Part 52 - Majlis Farah

32.4K 837 5
                                    

Tangan Radhwan mengusap lembut perut isterinya. Dia membaringkan badan lalu meletakkan kepada di atas paha Airen. Kemudian, kandungan Airen di sebalik pakaian tidur bermaterial halus dan lembut dicium dengan penuh kasih sayang. Kandungan Airen sudah mencecah 8 bulan.

Rasa penat dan letih setelah pulang dari pejabat terbang serta merta apabila dapat melihat orang tersayang. Badan yang terasa segar selepas mandi tadi bertambah nyaman apabila udara penyaman udara yang sejuk menyentuh lembut kulitnya.

Tangan Airen yang sibuk membaca majalah dicapai dan diletakkan di ubun- ubunnya. Menyuruh isterinya untuk membelai manja dirinya.

"Abang penat?" soal Airen. Majalah yang dibaca diletakkan di sisi. Jari jemarinya mengelus lembut rambut tebal suaminya.

"Penat la juga. Tapi, lepas tengok sayang, penat tu hilang. Wajah sayang seperti penawar yang mengubati setiap kesakitan dalam diri abang" romantis Radhwan berkata- kata. Cuba mengayat si isteri. Senyuman menggoda diberikan kepada isterinya. Kepalanya mendongak untuk memandang wajah malu Airen.

Airen tersengih. Amboii manisnya bicara. Kalah madu tualang asli aih.

_______

Airen dan Radhwan kini berada di hotel untuk acara resepsi perkahwinan Farah dan Harris. Farah kelihatan cantik dengan busana pengantin berwarna putih berada di sisi Harris.

"Hai pengantin baru" tegur Airen sambil mendekati Farah. Ramai tetamu yang hadir membuatkan dia tidak selesa. Ditambah lagi dengan bunyi bising lagu yang dipasang. Radhwan pula menghilang entah ke mana. Mungkin pergi berbual dengan kawan lamanya.

"Hai mak buyung. Sihat?" Kata Farah sambil melambaikan tangan. Teruja melihat kandungan Airen yang semakin besar. Tak lama lagi dia akan mendapat anak buah. Gembira sungguh hatinya.

"Sihat jer" balas Airen sambil tersenyum. Dia mengusap perut perlahan apabila terasa tendangan. Jubah longgar berwarna merah dikenakan di tubuhnya tidak terlalu menampakan perut.

"Baby macam mana? Okay? Banyak ragam tak?" Soal Farah lagi. Dia menyentuh perut Airen. Tak sabarnya nak tunggu baby ni keluar. Bisik hatinya.

"Hari ni dia behave sikit. Mana Aimi dan Qaseh? Tak nampak pon diorang"

"Ada tu tengah selfie kat belakang. Maklumlah, jadi bridesmaid pengantin. Kau sorang jer yang terkecuali sebab ibu mengandung la katakan" kata Farah bersama gelak tawa. Ingat lagi dia dengan muncung sedepa Airen apabila Radhwan tidak membenarkannya untuk menjadi bridesmaid atas sebab kandungan yang semakin sarat. Jenuh jugak si Radhwan tu mahu memujuk Airen ni.

"Aku beranak kat sini baru tahu" ugut Airen geram. Sakit hati mendengar tawa yang keluar dari bibir Farah.

"Kau jangan... kecoh majlis aku ni kang" jawab Farah. Wajahnya bertukar serius. Elok- elok majlis berjalan dengan lancar, jadi huru hara pula nanti jika Airen ingin bersalin. Mahu runtuh bangun hotel ini jika Airen menjerit.

"Hai Ren. Mana Radhwan" Harris tiba- tiba muncul mendekati isterinya dan Airen. Dia yang memakai suit hitam kelihatan segak berada di samping Farah. Sama cantik sama padan jima digandingkan.

"Entah la. Tadi ada. Sekarang dah hilang" balas Airen. Dia tersengih memandang pasangan di hadapannya itu. Dulu bukan main benci eih kau, Farah. Konon si Harris ni lelaki gatal la miang la semua ada. Tup tup sekarang dah kahwin. Jodoh yang diaturkan Allah memang sesuatu perjalanan yang cantik. Begitu juga dengan dirinya. Dari crush tup tup terus jadi suami.

"Sampainya hati tinggalkan ibu mengandung sorang- sorang. Suami jenis apa la. Kang terberanak kat sini, siapa nak tanggung. Kitorang jugak" bebel Harris sambil menggelengkan kepala. Berpura- pura kesal dengan sikap kawannya.

"Hey.. apa la awak ni" tegur Farah. Tangan Harris ditampar perlahan. Risau jika Airen terasa hati.

"Woih... apa kau kata tadi? Tak dengar la" sampuk satu suara dari belakang. Radhwan menghampiri Airen lantas pinggang isterinya ditarik rapat. Tadi dia tinggalkan sekejap Airen di meja makan untuk pergi berbual dengan Rafiq. Sekembalinya di meja, dilihatkan Airen sudah hilang. Resah sekejap hatinya sebelum melihat Airen elok berbual dengan Farah Dan Harris di atas pelamin.

Harris tersengih sambil menggaru kening. Opss kantoi sudah!

"Tak... aku kata kau hensem hari ni. Kalah aku yang pengantin ni" dalih Harris. Farah di sebelah sudah menggeleng. Menipu jer kerja dia.

Radhwan menjeling wajah rakannya. Macam la aku tak dengar.

"So... jangan lupa janji kau" kata Radhwan tiba tiba. Airen, Farah dan Harris memandangnya pelik.

"Janji apa pulak" tanya Harris aneh. Otaknya cuba mengingati. Setahunya, dia tidak pernah berjanji apa apa dengan si Radhwan ni.

"Kembar sepuluh" Radhwan tersengih nakal. Keningnya diangkat berkali kali. Kata kata Harris yang pernah diucapkan ketika mereka berada di Lost World of Tambun dahulu.

Kedua dua mereka ketawa kuat apabila Harris dapat menangkap maksud yang tersirat di sebalik kata kata Radhwan. Otak kotor dari dulu memang tak boleh nak cuci. Airen mencubit lengan suaminya apabila melihat wajah Farah yang merona merah. Kesian kawan aku. Radhwan menyeringai kesakitan sambil menggosok lengannya yang memerah. Macam ibu ketam isterinya ini.

"Sakit la sayang" adu Radhwan sambil mencebik. Bibirnya memuncung sedepa.

"Cakap tu tak reti nak tapis dulu" marah Airen. Dia menjegilkan mata ke arah suaminya.

"Nak tapis macam mana. Penapis tinggal dekat rumah. Balik jap gi baru abang tapis" sempat lagi Radhwan berloyar buruk sambil tersengih.

Airen mengacah untuk mencubit Radhwan sekali lagi. Tanpa membuat masa, pantas dia berlari menjauhi si isteri. Airen pun tak nak kalah. Tak padan dengan memboyot ke depan macam itu, masih lagi mahu mengejar si suami. Jatuh kang baru tahu

Farah dan Harris hanya menjadi pemerhati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farah dan Harris hanya menjadi pemerhati. Tergeleng geleng mereka berdua melihat pasangan itu

_______

Sorry sangat lambat update 😶

Sis fokus Dia Vampire sampai terlupa cerita ni

Jangan lupa baca cerita Dia Vampire eih....

Btw sorry kalau ada typo

Thanks kepada yang vote dan comment

😍😍😍😍

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now