Jam menunjukkan pukul 9 malam. Airen meluangkan masa bersama keluarganya selepas solat berjemaah dengan ibu bapa mertuanya. Tetapi solat maghrib kali ini diimamkan oleh Radhwan. Bacaan surah-surah amat lancar dan lunak dibacakan oleh lelaki itu. Sungguh hatinya tertambat dengan keperibadian suaminya.
Tan Sri Zahir sibuk melayan kerenah cucu-cucunya yang cot-cet dari tadi. Banyak cerita yang keluar dari mulut comel itu. Mulut murai sungguh budak-budak ni. Rumah banglo yang besar tidak lagi sunyi dengan kehadiran Arissa dan Ameena. Ruang tamu tingkat atas menjadi tempat mereka beristirehat bersama-sama.
"Acik Ren... Rissa lapar pizza la. Boleh Acik Ren buatkan?" Mata comel Arissa dikerdipkan memandang ke arah Airen. Senyuman ditarik hingga telinga. Dia berasa gembira selepas bervideo call dengan umi dan baba. Terlepas rindu jua akhirnya.
Arissa
Ameena"Meena pon" Ameena turut serta. Tangannya diangkat tinggi. Cettt adik kakak sama ja.
"Tapi bahan buat pizza takda la sayang.." kata Airen. Rambut Arissa yang panjang diusap perlahan. Arissa menarik muncung.
"Apa kata Airen pergi dengan Radhwan beli barang esok. Alang-alang beli bahan dapur sekali. Bawak budak-budak ni sekali pergi jalan-jalan" cadang Puan Sri Rahayu. Dia tersenyum penuh agenda.
Radhwan angkat muka apabila terdengar namanya disebut. Yes!! Line clear nak dating dengan Airen.
"Rez okay jer. Lagipun esok hari ahad, Rez cuti" beritahu Radhwan. Aplikasi Instagram ditutup.
"Yeayy!! Boleh makan pizza" jerit dua-dua baradik itu suka. Mereka melompat-lompat atas sofa. Jatuh tu sakit punggung dik oii.
"Rissa, Meena jangan lompat. Nanti jatuh kang sakit" Tan Sri Zahir memberi amaran. Arissa dan Ameena akur. Bukan kerana takut dengan atuk mereka tetapi takut kalau jatuh dari sofa. Airen sudah tersenyum melihat dua beradik itu yang mendengar kata.
"Hello baby-baby bucukk ucu" Rania muncul tiba-tiba dari tingkat bawah terus menerkam Arissa dan Ameena. Terkejut beruk budak-budak tu. Ingatkan jembalang mana yang muncul tiba-tiba.
Dia menghempaskan tubuh di atas sofa. Tudung hitamnya dibuka dan diletakkan di sisi. Dia sudah mula bertudung sejak kenduri tahlil haritu. Penerimaan orang yang disayangi sangat baik sekali terutama ibu dan bapanya. Syukur dia dianugerakan hidayah untuk menutup aurat dengan sempurna. Dia sangat berterima kasih kepada Airen Rafeqah.
Rasa penat bekerja sebagai pelayan KFC masih terasa. Dia mengambil kerja itu untuk menimba pengalaman. Walaupun dia berasal dari orang berada, dia langsung tidak kekok untuk melakukan kerja yang berat. Dia tidak suka bekerja dalam office.
"Ucu tak mandi lagi. Busuk la. Shuh shuh.. " Arissa menutup hidung comelnya dengan hujung jari. Gaya macam busuk sangat.
"Ouh cenni korang yer. Ucu wangi-wangi nanti jangan datang peluk ucu. Huh!" Rania berpura-pura merajuk. Wajahnya dialihkan ke arah lain. Tangannya disilangkan ke dada.
"Aiyokkk!! Kakak buat ucu majok" kata Ameena perlahan. Tetapi Rania masih lagi boleh dengar. Rania sembunyi senyum. Rasa mahu melepaskan ketawa tetapi dia tahan. Tak mahu lakonannya diketahui oleh dua beradik itu. Jari telunjuk Ameena digoyangkan ke depan dan belakang.
Arissa memandang Rania dengan serba salah. Baju seragam KFC yang berwarna merah ditarik. Tetapi langsung tiada tindak balas dari Rania. Arissa menggaru kepalanya. Jari telunjuk mengetuk dagunya seperti berfikir sesuatu. Dahinya berkerut sedikit seperti memikirkan masalah negara!
Nak buat apa eih. Kalau Acik Ren merajuk Papa Rez yang pujuk. Kalau ucu pulak takkan nak suruh Papa Rez pujuk. Papa Rez,Acik Ren punya. Tak boleh tak boleh. Fikir lain. Papa Rez pujuk Acik Ren dengan kiss. Ermm ahaa!! Kiss !
Arissa terkial-kial berdiri di atas sofa yang lembut itu. Jatuh kang baru padan muka kau budak! Ketinggian Arissa menyamai ketinggian Rania yang sedang duduk. Pipi Rania dicium lama. Rania tarik senyum. Hatinya sudah terpujuk walaupun dia tidak merajuk pon.
Radhwan yang melihat mengukir senyum dalam hati. Ni mesti tiru aku. Nasib aku cium pipi Airen tadi. Kalau buat benda lain, tak ke haru biru kalau Arissa ikut. Dia memandang Airen. Wajah gadis itu merona merah. Mesti teringat aksi sweet pagi tadi.
"Ucu jangan majok sebab kalau ucu majok sebijik macam donkey" kata Arissa sampai tersengih. Leher Rania dipeluk erat.
Rania membeliakkan matanya mendengar kata-kata Arissa. Amboihh budak ni.. aku hempuk jugak kang
"Ha'ah. Macam horse Meena tengok tadi. Kan atuk?" Ameena menyampuk. Mata comelnya memandang wajah Tan Sri Zahir. Semua orang di ruang tamu itu melepaskan tawa dengan kata-kata Ameena. Riuh-rendah jadinya rumah itu.
"Ucu majok balik baru tau" Rania menarik muncung. Aku punya la cantik dia kata aku donkey. What the fish !!
Arissa menggeleng. Susah mahu memujuk mak su. Lain la Ameena. Bagi coklat pon boleh tersenyum dah.
"Rania.. tak penat ke kerja sampai malam macam ni. Papa suruh kerja dekat office Rania tak nak" kata Tan Sri Zahir. Sebenarnya dia risau akan anak gadisnya itu. Lewat malam baru boleh nampak muka. Bukannya dia tidak mampu menyara Rania tetapi Rania sendiri yang mahu bekerja dan mencari duit sendiri.
"Rania okey jer la Papa. Lagipun dalam office tu bosan. Tak ada kawan nk bersembang" balas Rania.
"Ikut suka kamu la Rania. Yang penting jaga diri. Jangan balik lewat sangat" Tan Sri Zahir memberi pesanan. Dia melihat Rania hanya mengangguk.
"Rania masuk bilik dulu. Dah penat ni" Rania meminta diri. Kakinya melangkah ke bilik. Puteh yang tidur di atas sofa biliknya dipandang. Langsung tak keluar bilik Puteh ni. Bela lemak banyak-banyak dalam badan tu.
_____________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...