SPECIAL PART 😍

44.9K 979 49
                                    

Rania menolak daun pintu biliknya perlahan-lahan. Bilik itu dihias menjadi bilik pengantin yang sangat cantik. Berdebar pulak hati ni. Maklumlah malam pertama. Tadi, teruk dia kena sakat dengan Airez Radhwan. Tak guna punya abang! Ada ke patut cakap Ameer tu akan bertukar jadi gorila malam ni. Suami aku punya la handsome disamakan dengan gorila? What the hell?!

Rania mencari kelibat suaminya itu. Bagus! Dia tak ada dalam bilik. Boleh aku mandi sekarang. Satgi kalau dia ada lagi bertambah malu aku. Mana nak letak muka. Dah la muka comel aku senang jadi merah. Kang tak pasal-pasal kena usik dek Ameer. Cukuplah kat bawah tadi kena sakat oleh mak ciks bawang. Rania mengomel dalam hati.

Gaun pengantin yang panjang berjela itu diangkat untuk mempercepatkan langkah menuju ke bilik air. Sempat tangannya mencapai tuala dalam almari. Masa ini dia tidak boleh buang masa. Masa amat berharga ketika Ameer tak ada dalam bilik. Hehe !

Akhirnyaa, dia selamat berada dalam bilik air. Pintu dikunci dari dalam. Tudung yang sejak tadi melekap di kepala ditanggalkan dan dicampak ke dalam bakul. Leganyaa !

Masa untuk buang baju pengantin yang ketat ni pulak. Zip belakang badan ni yang dia tak suka. Lain kali buat zip di depan. Ni menyusahkan orang pulak nak kena kehelkan kepala.

Aduhh!! Tangan tak sampai pulak ! Tangan pendek sangat. Itulah dulu mama suruh makan koko crunch banyak, kau tak nak. Makanan tak sihat la apa la. Ehh jap².. apa kena mengena koko crunch dengan tangan pendek. Urghhh apa-apa ajelah!

Sesi menanggalkan baju pengantin bertukar menjadi senaman regangan badan. Pelbagai teknik yang Rania buat namun semuanya tidak berhasil. Zip itu tetap tidak mahu terbuka. Kalau panggil Kak Airen datang bukakan boleh tak? Serius tak boleh buka. Rasa nak menjerit saja di situ.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang menarik zip itu di belakangnya. Haruman tubuh itu memasuki rongga hidung Rania. Gulp! Liur ditelan kesat. Peluh mula keluar di dahinya. Mama!! Hantu !!!!!!!!

"Susah sangat ke nak minta tolong? Mulut ada tak reti nak guna?" Suara garau itu berkata. Kemudian, terasa kucupan lembut di belakang badan Rania. Terbutang biji matanya dengan perlakuan 'hantu' itu. Kucupan lembut itu merayap hingga ke lehernya.

Takguna punya hantu! Dasar hantu gatal ! Pantas Rania menoleh. Wajah kacak Ameer terpampang di depan mata. Erkk! Ingatkan hantu. Dia lihat lelaki itu hanya bertuala paras pinggang menampakkan tubuh badan yang sasa. Nampak sangat selalu pergi gim.

"Macam mana awak ada dalam ni? Saya dah kunci pintu tadi. Macam mana awak masuk?" Tangannya dilekapkan di dada bagi menghalang baju itu melorot jatuh. Badannya ke belakang sedikit apabila Ameer cuba untuk mengucup lehernya. Hishh lelaki ni lepas kahwin agresif la pulak.

"Awak? Erm tak best la. Panggil abang boleh?" Soalan Rania tidak dijawab malah dia bertanyakan soalan lain. Sejenis manusia yang tidak memahami kehendak soalan.

"Pasal macam mana abang masuk? Itu kena tanya diri sayang sendiri. Boleh tahan gatal eh sayang ni hendap abang mandi" usik Ameer sambil tersenyum nakal. Dagu Rania dicuit manja. Wajah Rania sudah bertukar warna merah manakala Ameer masih galak mengusik.

"Hey! Bila masa saya hendap awak? Siapa suruh awak tak kunci pintu. So, saya masuk ajelah. Mana saya tahu ada orang dalam ni" jawab Rania laju. Tak kuasa dia nak hendap orang mandi. Macam tak ada kerja lain.

"Alasan tak boleh diterima. And satu lagi --" dagu Rania terus diraih oleh jemari kasarnya. Muka mereka didekatkan.

Cuppp!

Bibir mereka bertaut rapat. Ameer memejamkan mata manakala Rania masih lagi beriak terkejut. Sungguh dia tidak menyangka dengan tindakan drastik itu. Dia masih kaku membiarkan bibirnya dijamah lembut oleh Ameer.

"Siapa bagi sayang tukar panggilan 'awak' tu? Abang suruh panggil abang kan?" Kata Ameer selepas tautan dilepaskan. Pipi merah Rania diusap lembut. Dulu sebelum kahwin bukan main lagi. Siap datang melamar sampai kena ejek dengan Airez Radhwan. Sekarang ni dia pulak yang malu.

"Are you okay?" Soal Ameer cemas apabila melihat Rania masih tidak bergerak. Seperti orang kena sampuk aje gayanya.

Melihat keadaan Rania, Ameer segera meminta diri. Mungkin Rania masih malu dengannya. Ditambah pula malam ini ialah malam pertama mereka. Pasti gadis itu fikir yang bukan-bukan.

"Sayang mandi la. Abang tunggu luar" beritahu Ameer seraya melangkah menuju ke pintu tandas.

Saat dia ingin memulas tombol pintu, terasa ada tangannya ditarik dari belakang. Kepala ditoleh memandang Rania.

"Mandi dengan saya?" Perwatakan muka temboknya sudah datang. Tiada lagi perasaan malu seperti tadi. Senyuman menggoda dihadiahkan buat Ameer.

"Tapi, abang dah mandi" Ameer serba salah. Lemah lututnya melihat Rania perlahan-lahan melorotkan gaun pengantin tadi. Nafsunya berkocak hebat melihat badan gebu milik Rania. Kang kena terkam dalam bilik air jugak kang. Imannya sudahlah senipis kulit bawang. Bila-bila masa sahaja dia akan bertindak di luar kawalan. Apatah lagi bila bersama yang halal ini. Apa minah ni buat?

"Mandi sekali lagi" tangan Ameer terus ditarik ke bathtub. Rasa malu tadi entah terbang melayang ke mana.

Malam itu, terciptalah sebuah memori yang tak dapat dilupakan oleh mereka berdua.

•••••


Sorry lambat update untuk special part

Korang boleh baca DIA VAMPIRE pula

Okay?

Thankss pada yang support

Please abaikan typo

Love you

Muah

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now