Airen termenung sendiri. Dia kini berada di biliknya yang dikongsi bersama Husna dan Farah. Manakala Aimi dan Qaseh berkongsi bilik berdua. Rumah itu merupakan rumah yang dibeli dengaan hasil titik peluh mereka berlima. Memang agak mahal tetapi dengan usaha mereka berjaya mendapatkan rumah ini. Rezeki Allah !
Fikirannya menerawang mengingati kelakuan pelik Husna ketika membeli keperluan perkahwinan. Segala barangan yang hendak dibeli mesti Husna akan menyuruhnya mencuba terlebih dahulu.
Cincin, baju pengantin dan juga kasut. Potongan badannya dengan Husna lebih kurang sama. Tetapi yang peliknya, kenapa tidak mencuba di badan sendiri. Bak peribahasa ukur baju di badan sendiri. Haishhh ! Apa kena mengena peribahasa tu dengan aku !
Airen membebel dalam hati
"Seronok shopping tadi?" tanya Farah. Pelik dia melihat Airen yang hanya termenung melihat bintang di langit. Khusyuk sangat sampai aku masuk pon tak sedar.
Hampir terjatuh dagu Airen yang sedang menongkat dagu di tingkap bilik mereka. Dia menjeling Farah. Masuk tak reti bagi salam !!
"Seronok.. lagi seronok kalau korang ada. Triple seronok tengok Husna bahagia. Aku bahagia kalau dia bahagia" balas Airen. Farah sudah lama tahu akan rahsia hatinya sejak di sekolah menengah.
"Nak buat mcam mana. Aku shif siang hari ni" matanya memandang wajah Airen. Gadis itu tidak pernah bercinta. Tidak pernah merasai manisnya percintaan. Hanya setia kepada seorang lelaki yang bakal menjadi milik orang lain.
"...kau masih ada perasaan kat dia?" tanya Farah sambil memandang ke dalam anak mata Airen yang berwarna coklat kehitaman. Cuba mentafsir isi hati Airen. Kerana mata tersebut tidak boleh menipu. Mata itu jugalah yang menggambarkan segalanya.
"Tak. Aku dah buang perasaan tu. Aku nak tengok Husna bahagia. Bahagia macam orang lain" kata Airen sambil tersenyum.
"Kenapa kau tak bagitahu perasaan kau masa kita sekolah menengah dulu? Lagipun diorang couple masa kat Universiti" tanya Farah. Perkara itulah yang selalu bermain di mindanya. Suka cakap jelah suka. Ni tak, pendam sorang². Tu pon kebetulan terbaca diari dia. Kalau tak sampai bila pon tak tau.
"Biarlah.. Benda dah lama" itu saja jawapan Airen.
Farah hanya memandang. Jauh di sudut hatinya dia mahu melihat Airen bahagia. Mendirikan rumah tangga dan mendapat anak yang comel. Whoaaaa !!
Tanpa mereka sedari, seseorang sedang mendengar perbualan mereka di luar bilik. Air mata menitis membasahi baju yang dipakai. Di tangannya terdapat sebuah buku diari yang menceritakan segalanya. Tentang perasaan dan kesusahan !
______________
Lagi seminggu Husna akan diijab kabulkan. Majlis akan berlangsung di kampung pihak perempuan iaitu di Kedah. Segala persiapan sudah lengkap. Husna sudah awal lagi meminta cuti untuk perkahwinannya.
Kafe tersebut menjadi riuh apabila semua kawan kawannya berkumpul bersama. Kata mereka untuk meraikan hari bahagia Husna. Pelanggan lain yang memandang pelik tidak dihiraukan mereka.
"Weh, aku kena pergi hospital sekarang la. Shif aku malam ni" beritahu Farah yang bekerja sebagai jururawat di hospital yang sama tempat dengan Husna bekerja.
"Nak aku hantarkan tak?" tanya Husna. Pandangan dihalakan kepada Farah. Memandang dengan suatu maksud.
"Tak kot. Lagipun dekat jer" jawab Farah.
"....aku pergi dulu eih" sambungnya lagi. Langkah diayun menuju ke pintu masuk. Pintu ditutup perlahan. Terasa berat hati untuk pergi. Rasa seperti akan berlaku kejadian yang tidak baik. Tiba tiba ..
"Farah, tunggu ! "Husna memanggil dari belakang. Hanya dia dan Husna berada di luar kafe itu. Cahaya lampu di luar kafe membolehkan dia menatap wajah rakan baiknya. Wajah Husna nampak bercahaya dan berseri seri. Mungkin seri pengantin .
"... Sebelum kau pergi, aku nak minta maaf dengan segala perbuatan atau kata kata aku yang mungkin buat kau terasa. Aku sayang kau dunia akhirat. Kau jangan lupa doakan aku tau. Sebab aku nak pergi jauh ni" sambung Husna lagi. Tubuh Farah dipeluk erat. Seperti tidak mahu melepaskan.
"Aku maafkan kau. Aku pon minta maaf. Ya aku selalu doakan kawan kawan aku. By the way, kau nak ke mana?" balas Farah. Kerutan halus di dahinya terukir. Jelas menunjukkan dia tidak paham akan situasi yang berlaku. Mungkinkah ni petanda...haishhh apa kau fikir ni Farah.
"Terima kasih Farah. Sayangg kau" kata Husna. Senyuman manis terukir di bibirnya. Soalan Farah dibiarkan tidak berjawab.
"Okeylah. Aku pergi dulu. Assalamualaikum" Farah meminta diri. Langkah diteruskan ke tempat kerjanya.
"Waalaikumussalam" matanya tidak lepas memandang pemergian Farah sehingga kelibat kawannya itu hilang dari pandangan.
___________________
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Gril kedai tu ditarik dan dikunci. Penat dia bekerja hingga larut malam. Dia melihat Husna yang sibuk dengan telepon bimbitnya .
Aimi dan Qaseh sudah pulang menaiki kereta mereka. Tapi yang pelik, ketika Aimi dan Qaseh keluar dari kafe Husna turut keluar. Kemudian masuk semula ke kafe. Apabila ditanya mengapa tidak pulang bersama kawan kawannya, alasannya ialah hendak menemani Airen.
"Husna, jom" panggil Airen.
Husna mengangkat muka. Memandang Airen sambil tersenyum. Senyuman tidak lekang dari bibirnya dari tadi. Husna hanya mengangguk. Entah mengapa Airen berasa pelik dengan sikap Husna sepanjang hari ini.
"Kau bawa kereta, boleh? Lagipun kau ada lesen dah kan?" Kata Husna tiba tiba. Kunci kereta dihulur kepada Airen. Airen menyambut huluran Husna. Ya! Husna sangat lain hari ni. Airen mengangguk perlahan.
Kereta mula bergerak membelah jalan raya. Jalan raya kelihatan lengang kerana jam sudah menunjukkan angka 12.
Tiba tiba bunyi dentuman yang kuat kedengaran.Dummm !!!
__________________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Historia Corta- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...