Part 58 - Tidur

30.1K 777 5
                                    

Airen bangun dari perbaringan. Dia mahu menggosok baju kemeja Radhwan memandang pagi ini lelaki itu perlu ke pejabat. Semalam dia terlupa untuk melakukan kerana terlampau letih. Tambahan pula, memang tugas seorang isteri untuk menguruskan keperluan suaminya. Entah la, sejak kebelakangan ini tubuhnya mudah terasa letih. Mungkin kerana banyak kerja yang harus dia lakukan.

Mata mengerling Aril yang tidur di atas badan Radhwan yang tidak berbaju. Ibu jari kecil itu dimasukkan ke dalam mulut. Aduhai anaknya seorang ini. Katil sendiri ada tapi nak jugak tidur atas si bapa. Buat hal betul la budak kecik ni.

Selesai menggosok kemeja dan seluar slek hitam suaminya, Airen mendekati katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai menggosok kemeja dan seluar slek hitam suaminya, Airen mendekati katil. Dia ingin mengejutkan Radhwan memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6.05 pagi.

"Abang bangun!" Airen menggoyangkan tubuh suaminya yang nyenyak tidur. Begitu juga dengan Aril.

"Ermm..." balas Radhwan malas. Badannya bergerak sedikit sebelum menyambung tidur semula. Beban badan Aril langsung tidak menganggu lenanya.

"Abang..! Dah pukul 6 lebih dah ni" gerutu Airen geram. Boleh pulak dia sambung tidur. Memang nak kena ni! Lewat ke pejabat padan muka.

"Aril... Bangun sayang" Airen mengejutkan anaknya mula. Langsung tiada tanda untuk bangun. Amboi ! Ni lagi dasyat. Saja kan nak bagi ibu marah. Airen hanya membiarkan mereka menyambung tidur dan bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri.

"Anak dengan bapak sama aje" ngomel Airen perlahan.

Biasanya Aril akan bangun pukul 8 pagi. Jadi, dia akan turun ke bawah terlebih dahulu untuk menyiapkan sarapan.

Pada pagi nanti dia dan Aril akan ke Shah Alam ditemani Rania untuk merasmikan cawangan kafe baharu di sana. Manakala Radhwan pula datang lewat sedikit bersama Harris dan Rafiq. Tak sabar pula untuk bertemu dengan semua rakannya iaitu Farah, Aimi dan Qaseh. Masing-mqsing ada kehidupan keluarga sendiri.

•••••

"Drive baik-baik tau, sayang. Abang sampai sana mungkin dalam pukul 12" pesan Airez Radhwan ketika Airen menghantarnya di muka pintu. Airen yang memakai blause ungu tua dipandang dengan penuh rasa cinta.

Radhwan memberikan Aril Redza dalam dukungan kepada Airen. Makin berat la budak ni sekarang. Anaknya itu sudah boleh berjalan dan berlari. Jenuh jugak la si bapa ini mahu mengepung.

"Baik... Abang pun drive carefully. Mata tengok tengok jalan bukan tengok awek tepi jalan" giliran Airen pula memberi nasihat. Jelingan tajam dihadiahkan buat suami. Suami handsome payah jugak nak kawal. Pergi ke mana-mana saja mesti perempuan lain akan pandang dan tersenyum gatal.

Tapi, dia tahu pendirian hati Airez Radhwan. Keluarga lelaki itu menjadi keutamaan. Kasih dan sayang dalam hati tidak pernah kurang.

"InsyaAllah tak" balas Radhwan sambil tersengih nakal. Ada la tu idea jahat dalam kepala otak.

"Aril salam daddy" kata Airen kepada Aril yang berada dalam dukungan. Pipi tembam anaknya dikucup sekilas.

Aril mematuhi arahan ibunya. Tangan Radhwan dikucup kemudian beralih ke kedua belah pipi daddynya. Radhwan pula membalas dengan mencium kepala anaknya.

"Pandaiii dia" pujian Airen membuatkan Aril tersenyum dan tertawa manja. Eh² budak ni. Seronok pulak dia.

"Okey la abang gerak dulu. Kita jumpa nanti" kata Radhwan. Selesai Airen menyalami tangannya, dia terus bergerak ke kereta. Tangan dilambai ke arah dua orang kesayangannya itu sebelum kereta bergerak keluar dari perkarangan rumah.

•••••

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now