Part 8 - Kepulangan Rania

34.3K 1.3K 13
                                    

Puan Sri Rahayu memeluk erat Rania. Bagaikan tidak mahu melepaskan anak gadis bongsunya. Sudah lama gadis itu menetap di negara orang. Akhirnya pulang ke tanah air.

"Anak Mama sihat?" soalnya selepas merungkai pelukan. Dahi anaknya dicium. Airen berasa sebak. Teringat akan arwah ibunya. Namun cepat2 diusir perasaan itu.

"Sihat, ma" jawab Rania ringkas.

"... Mama dngan papa sihat?" soalnya kembali. Tangan Tan Sri Zahir dicium. Kemudian beralih ke pipi papanya.

"Alhamdulillah, sihat jer Nia. Macam yang Rania tengok sekarang" balas Papanya. Kepala anak gadisnya digosok. Dah besar dah anak anaknya.

"Nia dah kenal dengan kakak ipar Nia?" tanya Puan Sri Rahayu sambil menunjuk ke arah Airen.

Rania hanya mengangguk ringkas. Seperti abangnya, dia juga membenci wanita itu.

"Dah, jom masuk. Mama dah masak lauk kegemaran Nia

"Jom!!! Nia pon tengah lapar ni" jeritan Rania menyebabkan letusan ketawa semua orang. Macam budak budak!

_______________

Rania memerhati Airen yang sedang menyiram pokok bunga di halaman belakang rumahnya. Sudah tiga hari dia berada di Malaysia, selama itu juga dia cuba menyakitkan hati Airen tetapi semuanya sia sia. Gadis itu tidak melawan setiap kata katanya malah boleh lagi tersenyum. Seperti rela dirinya dimaki. Walaupun dia bercakap kasar dengan Airen, tetapi suara lembut dan penuh sopan santun yang diterima sebagai balasan. Sungguh dia kagum dengan gadis itu !!

Rania masih lagi memandang kakak iparnya. Airen sesekali duduk bercangkung. Seperti bercakap dengan pokok. Rania memasang telinga.

"Tumbuh subur ya pokok. Nanti kau besar aku boleh makan kau" kata Airen perlahan tetapi boleh didengari oleh Rania. Tanpa sedar, bibirnya tersenyum melihat tingkah laku kakak iparnya.

"Kau buat apa tu?" bangku yang terdapat di taman itu didudukinya. Matanya asyik melihat Airen yang sedang menyiram pokok. Tudung kekal di kepala gadis itu. Dia pon kadang pelik melihat tudung yang setia menutup mahkotanya.

"Siram pokok. Nia nak siram?" tanya Airen. Matanya memandang wajah putih bersih Rania. Muka sebiji dengan abang dia.

"It's okey. Kau siram la" kata Rania. Semakin selesa bersembang dengan Airen. Tetapi yang pelik kenapa abang panggil dia pembunuh padahal semua yang berlaku sebab kemalangan. Sungguh dia tak paham dengan abangnya.

" Macam mana kau boleh kahwin dengan abang aku? Betul ka kau yang bunuh Kak Husna?" tanya Rania inginkan kepastian. Dia melihat gadis itu tersenyum pahit.

"Rania.. Arwah Kak Husna tu kawan baik akak. Kami kawan dari kecil lagi. Akak nak tampar dia pon tak sampai hati apatah lgi nak bunuh. Akak sayang dia mcam akak sayang nyawa akak. Kalau pon akak nak bunuh dia, dah lama akak buat. Rania pon tak percayakan akak ke? Rania tak kuat Rania. Kalau nyawa Kak Husna boleh diganti, akak rela diganti dengan nyawa akak." air mata jatuh satu persatu. Rania yang melihat tersentak. Tersentuh dengan kata² Airen.

"Tak palah. Akak dah siap siram. Akak masuk dulu" langkah diatur ke pintu masuk. Soalan Rania mengingatkannya tentang Husna. Husna!! Aku rindu kau.

______________

Airen merenung bintang di langit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Airen merenung bintang di langit. Balkoni bilik Airez yang menghadap taman amat mendamaikan hatinya. Cahaya lampu yang pelbagai warna dari taman itu sungguh cantik.

Airez awal awal lagi cuba mengelak dari bertemu dengannya. Dia dalam bilik, Airez di bawah. Airez dalam bilik, dia di taman dan begitulah seterusnya. Sekarang mungkin dia di bawah sedang bersembang dengan Rania.

Punggung dilabuhkan di bangku. Kaki diangkat dan dipeluk erat. Hatinya bagai disiat dengan perlakuan Airez. Dia tak kuat untuk menghadapi semua ni.

'Husna.. aku rindu kau. Kenapa kau buat aku macam ni. Kenapa kau suruh aku kahwin dengan dia.Dia benci aku Husna!! Aku tak kuat, Husna. Aku tak boleh bahagiakan dia. Dia sayang kau sorang jer, Husna. Dia tak boleh terima hakikat yang aku ni isteri dia.' Air mata laju menuruni pipinya. Dugaan yang diberikan sangat berat. Perempuan mana tak sedih kalau dibenci suami sendiri? Setiap hari dipanggil pembunuh.

Tanpa sedar, dia tertidur di balkoni tersebut sambil ditemani dengan air mata. Kedinginan malam yang mencucuk hingga ke tulang tidak dipedulikan.

_______🌼🌼🌼_______

Terima kasih sudi membaca.
Love you all 😘

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now