Airen kembali bekerja di kafe seperti biasa selepas pulang dari bercuti. Begitu juga dengan suaminya. Minggu depan merupakan hari lahir Radhwan yang ke 26. Walaupun umur mereka berdua sama tetapi Radhwan lahir bulan Januari dan Airen bulan November. Nampak tak jodoh di situ. Auchh!
Kejadian pagi tadi masih bermain di mindanya. Senyuman kegembiraan tersungging di bibir nipisnya. Mana taknya, Radhwan berbesar hati mahu menghantar dan mengambilnya ketika kerja. Kata lelaki itu, bahaya orang perempuan sepertinya pulang sendirian menaiki motosikal. Risau sangat!
"Amboih bos. Senyum sampai telinga. Ada pa2 ker?" usik Iqbal iaitu pekerja baru di situ. Iqbal sudah berkahwin pada bulan lagu. Pengantin baru la kiranya ni.
"Eh Iqbal. Stok bahan mentah kita cukup?" soal Airen laju. Sengaja menukar topik. Walaupun dia merupakan pemilik kedai itu, dia tetap mengambil berat soal barangan kafe. Menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan barangan keperluan cukup di kedai itu.
"Cukup bos. Semuanya saya dah uruskan" jawab Iqbal. Dia sangat berterima kasih kepada Airen yang menerimanya bekerja di situ. Sudah banyak tempat dia pergi tetapi langsung tidak mendapat tawaran pekerjaan hanya kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Hanya setakat SPM sahaja.
"Bagus! Macam ni la baru akak bagi bonus" kata Airen disusuli dengan ketawa kecil. Dia menganggap Iqbal seperti adiknya kerana umur mereka beza 2 tahun. Begitu juga dengan pekerja yang lain yang dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
"Whoaa!! Boleh la saya pergi honeymoon lepas ni" Iqbal bersorak kegembiraan. Airen hanya menggeleng.
"Saya sambung kerja dulu eh" sambungnya lagi. Airen hanya mengangguk. Dia terus bergerak ke ruang hadapan apabila melihat pelanggan sudah memenuhi ruang.
_________
"Assalamualaikum suami saya yang handsome..." Airen memberi salam selepas memboloskan diri di tempat penumpang hadapan. Hari semakin gelap menandakan azan maghrib akan berkumandang sekejap sahaja lagi. Seperti yang dijanjikan, Radhwan menjemputnya untuk pulang ke rumah."Waalaikumussalam isteriku yang huduh" ajuk Radhwan mengikut rentak irama seperti Airen. Sengaja dia berkata begitu kerana rindu melihat wajah muncung isterinya.
"Awak ni... Saya puji tu, puji la balik!" bentak Airen. Dia mencebikkan bibirnya.
"Tak nak! Sebab kau tu bukan lawa pon. Buat apa aku nak puji" Radhwan giat menyakat. Semakin panjang muncung isterinya.
"Saya merajuk baru tau" ujar Airen. Dia menyilangkan tangan di dada. Pandangan dihalakan ke hadapan jalan.
"Merajuk la. Tak kisah" balas Radhwan. Dia menumpukan perhatian pada pemanduan. Airen diam. Merajuk!!
Krikkk...
Krikkk....
Keadaan dalam kereta menjadi sunyi apabila dua-dua mendiamkan diri.
'Lorhh... Merajuk betul rupanya isteri aku ni' Radhwan berbisik dalam hati. Resah apabila tidak mendengar bebelan Airen. Rasa rindu pulak. Ceyh
"Alolo.. Merajuk eih" Radhwan memujuk. Dagu Airen dicuit perlahan.
"Jangan kacau la. Awak bawak la kereta elok-elok" Tangan Radhwan ditepis perlahan namun tangkas ditangkap oleh Radhwan. Jari jemarinya digenggam lembut. Seperti ada arus elekrtik mengalir. Dadanya bergetar hebat
"Sejuknya tangan" komen Radhwan. Berusaha menarik perhatian Airen untuk berbual dengannya. Tapi memang tangan Airen agak dingin dari kebiasaan.
"Aircond kuat sangat kut" beritahu Airen. Dia tidak boleh terdedah terlalu lama dalam air cond. Kalau tak, tangannya pasti akan jadi sejuk dan bertukar menjadi keunguan. Pelik kan? Tapi itulah kenyataan yang harus dia terima. Genggaman tangan Radhwan sedikit sebanyak menghilangkan rasa sejuk.
"Ouh ye ke.." balas Radhwan ringkas.
"Awak.." panggil Airen meleret. Wajah kacak Radhwan dipandang
"Yup" jawab Radhwan. Bergetar tulang rusuk dengar suara lembut itu.
"Erm.. lepas ni saya tak balik lambat dah. Shift malam pekerja lelaki yang akan ambil alih. So, awak boleh ambil saya awal dalam pukul 5 macam tu" beritahu Airen. Yes! Lepas ni boleh tengok drama. Hoho
"Kalau macam tu bagus la. Balik office aku boleh ambik kau terus" Radhwan memberikan kata putus.
Airen hanya mengangguk. Tiada topik untuk dibualkan. Azan yang berkemandang di corong radio menandakan telah masuk waktu maghrib di kawasan kediamannya.
_________
Sis tak ada idea part ni.
Sorry kalau terlalu ringkas
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...