Airen menuruni tangga untuk ke dapur. Tudung 'expres' warna hitam dikenakan di kepalanya. Masih segar di ingatannya akan arahan Airez Radhwan. Menempah maut namanya kalau tak menurut arahan lelaki tu.
Airez Radhwan? Ermm . Waktu dia bangun untuk solat subuh tadi, lelaki itu sudah tiada. Hilang mcam tu jer. Benci sangat nak tengok muka aku.
"Mama masak apa tu?" Tegur Airen apabila melihat ibu mertuanya di dapur.
"Masak nasi lemak jer" kata Puan Sri Rahayu sambil mengacau sambal dalam kuali.
"Boleh Airen tolong?" soal Airen.
"Semua dah siap, Ren. Air jer belum buat. Airen buatkan boleh?"
"Boleh" Airen menjawab ringkas . Jag dicari untuk membancuh air.
"Airen.. kenapa pakai tudung? Semua mahram Airen dalam rumah ni" pelik Puan Sri Rahayu melihat menantunya bertudung.
Airen terdiam seribu bahasa.
" Atau Airez yang suruh ke?" tekanya.
"Hrmm... Mama jangan marah dia. Kalau ni yang boleh puaskan hati dia, Ren okay jer. Lagipun rumah mama ni kan ada aircond. So tak panas la." Senyuman manis diberikan kepada ibu mertuanya. Cuba menceriakan suasana di dapur.
Puan Sri Rahayu menggeleng. Risau dengan sikap anak lelakinya seorang itu.
_________________
"Amacam malam pertama? Best?" usik Fikri Harris ketika mereka berehat sebentar selepas penat berjoging.
Jelingan tajam dihadiahkan kepada sahabatnya.
"Dengan dia? Huh! Memang tak la" botol air dicapai dan diteguk rakus.
"Rugi kau. Orang kahwin seronok, kau boleh buat muka sememeh macam ni. Chill la" kata Harris yang merupakan sahabat baiknya sejak Universiti.
"Orang lain mungkin ya. Tapi aku tak" jawab Airez dingin.
"Apsal kau benci sangat kat dia" soal Harris. Rambutnya diraup ke belakang
"Dia bunuh Husna, orang yang aku sayang!!"
"Kau kena terima qada dan qadar Allah. Dia dah pergi. Airen tu sekarang isteri kau. Husna tak kan kembali. Allah lebih sayangkan dia, Rez" Harris cuba memujuk rakannya.
"Ya! Aku boleh terima pemergian Husna. Tapi, aku tak boleh terima Airen dalam hidup aku" katanya perlahan. Semua memori bersama Husna masih segar dalam ingatan.
"Airez.." kata kata Harris dipotong laju.
"Dah, aku nak balik" Airez terus melangkah ke keretanya yang terparkir di tempat berjoging itu.
Harris mengeluh perlahan. Tak guna nasihatkan orang yang keras kepala seperti Airez. Baru semalam kahwin hari ni macam dah nk bercerai. Hishh! Apa aku cakap ni. Doa yang baik baik sudah.
_____________
Tolong support sis. Jangan lupa vote yaa🌟
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Короткий рассказ- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...