Part 10 - Bilik istimewa

37.1K 1.1K 1
                                    

Airen termanggu di dalam bilik. Seperti biasa dia malas pergi ke kafe. Hahahaha.. jangan marah. Janji duit masyukkk!! 

Ermm.. otaknya dikerah untuk mencari idea. Nak buat apa erk. Aha!! Room tour ajumm..

Kakinya memandang sekeliling bilik Airez. Besar dan luas. Kalau dibandingkan dengan bilik rumah lamanya, boleh dikatakan 3 kali ganda besar. Tidak banyak gambar yang digantung dalam bilik itu. Bingkai gambar ada dinding tersebut direnungnya. Hnya pemandangan tepi laut. Langsung tiada gambarnya dengan lelaki tu. Gambar kahwin juga tiada.

Kemudian, kakinya melangkah mendekati katil bersaiz king it. Tidak berani untuk menyentuh. Mana la tahu dia pasang cctv dalam bilik ni. Mampus aku kena lanyak kang.

Langkahnya diteruskan ke bilik wardrobe. Banyak gila barang dia. Kasut sneakers berbagai warna dan jenama tersusun rapi. Banyak gila kasut dia. Kasut aku ada empat pasang ja. Satu sandals. Satu selipar. Satu untuk ke kerja dan satu untuk joging.

Kebanyakan baju lelaki itu warna hitam dan putih. Mentang mentang muka cerah huh. Amboih! Mengutuk. Arhh dia bukan tau pon. Airen memandang baju Airez yang tergantung. Baju hoodie lebih banyak dari baju biasa. Malah masih ada hoodie yang masih dalam plastik .

Matanya dilarikan ke arah suatu tempat. Mak aii banyaknya jam. Buat koleksi ka apa. Bisik Airen dalam hati. Nampak sangat duk tengah hutan Airen ni. Macam tak pernah tengok ja gayanya. Baru keluar hutan kut.

Tangannya menutup perlahan bilik wardrobe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangannya menutup perlahan bilik wardrobe. Kaki melangkah ke tengah bilik. Ermm apa lagi erk. Tiba tiba matanya terpaku pada sebuah bilik. Mungkin bilik rahsia Airez. Dia selalu melihat Airez masuk dalam bilik ini. Tetapi dia tidak berani bertanya. Kalau tanya kang makan penampar dia. Huh garang tak bertempat .

Kakinya terus diayun ke bilik itu. Teragak agak dia mahu masuk. Syaitan mula berbisik. 'Masuk jelah. Dia bukan ada pon'. Tangannya terus memulas tombol pintu. Bilik yang sederhana besar terpampang di depan mata. Bilik itu seperti perpustakaan mini. Terdapat sebuah meja yang dipenuhi kertas dan sebuah mini sofa. Bilik itu dipenuhi puluhan buah buku, atau ratusan mungkin.

Airen melihat bingkai gambar Airez Radhwan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Airen melihat bingkai gambar Airez Radhwan di atas meja. Segak berpakaian  suit pejabat lengkap. Handsome laki aku. Airen tersengih. Matanya memandang sekeliling bilik itu.

Matanya terhenti pada bingkai gambar yang elok tergantung pada dinding. Lukisan doodle yang dilukis olehnya. Ya! Dia yang lukis.

Bayangan lalu mula bermain di fikiran. Masih segar di ingatan bagaimana lukisan itu terhasil. Terbayang wajah lembut Husna bersama senyuman manis di bibir. Jelas kelihatan raut kebahagiaan yang tak terhingga pada wajah itu.

"Airen... Mintak tolong boleh?" Kata Husna ketika mereka dalam bilik.

"Tolong apa" balas Airen tanpa memandang wajah rakannya.

"Lukis doodle boleh tak? Lukis atas kertas lukisan A3 tau. Nanti aku bayar" pinta Husna teruja. Terbayang wajah seseorang dalam minda.

"Yelah. Nanti aku buat" balas Airen malas.

"Tulis nama Airez Radhwan tau. Aku nak bagi hadiah kat dia" . Airen tersentak apabila nama lelaki itu meniti di bibir Husna. Wajah manis Husna dipandang.

"Ermm yelah. Petang karang aku buat" balasnya ringkas.

"Terima kasih, Ren. Sayang kau" selepas berkata Husna terus keluar dari bilik mereka.

"Yeaaa.. sama2" ucapnya perlahan. Kerja didepannya disiapkan dengan segera.

Lamunan Airen mati apabila suara garau memetir kuat. Mampus aku. Awal pulak dia balik hari ni. Kan aku dah kata dia pasang cctv. Jantungnya berdebar hebat. Badannya dipusingkan takut takut mengadap lelaki itu. Kepala ditundukkan memandang lantai. Gaya macam nak kena hukum pancung.

"Siapa benarkan kau masuk dalam bilik ni" kata Airez. Matanya menikam wajah kecut isterinya. Dasar!!

"Tak. Saya tak sengaja" balasnya. Jelas getaran pada suaranya. Mata masih memandang lantai. Tak berani untuk mengangkat wajah kerana dia tahu Airez sedang merenungnya dengan tajam.

"Melampau kau eih. Masuk bilik orang suka hati. Kau ingat kau mem besar alam rumah ni. Lepas pembunuh nak jadi pencuri pulak. Dasar tak kenang budi!! Aku tunggu masa jer nk halau kau dari rumah ni. Kau ingat kau tu siapa! Sekarang kau keluar!! Keluar dari bilik ni! Jangan berani nak masuk dah lepas ni!! Bilik aku, hak aku!!" Jerkahnya kuat. Terangkat bahu Airen kerana terkejut. Kakinya bagai terpaku pada lantai. Air mata sudah bertakung.

"Aku kata keluar, KELUAR LA!!" tubuh Airen ditolak kasar keluar dari bilik tersebut. Dia merengus kasar. Dadanya berombak kencang menahan marah. Jika negara ni tak ada undang2, mahu saja dia bunuh perempuan tu. Lagipun dia bukan lelaki dayus yang memukul perempuan.

Pintu bilik rahsianya dihempas kuat. 'Kau nak main dengan aku. Kau tunggu Airen Rafeqah'. Iphone miliknya yang berada dalam poket diambil. Nombor seseorang didail.

"Hello Fiq. Malam ni on panggil geng. Tempat biasa. Aku ada tetamu nak bawak" katanya apabila talian disambungkan. Senyuman jahat terukir di bibir merahnya.

"On! Lama tak buat kerja gila tu. Kau nak bawak siapa?" kata Adam Rafiq sedikit teruja.

"Kau rasa? Orang tu perempuan yang paling aku sayang" perkataan paling ditarik panjang. Sengaja menguji rakannya.

"Hah? Siapa?" tanya Rafiq. Otaknya ligat berfikir siapa orangnya. Puan Sri Rahayu! Ishh tak mungkin. Gila nak bawak mamanya buat kerja gila tu. Fikir lagi.. Rania! Haishh adik lelaki itu sah sah tak suka dengan kerja gila tu. Awal2 lagi pasti menolak. Tiba tiba satu nama melintas di fikirannya. Oh tidak!!!

Airen!

"Weh Airez! Hello Airez! Rez! Hello! " Talian sudah dimatikan. Ni betul betul kerja gila Airez Radhwan! Kau cari nahas la.

•••••

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now