AIREZ RADHWAN memandang kafe di hadapannya. Cantik! Jam tangannya menunjukkan pukul 9 pagi. Dia terus berjalan memasuki kafe tersebut. Tunangnya yang mengajak untuk berjumpa di kafe ini. Dia melabuhkan punggung di atas salah sebuah kerusi kayu yang cantik.
Dia melihat seorang perempuan tergopoh gapah mencari menu di kaunter. Kemudian berjalan pantas menuju ke arahnya. Menu yang dibawa tadi diletakkan di hadapannya.
"Ya encik. Nak order apa" tanya perempuan tersebut. Suaranya sangat perlahan. Antara dengar dan tak dengar jer.
Airez membelek menu dihadapannya.
Give me hot chocolate and chocolate cake" kata Airez ringkas. Wajah perempuan yang menunduk itu dipandang. Macam pernah tengok!
"Okey. Tunggu sekejap ya encik" perempuan itu berlalu pergi.
Airez memandang sekeliling. Hanya dia sahaja pelanggan yang berada di kedai itu. Iphone dikeluarkan dari poket sementara menunggu pesanannya siap.Beberapa minit kemudian.
"Ini pesanan encik" Airen meletakkan pinggan kek yang dipesan terlebih dahulu. Kemudian baru cawan hot chocolate. Tiba tiba cawan yang dipegang tadi tertumpah ke atas seluar Airez. Mana taknya, tangannya sedang terketar hebat apabila bertemu dengan lelaki ini. Lelaki yang berjaya memiliki hatinya. Tetapi perasaanya perlu dibuang kerana Airez akan berkahwin dengan kawan baiknya beberapa minggu lagi.
"Arghh" Airez terjerit apabila air panas itu menyentuh kulitnya. Pandangan tajam diberikan kepada Airen. Dasar budak kampung !
"Sa-saya minta maaf. Saya tak sengaja" kata Airen tergagap. Tisu di atas meja diambil secara banyak bagi mengelap baju lelaki itu. Hatinya cuba menahan sebak di hati. Terasa mahu menangis.
"Haieee kau ni kalau tak tahu buat kerja, tak payah kerja !! Menyusahkan jer. Macam mana majikan kau boleh ambil kau bekerja ! Panggil majikan kau sekarang !!" jerkah Airez. Amarahnya berada di tahap maksimum. Dah la lepas ni nak ke pejabat.
Bahu Airen terangkat akibat terkejut. Maakkk!! Ni yang tak suka ni. Hari pertama buka kafe dah jadi macam ni. Kalau esok lusa entah jadi apa.
"Ta-tapi" jawab Airen. Nak panggil macam mana kalau dia la pemilik kafe ni. Kepala di sebalik selendang hitam digaru. Bukan gatal tapi tengah fikir !
"PANGGIL JELAHH !!" Jerkah Airez lantang. Dia turut sama berdiri. Ketinggian perempuan itu hanya paras dagunya sahaja. Pendek !
"Kenapa ni" satu suara mencelah. Airez dan Airen mengalihkan kepala mereka serentak.
"Yang. Tengok, dia tumpahkan air atas baju I" beritahu Airez. Cuba meraih simpati. Airen yang mendengar cuba menahan rasa.
"Tapi aku dah minta maaf la. Aku tak sengaja" kata Airen cuba mempertahankan diri. Husna dipandang dengan wajah kesian. Husna please back up aku.
"Bie, kan dia dah minta maaf" pujuk Husna lembut. Peribadi Husna yang satu inilah berjaya menarik perhatian Airez.
Airez merengus kasar. Wajah Airen dijeling tajam. Airen hanya menunduk memandang lantai.
"Kalau tak disebabkan tunang aku. Lagi teruk kau kena" Airez memberi amaran. Dia melihat perempuan itu hanya mengangguk. Diam seribu bahasa.
"Dah la tu" Husna berkata. Dia memandang Airen. Senyuman terukir dibibirnya. Dia tahu Airen terkejut dan takut untuk berhadapan dengan situasi ini. Dia sangat mengenali gadis itu.
Airen berlalu pergi untuk mengambil kain basah bagi mengelap meja. Hatinya bagai disiat. Sakit! . Itu dia rasa saat itu.
________________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...