Part 15 - Gaduh

41.7K 1.2K 0
                                    

Airez termenung memandang kertas kerja dihadapannya. Dia tidak dapat fokus. Fikirannya menerawang akan perubahan sikap Airen. Gadis itu enggan bertemu dengannya. Semalam pon gadis itu tidur dengan Rania. Adiknya itu sudah mula menyukai Airen. Panggilan Rania kepada Airen juga sudah bertukar.

Airen akan masuk ke dalam bilik mereka semasa dia tidur. Tapi dia sedar semua itu sebab dia hanya berpura pura tidur. Airen menjadi semakin pendiam daripada sebelum ini. Mungkin Airen membencinya selepas kejadian itu. Arghhh!! Lagi bagus dia benci aku sebab aku lagi benci dia.

Tiba tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Telefonnya dicapai dan mesej dari Adam Rafiq dibuka.

Rez, jumpa aku kat atas. Tempat biasa! Ada benda aku nak cakap.

Dahi Airez berkerut kecil. Kenapa nak jumpa kat atas? Kat pejabat kan boleh? Mesej Rafiq dibiarkan tidak berbalas. Iphone miliknya diletakkan dalam poket. Matanya beralih ke luar tingkap. Mendung! Mesti nak hujan.

Airez keluar dari pejabatnya dan terus ke arah lif. Tingkat paling atas iaitu tingkat 35 ditekan. Dia melihat Adam Rafiq yang duduk di atas bangku batu itu. Kepala Rafiq mendongak merenung langit biru. Airez memandang sekeliling. Hanya mereka berdua saja yang berada di situ. Staf yang lain mungkin sibuk bekerja.

Tingkat paling atas bangunan ini tiada bumbung. Sesuai untuk merehatkan minda untuk melepaskan tekanan bekerja.

 Sesuai untuk merehatkan minda untuk melepaskan tekanan bekerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apsal kau nak jumpa aku. Macam la tak boleh jumpa kat office" tegur Airez seraya mengambil tempat di hadapan Rafiq. Ketawa kecil terlepas dari mulutnya. Apa yang lawak, dia sendiri pon tak tahu.

"Kau asal doe. Buat kerja gila hari tu" kalau bukan disebabkan Puan Sri Rahayu yang memintanya menasihati Airez, tak ada maknanya dia nak memanggil sampai ke atas ni. Dia memandang wajah Airez yang sudah berubah riak.

"Kau kalau nak jumpa aku semata mata nak cakap pasal ni baik tak payah. Buang masa aku jer" punggung diangkat ingin melangkah pergi.

"Weh Rez. Kau masih cintakan Husna ke? Kau masih tak dapat lupakan dia? Weh Rez!! Airen tu isteri kau sekarang ni. Kau dok sakiti dia kau tak rasa kesian ke. Kau buat dia macam sampah! Kau pijak pijak maruah dia. Kau tu suami dia. Sepatutnya kau lindungi dia, bukan sakiti dia!" Rafiq juga turut bangun. Kata katanya membuatkan langkah Airez terhenti dari melangkah. Badannya dipusingkan menghadap Rafiq.

Tiba tiba hujan mula turun dengan lebat. Habis basah baju mereka berdua. Namun masing masing tidak kisah. Langsung tidak terfikir untuk meninggalkan tempat tersebut.

"Yaa!!! Aku masih cintakan Husna dan aku tak boleh lupakan Husna. Puas hati kau! Budak kampung tu?! Dia tak sesuai jadi isteri aku. Tak layak untuk ganti tempat Husna dalam hati aku! " Airez bersuara kuat. Cuba melawan bunyi hujan yang semakin lebat.

"Kau sedar tak apa kau cakap ni? Husna tu dah mati! Dia tak kan kembali walau kau menangis air mata darah sekalipon" balas Rafiq. Dia menjerkah kuat.

Buk!!

Satu tumbukan hinggap di pipi Rafiq. Airez memandangnya tajam.

"Dia mati kat dunia ni ja. Tapi dia tak pernah mati dalam hati aku!" kata Airez. Tangan kanan digenggam erat.

Buk!!

Giliran Airez pula tersungkur apabila Rafiq membalas kembali tumbukan.

"Kau ada isteri yang sayang kau. Yang setia kat kau. Susah sangat ke nak mengaku yang kau sayang dia. Buka hati kau tu untuk dia. Sampai bila kau nak macam ni. Tutup hati kau untuk isteri sendiri. Kalau Husna tengok, dia mesti kecewa dengan kau" balas Rafiq cuba menyedarkan Airez. Dia kasihan tapi di terpaksa. Dia melihat Airez hanya diam. Mungkin Airez perlukan masa.

"Satu jer aku nak cakap. Jangan sampai Allah tarik nyawa Airen macam Allah ambil Husna dari kau. Waktu tu kau jangan tanya kenapa Allah ambik nyawa orang yang kau sayang. Sebab kau tu jenis tak reti nak bersyukur. Kau try sayang dia. Cuba kenal dia dengan lebih mendalam. Sebab satu hari kau akan takut kehilangan dia" sambung Rafiq. Sejurus itu, dia terus meninggalkan Airez Radhwan. Wajahnya yang basah diraup kasar.

Bibirnya dipegang. Sakit!!! . Tumbukan Airez lebih kuat berbanding dirinya. Manakan tidak, Airez merupakan pengerusi kelab Taekwondo dan menjadi johan setiap pertandingan yang diwakilinya.

_________🌼🌼🌼__________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now