Part 13 - Paksaan

40.7K 1.1K 4
                                    

Airen terjengket jengket memasuki bilik yang gelap itu. Pintu ditutup dengan perlahan supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi. Nafas lega dilepaskan apabila melihat Airez yang sedang tidur di atas katil. Lampu bilik tidak dibuka supaya lelaki itu tidak terjaga dari tidur.

Kakinya melangkah mengambil tuala di wardrobe dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, dia terus mencari baju di dalam tandas. Dahi ditepuk kuat. Dia terlupa mengmbil pakaian tadi! Rilek Ren. Laki kau dah tidur. Lagipun bilik gelap. Nafas dihembus perlahan bagi menenangkan hatinya. Tuala separas lutut digenggam erat.

Dia menyusun langkah menuju ke wodrobe yang menempatkan bajunya. Bilik yang beraircond dan badannya yang basah menambahkan lagi kesejukan.

"Awal balik. Kau pergi mana?" satu suara garau menegur menyebabkan langkah Airen terhenti serta merta. Jantungnya berdegup kencang. Aik.. ingatkan dah tidur! Jarinya menguatkan lagi pegangan pada tuala. Dengan tubuhnya yang terdedah , apa apa sahaja boleh berlaku. Ditambah pula dengan bilik yang gelap. Tapi teringatkan perbuatan Airez terhadapnya tempoh hari membuatkan hatinya panas.

"Perlu ka untuk awak tau" balasnya ringkas.

"Kau tu isteri aku" kata Airez perlahan.

"Mengaku pulak isteri" balas Airen sinis. Dia tidak akan berlembut dengan lelaki itu. Lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya!

"Aku tanya sekali lagi. Kau pergi mana?" tanya Airez lagi. Tak puas hati apabila soalannya tidak dijawab.

"Awak nak tahu kenapa?! Sebelum ni awak tak kisah pon saya pergi mana. Hidup ke mati ke ada awak ambik kisah? Tak kan?!" suara Airen memetir kuat. Dadanya berombak kencang menahan marah.

"Sekarang ni aku hanya nak tau kau pergi mana. Payah sangat nak jawab, kenapa?" gliran Airez pula bersuara. Wajah Airen dipandang samar samar dengan cahaya lampu tidur. Walaupun biliknya gelap, tetapi dia masih boleh menatap wajah itu.

"Saya keluar dengan Farah, Aimi dan Qaseh" jawab Airen. Malas bergaduh dengan suaminya.

"Boleh pulak jawab. Dah tu tak reti nak bagitau aku. Tak reti nak mintak izin aku?" kata Airez.

"Saya bagitau mama" Airen membela diri. Aku call dia tak reti nak jawab. Lepastu nak marah marah. Podahhh!!

"Aku atau mama suami kau" jerkah Airez. Mukanya memerah menahan marah. Airen sudah menikus. Tunduk memandang lantai. Soalan Airez tidak dijawab.

"Kau tu isteri aku. Tanggungjawab aku" kata Airez perlahan. Matanya dilarikan memandang ke arah lain apabila perasan yang Airen masih bertuala. Seksi! Aku terkam jugak minah ni kang. Jantungnya berdegup kencang. Kucing mana yang tidak akan makan ikan yang terhidang di depan mata. Tambahan pula kucing yang sedang kelaparan.

"Tanggungjawab? Awak pernah ke jalankan tanggungjawab sebagai suami sebelum ni. Yang awak tahu cakap saya ni pembunuh Husna!" kata Airen kuat. Kepala didongak memandang Airez yang lebih tinggi darinya.

"Kau nak kata aku tak jalankan tanggungjawab la? Camtu?" soal Airez. Dia mengaku memang dia tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Tapi dia tidak lupa untuk memasukkan duit ke dalam akaun isterinya tanpa pengetahuan wanita itu.

"Ya!! Tak pernah pon awak jalankan tanggungjawab zahir dan batin. Awak buat saya macam takda maruah. Maruah saya yang awak letak kat bawah tapak kaki awak. Belum cukup dengan tu, awak buat cagaran dengan kawan. Awak ingat saya barang!" balas Airen. Nafasnya turun naik menahan marah. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Dia benci lelaki yang berada dihadapannya. Benci tapi sayang!

Kakinya berkira2 mahu melangkah ke wadrobe. Tapi tangannya direntap dari belakang dan terasa dirinya berada di awangan.

"Kau kata aku tak jalankan tanggungjawab kan? Sekarang jugak aku jalankan tanggungjawab aku. Tanggungjawab suami kepada isteri" kata Airez. Tubuh ringan isterinya dicempung menuju ke katil. Jeritan Airen tidak diendahkan. Airen kelihatan begitu menggoda. Menaikkan nafsu lelakinya!

"Lepaskan saya. Tolong!! Jangan" badan Airez yang menindihnya ditumbuk kuat. Tetapi langsung tidak memberi kesan kepada lelaki tu. Rambutnya diusap lembut oleh tangan kasar itu.

"Shuu.. You look so delicious, sayang" kata Airez. Dia sudah hilang pertimbangan. Dirinya sudah dikuasai dengan nafsu. Bau wangian dari tubuh isterinya menguatkan lagi gelora hatinya. Tangan Airen yang setia menumbuk dadanya ditolak kuat ke katil.

"Awak! Jangan" air mata mengalir. Takut dengan wajah Airez yang semakin dekat.

Dekat ...

Dan dekat ...

_________🌼🌼🌼________

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now