Airen melipat baju- baju yang berlungguk atas lantai. Sedang dia melakukan kerja, kedengaran pintu bilik dibuka dari luar. Walaupun tidak menoleh, dia sudah tahu gerangan siapa yang membuka. Dia menyimpan senyum sendiri.
Radhwan bersila di sebelah isterinya. Merenung tajam Airen sambil menongkat dagu. Airen hanya buat tak tahu. Tak sah dia tu kalau tak menyibuk.
"Airen... Apa kata kita tukar panggilan" Radhwan memberi cadangan. Tiba-tiba je dia ni tegur aku. Dengan salam tak bagi. Getus hatinya.
"Perlu ke" Airen menoleh. Memandang wajah kacak suaminya.
"Perlu la. Supaya lebih mesra" Radhwan tersengih sumbing.
"Tak payah la.." Airen kembali menyambung kerjanya. Tangannya lincah melipat baju.
"Aku merajuk kang" Radhwan mula mengugut. Dia menarik muncung panjang.
"Merajuk la. Dah la merajuk macam alien. Tua-tua pun nak merajuk, buruk tahu tak" usik Airen. Dia menahan tawa di hati. Wajah Radhwan dipandang sekilas. Semakin bertambah muncung itik suaminya itu.
Diam... Radhwan langsung tidak membalas. Dia memandang arah lain. Kononnya merajuk dengan si isteri. Dia menunggu masa untuk Airen memujuknya. Padahal dia sengaja mahu bermanja dengan Airen. Radhwan menahan senyum.
Airen garu kepala. Aik.. merajuk betul la. Parah la macam ni. Airen berfikir sejenak cara untuk memujuk suami kesayangannya itu. Mengada betul ! Sempat lagi dia mengutuk. Haha
"Awak...." Panggil Airen. Namun Radhwan hanya buat tak tahu sambil memeluk lulut. Badannya juga membelakangi tubuh Airen. Macam budak kecil la dia nihh. Ngomelnya dalam hati.
"Radhwan..." Tetap sama reaksi yang diterimanya. Nada suaranya dileret perlahan.
"Airez Radhwan" panggil Airen.
"Hello.. pak cik" Haish dia niih. Sentap betul ke.
"Atuk"
"Nenek"
"Cucu"
"Cicit"
"Adik"
"Abang!"
Tanpa sedar, Airen terlepas cakap. Opss .... Airen cepat- cepat menutup mulut sendiri.
"Ya sayang...." Jawab Radhwan meleret. Terukir senyuman kemenangan di bibirnya. Wajahnya kelihatan nakal.
Gulp! Airen telan liur. Buat dah suara gedik dia. Meremang bulu roma aku lah.
"Seronok panggil aku cucu cicit semua tu" Radhwan angkat kening. Saja buat serius. Sengaja mahu mengusik.
"Nasib saya tak panggil awak peut, meut semua tu." Gurau Airen. Terlepas ketawa kecil di bibirnya. "Kalau tak, lagi awak marah kan herghh" balas Airen
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Cerita Pendek- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...