Part 60 - Kahwin

40.6K 1K 49
                                    

"Aril.... Jangan lari la. Penat ibu nak kejar" marah Airen garang kepada Aril yang berlari laju. Habis semua orang dilanggarnya. Waktu kecik bukan main sopan lagi. Sampai orang cakap dia buat tak tahu. Sekarang langsung tak tahu duduk diam.

Airen melabuhkan duduk di bangku berdekatan. Dia melepaskan lelah dan rasa penat. Sejak mengandung ini, habis tenaganya hilang. Ditambah lagi dengan kenakalan anaknya.

Aril melompat lompat sambil mengarahkan jari telunjuk ke arah Rania

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aril melompat lompat sambil mengarahkan jari telunjuk ke arah Rania. Baju melayu berwarna ungu muda menjadi tema majlis hari ini. Samping yang dipakaikan oleh daddy tadi melayang entah ke mana. Paluan kompang yang semakin kuat kedengaran menambahkan rasa teruja dalam hati. Matanya meliar mencari Kak Arissa dan Ameena.

"Aril nak pergi kat atuk" balas Aril petah. Di tangannya memegang lolipop. Tak sabar mahu melihat ucu naik pelamin. Tadi, dia tidak sempat melihat ucu kerana ucu kena 'culik' dek mak andam. Katanya mahu make up wajah ucu. Tapi, ucu dah cantik la tanpa make up.

Melihat sahaja kelibat atuknya, dia terus mendekati lelaki tua itu. Tangan diangkat menyuruh atuk mendukung dirinya. Kalau tinggi, baru boleh nampak ucu.

"Sayang.. jangan la banyak gerak. Biar aje Aril dengan papa" tegur Radhwan yang muncul dengan berpakaian baju melayu berwarna ungu muda dipadankan dengan samping. Tema majlis perkahwinan yang dipilih oleh adiknya. Dia kemudian melabuhkan duduk di sisi Airen.

Kandungan Airen sudah berganjak ke usia 5 bulan. Radhwan memandang isteri yang berada di sampingnya. Kemudian, tangan memegang perut Airen yang sedang memboyot itu. Menunggu hari sahaja untuk kelahiran anak kedua mereka.

Farah dan Harris telah menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Farris Umair. Selepas ini, Aril sudah ada geng dan kawan untuk bermain. Heronya yang seorang sudah berganjak ke usia 3 tahun. Terasa cepat masa berlalu. Banyak kenangan yang lepas mengajarnya erti kehidupan tatkala ini.

Manakala Rafiq pula telah berkahwin dengan kekasih hati bulan lalu dan kini dalam fasa bulan madu.

Adiknya, Rania telah diijab kabulkan dengan Ameer, si kekasih hati. Tak tahu di mana dia mahu letak muka apabila mengetahui Rania melamar Ameer di hadapan Datuk Haniff. Siap bawa bunga lagi ! Kenapa la aku ada adik yang gila dan tak tahu malu? Tergeleng perlahan kepalanya apabila mengimbas kembali kisah itu. Nasib ada Airen yang menenangkan dirinya. Kalau tak, dah lama dia hempuk kepala Rania. Apa punya perangai da....

Airen membalas pandangan mata Radhwan. Terbit senyuman manis di wajah.

"Kenapa abang tengok Ren macam tu?" Airen menjeling manja suaminya. Aduhai makin handsome la suami aku ni.

"Isteri abang nampak cantik hari" puji Radhwan ikhlas. Terbit senyuman gatal di wajah. Mata dikenyit ke arah Airen. Tersipu malu Airen dibuatnya.

"Hari ni aje ke? Hari lain tak cantik?" Usik Airen manja. Dia merenung wajah Radhwan.

"Hari-hari sayang cantik di mata abang" ucap Radhwan dengan gaya menggoda. Airen tersengih dalam hati. Alahai sweet talkernya.

Dalam hati Airen bersyukur sangat- sangat dengan kurniaan Allah kepadanya. Setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang dia lalui. Kini, segalanya membuahkan hasil. Kebahagiaan yang tidak terhingga bersama keluarga tercinta.

Aimi dan Qaseh sekarang juga sedang mengandungkan anak pertama mereka. Masing-masing akan memegang peranan sebagai seorang ibu.

"Ehem... Yang pengantinnya Rania. Bukan kau dengan si Radhwan ni" Farah menyindir tajam. Tadi dia mencari Airen di bawah khemah tetapi tidak jumpa. Rupa-rupanya berada di tepi rumah sedang berasmara dana dengan Airez Radhwan. Tak padan dengan ramai orang.

Airen menjeling tajam Farah yang muncul bersama Harris. Sibuk betul la minah kepoh ni. Farris Umair berada dalam dukungan Harris sedang tidur. Comel betul dia.

Masa untuk mengambil beramai-ramai bersama ahli keluarga. Pelbagai gaya dibuat untuk dijadikan kenangan. Airen duduk di atas kerusi manakala Radhwan berdiri di belakangnya mendukung Aril. Sekali sekala jurukamera bersuara memberikan arahan.

Rania dan Ameer berada di hadapan sekali. Tangan Ameer dipeluk dan kepala disandarkan di bahu suaminya. Akhirnya lelaki yang dia idamkan menjadi miliknya. Gembira rasa hati apabila Ameer menerima lamarannya. Biarlah dia dikatakan seperti perigi mencari timba. Asalkan dia dapat hidup bersama Ameer di dunia ini.

Mereka yang berada di situ tersenyum bahagia. Segalanya telah berakhir dengan kebahagiaan. Kebahagiaan yang tidak akan dicapai jika tidak kuat untuk menempuh ujian dalam kehidupan.

•••••


TAMAT

Terima kasih kepada yang support

Yang selalu komen

Yang selalu vote

Terima kasih banyak2

Author sayang korang semua

😘😘

•••••••

Dan jangan lupa baca story saya yang kedua

Dia Vampire

💗💗💗💗

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now