wajah Airen yang melekat pada wajahnya. Mata gadis itu tertutup rapat manakala tangan kecil gadis itu memeluk erat lehernya.

Radhwan nyaris hanyut dengan belaian Airen. Tipulah kalau kata dia tidak tergoda. Boleh dikatakan setiap hari bibir munggil itu menjadi mangsanya. Hampir-hampir dia membalas kucupan itu. Tetapi, otaknya pantas berfungsi. Tubuh Airen ditolak kasar sehingga terdorong ke belakang.

"Apa kau buat ni?" Matanya mencerlung tajam Airen yang turut sama memandang ke arahnya.

"Radhwan... Apa salah saya? Kenapa awak berubah macam ni?" Kata Airen lirih. Terasa hatinya apabila Radhwan menolaknya tadi.

"Aku dah lambat nak pergi pejabat". Sejurus itu, Radhwan terus melangkah pergi.

"Rez... Maafkan saya. Saya tak tahu apa salah saya kat awak. Awak tak nak bercakap dengan saya. Terus menghukum tanpa saya tahu kesalahan saya" ujar Airen sebak. Air matanya menitis satu per satu.

Radhwan terdiam. Dia berhenti seketika sebelum meneruskan langkah ke wardobe. Jelas di telinganya esakan kecil Airen. Rasa bersalah menguasai dirinya. Namun, dia tidak mempunyai kekuatan untuk menghapuskan tangisan itu. Biarlah kes itu selesai terlebih dahulu.

_________

Telefon Radhwan berdering minta di angkat tetapi si pemiliknya hanya buat tak tahu. Rafiq yang sedang fokus sudah hilang konsentrasi. Bunyi yang bergema di setiap ruang dalam pejabat Radhwan betul-betul menganggu ketenteraman. Nama yang tertera di skrin Iphone Radhwan dipandang sekilas.

"Weh, angkat la call tu. Airen yang call kan" ujar Rafiq. Dia memandang Radhwan yang menghadap fail bertimbun di hadapan lelaki itu. Dah kenapa dengan Rez ni? Kalau tidak, bukan main seronok kawannya itu jika mendapat panggilan dari Airen.

"Biarlah.. aku busy ni" ringkas sahaja jawapan yang diberikan. Pandangannya masih melekat pada kertas-kertas kerja di atas meja. Dia tahu dirinya sedang direnung oleh sepasang mata milik Rafiq.

Fikirannya menerawang mengingati peristiwa pagi tadi. Sungguh dia rindu dengan belaian Airen. Ditahan sahaja gelora jiwanya.

Telefon berdering lagi. Tapi kali ini nama Hana yang tertera di skrin telefon. Iphonenya dicapai. Punat hijau terus ditekan.

"Hello. Hana, ada apa call?" soal Radhwan. Rafiq meneruskan kerjanya. Perbincangan tentang projek baru tergendala seketika.

"... Jap lagi I sampai"

"... Okay bye"

Rafiq hanya memasang telinga. Busy la sangat. Apa kena dengan Radhwan ni? Berubah semacam jer.

"Dia nak apa?" Soal Rafiq selamba.

"Dia ajak lunch" jawab Radhwan tenang.

"Ouh... Tak busy pulak?" Rafiq menyindir.

"Kerja aku dah nak habis" jawab Radhwan tenang. Tahu dirinya sedang disindir.

"Baguslah tu. Bini call, busy macam esok nak kiamat. Kalau perempuan lain call, kerja setinggi gunung pon siap dalam masa 1 minit. Syabas! Cepat sangat kau buat kerja. Sesuai la kau jadi CEO lepas ni. Mesti Airen bangga ada suami macam kau. Atau lebih tepat, Hana akan bangga ada sepupu macam kau" tambah Rafiq lagi. Tangannya ditepuk kuat. Kemudian, dia terus melangkah keluar dari pejabat Radhwan.

Radhwan hanya memandang. Tidak terdetik hatinya mahu membalas setiap kata-kata Rafiq yang seperti belati tajam menyiat hatinya. Dia tahu dia salah. Memang betul apa yang dikatakan Rafiq. Keluhan berat dilepaskan. Sungguh dia rindu akan Airen.

'Kalau kau rindu, kau takkan buat dia macam ni'

'Tapi aku terpaksa'

'Terpaksa apa? Apa yang buat kau terpaksa? Kau nak tuduh Airen yang rancang kemalangan tu?'

Radhwan meramas rambutnya kasar. Suara hatinya yang membentak benar-benar menambahkan lagi kekusutan. Mungkin ini merupakan ujian berumah tangga baginya.

________

Airen mendekati Radhwan yang sedang enak dibuai mimpi di sofa. Suaminya seakan-seakan semakin menjauh darinya. Mungkin kerana tindakan berani mati Airen pagi tadi. Malam ini Radhwan tidur di sofa berbanding hari sebelumnya.

Haruman dari tubuh Radhwan memasuki ke dalam rongga pernafasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Haruman dari tubuh Radhwan memasuki ke dalam rongga pernafasan. Tiba-tiba dia berasa semua isi perutnya mahu keluar. Segera dia berlari ke tandas.

Bluerkk!

Perlahan-lahan Radhwan membuka mata. Jelas kedengaran bunyi muntah dari bilik air. Diikutkan hati, mahu sahaja dia menemani Airen di tandas.Mengurut leher isterinya. Tapi, itu semua ditahan habis habisan bagi menuruti kehendak ego. 

Airen melangkah perlahan menuju ke katil. Kepalanya berasa seakan-akan berpusing. Ni mesti perut masuk angin. Seleranya bagaikan hilang sejak akhir-akhir ini. Nak makan pun tak berselera. Mungkin kerana perubahan mendadak atas sikap Radhwan.

Matanya melirik ke arah Radhwan yang masih nyenyak tidur. Jam di dinding dipandang sekilas. Baru pukul 3 pagi. Baik tahajud dulu untuk menenangkan hati. Mana tahu Allah bati petunjuk untuk semua masalah yang menimpanya. Dia melangkah kembali ke bilik air untuk mengambil wuduk.

___________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now