Airen Rafeqah yang sedang tidur terkejut apabila terdengar bunyi erangan. Badan ditegakkan dan matanya meninjau dari tepi katil. Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Dia melihat Airez seperti menggeletar. Badannya meringkuk seperti menahan kesejukan.
Airen segera merapati suaminya. Tangan diletakkan di leher lelaki itu. Panasnya..!! Tangannya mencapai remote aircond dan butang off ditekan. Remote kipas siling pula diambil dan diperlahankan kelajuan.
Airen mengambil tempat di hujung katil. Dia menjeling. Petang tadi ajak pergi klinik tak nak. Degil!
Airen melihat badan Airez sudah berpeluh membasahi baju tidur yang dipakai. Kain basah di atas meja sisi diambil dan dilap perlahan muka dan leher suaminya. Coolfever yang ditampal pada dahi Airez ditanggalkan. Kain basah dilap di tempat itu. Coolfever baru digantikan. Berkerut sedikit dahi lelaki itu. Mungkin menahan sakit kepala yang menyerang.
Airen membuka butang baju tidur suaminya satu per satu. Jantungnya berdebar. Airez masih belum sedar dan nyenyak tidur. Jelas kelihatan badan sasa Airez di ruang matanya. Jangan tengok!! Kepala digeleng perlahan. Kerja mengelap diteruskan.
Selepas beberapa minit, dia akhirnya selesai melakukan kerja. Baju tidur Airez dibiarkan tidak dibutang. Selimut ditarik menutupi hingga ke leher. Wajah Airez yang sedang tidur direnung. Handsome! Sungguh dia sayang akan lelaki itu. Tangannya mengusap perlahan rambut tebal suaminya. Kerutan di dahi Airez semakin hilang. Mungkin terkesan dengan belaian di kepalanya.
Kepala Airez diangkat dan diletakkan di atas ribanya. Beratnya kepala! Dahi suaminya diurut perlahan bagi mengurangkan rasa sakit kepala. Rasa panas di badan Airez sudah berkurang.
Mulut Airen yang ingin menguap segera ditutup dengan tapak tangannya. Mengantuk! Kepalanya ditundukkan sedikit merapati suaminya.
Tanpa sedar, Airen mengucup perlahan bibir merah suaminya. Dia tersenyum. Bukan dia sedar pon. Hikss. Kemudian bibirnya beralih ke dahi lelaki itu.
"Cepat sembuh okey. Kalau awak sembuh, awak boleh buli dan marah saya. Kalau awak sakit, awak tak boleh buat semua tu. Get well soon sayang" bisik Airen perlahan. Kepala Airez dialihkan ke bantal. Dia terus bangun dari katil. Tempat tidurnya dituju. Bantal ditepuk perlahan sebelum tidur. Malam itu, dia tidur bersama senyuman manis di bibir.
••••••••••••••••
"Abang! Saya rasa nak buat kenduri tahlil la untuk mak ayah Airen. " kata Puan Sri Rahayu kepada suaminya ketika mereka sedang minum petang di taman. Bunyi burung ditambah lagi dengan angin sepoi bahasa amat menenangkan.
"Okey jugak tu. Benda baik perlu dipercepatkan. Bila tu?" balas Tan Sri Zahir. Cawan tea di atas meja dicapai dan dihirup perlahan.
"Minggu depan okey?" soal Puan Sri Rahayu. Meminta pendapat suaminya.
"Sempat ker?" Tan Sri Zahir memandang isterinya.
"Kita tempah katering je lah abang. Senang sikit"
"Yelah. Abang ikut jer"
"Nanti abang panggil semua kenalan abang dan adik beradik kita semua. Meriah sikit. Dah lama tak berkumpul sama sama" kata Puan Sri Rahayu. Dia sudah terbayang akan kemeriahan suasana rumahnya nanti.
"Ya sayang" kata Tan Sri Zahir. Dia tersenyum melihat isterinya yang sudah tersipu malu.
"Dah bincang dengan Airez?" sambungnya lagi.
"Belum. Esok-esok la. Tunggu demam dia kebah dulu" jawab isterinya. Udara segar di taman itu dihirup. Nyaman dan tenang!
••••••••••••
Airez bersiap siap untuk ke pejabat seperti biasa. Demamnya sudah beransur pulih. Hanya tinggal selesema yang belum berkurang. Baju kemeja hitam dibutangkan. Dia melihat pantulan cermin di hadapannya. Rambut disikat rapi.
Selesai bersiap. Dia terus menuruni tangga untuk ke bawah. Kelihatan Airen sedang menolong Mama nya memasak. Meja makan dituju.
"Aikk Rez. Dah sihat?" tegur Papa nya yang baru sampai di meja makan.
"Dah lega sikit. Tinggal selesema jer" jawab Airez. Wajah kacak papa dipandang.
"Kamu tu kena rehat juga. Asyik kerja keras sampai demam" nasihat Tan Sri Zahid sambil menarik kerusi.
"Mana ada la" jawab Airez. Takkan nak bagitau Papa nya yang di gaduh dengan Rafiq. Cakap pasal Rafiq, sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawannya itu.
"Yelah tu. Papa ni dah tua. Nak luangkan masa dengan cucu dan dekatkan diri dengan Tuhan. Tak nak ambil tahu pasal dunia dah. Kamu yang akan ambil alih tugas Papa tu nanti. Jadi, jangan sampai Papa hilang kepercayaan pada kamu" kata Tan Sri Zahir. Wajah kacak anaknya ditenung.
"Okey Papa. Rez takkan sia siakan kepercayaan Papa tu" janji Airez.
"Hai Pa... Takkan sampai ke rumah bincang pasal pejabat" Rania tiba tiba menyampuk. Kerusi ditarik dan punggungnya dilabuhkan.
"Eih Rania. Awal bangun" tegur Tan Sri Zahir. Lebih kepada memerli. Dia melihat Rania memasamkan muka.
"Papa ni...!" Kata Rania meleret.
Puan Sri Rahayu dan Airen melangkah ke meja makan selepas siap menghidangkan juadah di atas meja. Airen mengambil tempat di sebelah Airez selepas melihat tempat lain sudah penuh. Sempat dia melihat lirikan tajam lelaki itu.
Selesai sarapan. Airez dan Tan Sri Zahir bergerak ke kereta untuk ke pejabat. Puan Sri Rahayu menyalami suaminya. Airen hanya melihat kebahagiaan ibu dan bapa mertuanya. Alangkah bahagianya jika dia begitu.
Matanya memandang Airez yang bergerak merapati kereta Audi miliknya. Segera dia merapati suaminya itu. Tanpa kata tangannya dihulur. Airez memandangnya pelik.
"Salam" kata Airen ringkas selepas perasan pandangan suaminya. Sangkaan Airen bahawa Airez tidak akan menyambut meleset sama sekali. Dengan tenang Airez memberikan tangan kanannya. Airen sendiri tak tahu sama ada ini lakonan atau keikhlasan. Tangan Airez dicium lembut. Hampir jatuh air matanya. Terharu! Ini kali kedua dia menyalami suaminya selepas akad nikah. Sebelum ini, Airez asyik menolak untuk bersalaman dengannya.
Tiba tiba terasa dahinya dikucup lembut. Airen terpana. Tidak menyangka akan tindakan drastik Airez. Husnuzon please. Mungkin Mama dengan Papa dengan tengok. Atau wayar dalam kepala dia terputus. Mungkinnnn....
Airez memasuki kereta miliknya. Kemudian kereta bergerak laju membelah lebuh raya. Entah kenapa hatinya senang dan gembira. Dia tersenyum sendiri.
••••••••••••••
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...