Airen tersenyum apabila melihat wajah suaminya di muka pintu bilik. Pukul 10.00 baru balik? Lambatnya. Tak pernah-pernah balik lambat macam ni. Majalah yang dibaca tadi ditutup dan diletakkan di sisi. Dia segera bangun dan merapati suaminya. Sebenarnya tadi dia sudah beberapa kali menguap tetapi digagah juga kerana mahu menyambut kepulangan Radhwan.
"Lambat awak balik. Banyak kerja ke?" soal Airen. Dia cuba menanggalkan tali leher tetapi ditepis oleh suaminya. Airen sedikit terasa hati walaupun hanya tepisan lembut. Kenapa lain macam jer Radhwan hari ni. Macam ada sesuatu yang tak kena.
"Ermm" jawab Radhwan. Kakinya melangkah ke bilik bacaan. Meninggalkan Airen terkebil-kebil seorang diri di muka pintu bilik.
"Awak rehat dulu. Saya pergi ambil air" balas Airen. Maybe dia penat kot. Airen cuba menyedapkan hatinya. Dia terus bergerak ke dapur untuk mendapatkan air untuk Radhwan.
Radhwan diam. Tidak dapat ditafsirkan perasaannya ketika ini. Tubuh isterinya yang meninggalkan bilik dipandang kosong. Airez Radhwan menghempaskan tubuhnya kasar atas sofa single. Kepala yang berdenyut diurut perlahan. Mata terpejam rapat. Terlalu banyak masalah yang mengasak mindanya. Kenapa sekarang? Kenapa semua ni diberitahu semasa hatinya sudah mula menyayangi Airen?
"Nah air awak" Airen kembali bersama cawan di tangan. Kemudian, diletakkan di atas meja. Wajah kusut suaminya dipandang.
Suara Airen betul-betul menyentakkan dirinya. Matanya dibuka luas. Terpampang wajah manis isterinya di ruang mata. Ikutkan hati, mahu sahaja dia memeluk erat tubuh itu. Ingin mengusap wajah itu. Ingin dibelai oleh tangan itu. Tetapi itu semua hanya angan-angan. Hatinya cukup sakit apabila dikhabarkan tentang berita yang baru didengari tadi.
"Thanks" Radhwan bersuara ringkas. Tangan kasarnya mencapai air yang dibawa oleh Airen. Dengan sekali tegukan, habis licin air dalam cawan itu.
"Awak okey?" soal Airen. Pandangan redup dilemparkan pada wajah kusut itu.
"Ermmm..." matanya ditumpukan pada laptop di hadapannya. Buat-buat sibuk supaya dia dapat mengawal hatinya yang meronta-ronta.
"Awak jangan tidur lambat sangat. Nanti sakit, susah pulak. Saya pergi tidur dulu" Airen meminta izin. Terasa hatinya apabila Radhwan enggan memandang wajahnya.
"Hrm.." balas Radhwan tanpa mengangkat wajah. Jelas kedinginan pada suaranya.
"Assalamualaikum" sempat Airen memberi salam sebelum menutup rapat pintu bilik bacaan.
Radhwan menjawab salam dalam hati. Entah mengapa dia bersikap dingin kepada Airen. Takkan dia mengesyaki isterinya itu atas apa yang terjadi. Dia kenal Airen. Tapi, entah la. Hatinya gusar memikirkan hal itu. Kalau betul Airen penyebabnya, tak mungkin isterinya sanggup menggadaikan nyawa demi kepentingan sendiri. Arhh! Orang kalau dah terdesak sanggup buat apa sahaja.
Kata-kata Inspektor Amir pada petang tadi terngiang-ngiang di telinga. Berita yang baru dia dengar betul-betul meremukkan hatinya.
"Berdasarkan siasatan pihak polis, kemalangan yang melibatkan arwah Husna mungkin berpunca dari perbuatan kianat. Penyiasatan awal, kami dapati wayar brek dipotong dan ini penyebab utama kepada kemalangan" kata Inspektor Amir yang bertugas untuk menyiasat tentang kes kemalangan yang berlaku beberapa bulan lalu.
"Tapi, hari tu kata kemalangan sebab lori hilang kawalan" tanya Radhwan kembali. Tidak berpuas hati dengan apa yang baru dia dengar.
"Ya. Itu juga merupakan salah satu punca berlaku kemalangan tu. Tetapi, selepas kami siasat lori tu, kami dapati keadaan lori dalam keadaan baik. Tiada mana-mana bahagian yang rosak. Semua berfungsi dengan baik. Apa yang berlaku ni telah dirancang dengan baik dan terperinci oleh suspek" beritahu Inspektor Amir.
"Kenapa baru sekarang nak bagitahu? Benda ni dah lama berlaku" Radhwan sudah bangun. Marahnya membuak-buak.
"Encik Radhwan.. Bawa bertenang. Pemandu lori kami dah tahan untuk siasatan lanjut. Sama ada dia terlibat atau tidak dalam perbuatan khianat ni" Inspektor Amir masih tenang. Ini bukan kali pertama dia menjumpai kes seperti ini.
Banyak kes yang berjaya dia selesaikan sebelum ini. Pelbagai sebab mengapa orang sanggup melakukan jenayah. Salah satunya kerana dengki. Bisikan syaitan yang selalu menghasut untuk mendapatkan sesuatu walau bagaimana cara sekalipun.
Radhwan meraup wajahnya kasar. Perbualannya dengan Inspektor Amir terbang pergi. Keluhan berat meniti di bibirnya. Siapa yang lakukan semua ni? Tak mungkin Airen. Tak mungkin isteri aku!!
_________
Airen membuka luas matanya. Matanya tidak boleh lelap memikirkan kedinginan Radhwan terhadapnya. Dia lebih rela dimarahi daripada dilayan seperti patung tidak bernyawa. Lelaki itu seperti mengelak daripadanya. Tubuh Radhwan tanpa baju yang tidur membelakanginya dipandang. Kalau sebelum ini, Radhwan selalu tidur menghadap ke arahnya. Memandang dia tidur bersama senyuman. Kenapa kali ini tidak? Apa salahnya? Kenapa sikap Radhwan berubah tiba-tiba? Mana perginya Radhwan yang sentiasa berkata manis dan senyuman nakal yang sentiasa menghiasi bibir lelaki itu?
Tanpa dia sedar, air matanya turun membasahi bantal yang melapik kepalanya. Terasa sakit dadanya kerana menahan sebak yang semakin bermaharajalela. Sedaya upaya dia cuba menahan esakan supaya tidak kedengaran pada telinga lelaki itu. Dia tidak mahu mengejutkan suaminya yang sedang tidur. Perlahan-lahan tangan Airen memeluk tubuh suaminya dari belakang. Pelukan yang erat seperti tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi dari hidupnya.
_________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...