Part 19 - Kakak ipar

39.6K 1.2K 4
                                    

Rania menyarungkan kasut seliparnya. Puteh diam tak terkutik di dalam gendongan. Langkahnya disusun dengan berhati hati.  Belakang tubuh Airen yang sedang menyiram dipandang. Niat untuk mengejutkan kakak iparnya gagal apabila Puteh mengeow. Matanya dibeliakkan melihat Puteh seperti memberi amaran. Macam la kucing tu paham. Haihh

Airen mengalihkan badannya apabila terdengar sesuatu bunyi. Dia melihat Rania yang sedang mengendong seekor kucing. Comel ! Pili air segera ditutup. Airen merapati Rania.

"Kucing siapa ni?" soal Airen sengaja. Dia tahu itu kucing Airez yang diberikan oleh Husna sempena hadiah hari lahir lelaki itu.

"Kucing Abang Rez. Dia tidur dalam bilik Rania. Sebab tu akak tak pernah tengok dia. Dia baru keluar klinik hari tu" cerita Rania. Kepala Puteh diusap perlahan.

"Ouh... Akak nak pegang boleh?" soal Airen. Comel sungguh si Puteh ni. Muka comel Puteh dipandang. Terbayang senyuman Husna.

"Nah" Puteh diserahkan kepada Airen. Tersenyum manis gadis itu. Airen bersila di atas rumput karpet di taman. Dia asyik bermain dengan Puteh. Puteh mempunyai bulu warna kelabu di bahagian kepala manakala bahagian yang lain berwarna putih.

"Akak, malam ni Kak Maira sampai" kata Rania sambil memandang gelagat kakak iparnya. Airen mengangkat wajah memandang Rania. Tipulah kalau dia tak kenal kakak crush sendiri. Semua mengenai Airez dia tahu sejak sekolah menengah.

"Ouh. Kak Maira tu tinggal mana?" tanya Airen. Cuba mendalami tentang keluarga Airez.

"Tinggal kat Klang, Selangor" jawab Rania. Dia juga turut bersila di tepi Airen.

Airen hanya mengangguk. Tiba tiba terasa janggal pula.Tiada topik untuk dibualkan. Airez belum pulang dari pejabat. Mama dan Papa pergi rumah saudara terdekat untuk menjemput ke kenduri tahlil esok. Di rumah itu hanya tinggal Rania dan Airen serta orang gaji.

Matanya memerhati taman di belakang rumah. Sangat luas. Sesuai berlari untuk kanak-kanak. Airen memandang sebatang pokok besar dan terdapat rumah kecil di atasnya. Sebelum ni tak perasan pon. Mungkin rumah pokok. Tapi siapa punya? Takkan si Puteh punya kot

"Rania ! Tu rumah siapa?" soal Airen sambil jari telunjuk lurus ke arah rumah pokok itu. Rania mengangkat muka. Ralit dia menghadap telepon pintar di tangan. Matanya memandang arah yang ditunjukkan Airen.

"Ohhhh... Tu si Rissa dengan si Meena punya. Anak Kak Maira. Abang Danial designkan. Ayah arkitek. Untung lerrr" bagitahu Rania. Dia melihat Airen hanya mengangguk.

Airen mengetahui serba sedikit tentang keluarga ini. Dia leka menggosok perut Puteh. Manja sungguh si Puteh ni  !

•••••••••••••

Pon!  Pon!

Bunyi hon yang nyaring berjaya menarik minat semua penghuni rumah banglow itu. Rania berlari terkocoh-kocoh menuju ke pintu utama untuk melihat siapa yang datang.

Untuk seketika...

"Pa..! Ma..! Kak Maira dengan Abang Danial dah sampai!!" Jerit Rania Zahra dari muka pintu. Perghh!! Bergegaq qumah weyyy.

Tan Sri Zahir hanya menggeleng dengan perangai anaknya.
Dia berjalan bersama isterinya ke muka pintu. Terpancul wajah penat menantu dan anaknya. Tangannya disalam oleh mereka berdua. Matanya mencari cari dua orang cucu kesayangannya. Aikk tak kan tertinggal kot.

"Assalamualaikum Ma, Pa" Danial memberi salam. Dikucup lembut tangan ibu dan bapa mertuanya.

"Waalaikumussalam. Mana dua orang anak kamu tu" soal Tan Sri Zahir. Matanya mencari kelibat cucu-cucunya.

Kasih Yang HilangWhere stories live. Discover now