Lepas menziarahi kubur arwah Husna, mereka berempat pergi melawat ibu dan ayah kawan mereka itu pula. Kedatangan mereka disambut baik oleh ahli keluarga itu. Pelbagai cerita yang keluar dari mulut masing-masing.
"Airen, awat tak ajak Radhwan mai sekali?" tanya Puan Zaiton iaitu ibu kepada Husna.
"Dia sibuk sikit mak cik" Airen memberi alasan. Kalau ajak pon dia bukannya nak datang pon. Baik tak payah tanya.
"Maaf la. Mak cik nak tanya, Radhwan dah boleh terima kamu ka?" soalan yang ditujukan benar-benar membuatkan dia tersentak. Sedaya-upaya dia memaniskan wajah. Semua mata memandang ke arahnya.
"Alhamdulillah. Dia dah makin okey" jawab Airen tenang. Luaran sahaja tenang tetapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
"Bagus la kalau macam tu. Mak Cik tak mau dia masih terbayang arwah Husna sampai dia lupa dia dah ada Airen la ni" ujar Puan Zaiton lagi dalam pelat utara.
"Sekarang dia dah boleh terima pemergian Husna, mak cik" balas Airen. Tidak mahu Puan Zaiton berasa bimbang.
Puan Zaiton hanya mengangguk perlahan. Kedatangan rakan kepada anaknya benar-benar menggembirakan hatinya. Terubat juga rindu kepada arwah Husna.
"Eh minum la.. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri. Aimi, Qaseh tambah la lagi bihun tu" pelawa Puan Zaiton kepada Aimi dan Qaseh yang asyik diam dari tadi.
"Dah banyak saya makan ni mak cik" jawab Qaseh malu-malu. Segan hendak menambah lagi walaupun terasa masih lapar.
"Airen, awat makan sikit sangat? Makin kurus mak cik tengok" tegur Puan Zaiton. Wajah Airen dipandang.
"Tak ada maknanya mak cik. Tengok ni, ada lemak. Dia gemok ni mak cik. Jangan puji dia sangat. Nanti kembang payah nak kecut" belum sempat Airen membalas, Farah memintas laju. Mulut sebijik macam jet pejuang. Tak semena- mena satu tamparan hinggap di belakangnya.
"Adeh..." Jerit Farah. Aimi dan Qaseh sudah melepaskan ketawa melihat wajah cemberut Farah. Ha.. lain kali menyampuk la lagi. Padan muka!
"Eh takpa. Ren dah kenyang. Tadi baru jer makan" jawab Airen sopan. Farah di sebelahnya dijeling tajam.
"Haritu polis ada call mak cik. Dia kata kemalangan Airen dengan Husna mungkin berpunca dari perbuatan khianat. Ada orang sengaja rancang kemalangan tu. Jadi, la ni polis dok caqi kepala yang dok buat ni. Radhwan ada bagitahu Ren tak pasal ni?" Puan Zaiton menyoal lagi.
"Erm.. tak ada pula. Dia lupa kot" suara Airen merendah. Jadi, ni la sebab Radhwan berubah tiba-tiba.
_________
"Ha Farah.. Tu nak pi mana pulak tu" Farah yang sedang bersiap untuk keluar rumah terhenti apabila ditegur ayahnya. Airen yang mengekori juga turut berhenti melangkah.
"Nak keluar jap abah. Nak pi pekena ayaq nyok kat kedai Pak Selamat. Airen teqingin ayaq nyok" jawab Farah jujur. Tudung bawal hitam di kepala dibetulkan sedikit.
Apa yang merasuk fikiran kawannya itu pun dia tak tahu. Selepas solat zuhur tadi, Airen menyatakan hasrat untuk menikmati air kelapa.
"La.. awat tak habaq awai-awai. Pokok nyok lakang tu ada. Abah boleh kait aih" kata Encik Zaki. Dia yang baru pulang dari masjid untuk menunaikan solat zuhur berjemaah menawarkan diri. Buat apa pergi kedai kalau kat rumah sendiri dah ada buah kelapa. Membazir saja.
"Tak apa ka. Susahkan pak cik ja" bertambah segan Airen dengan layanan baik keluarga Farah.
"Susah apanya Ren oi. Bukannya pokok yang jenih tinggi melangut. Tinggi sejengkai ja pokok tu" balas Encik Zaki diselangi dengan gelak tawa.
"Amboih abah. Tinggi sejengkai noh. Ada ka pokok tinggi sejengkai. Takat buah pon dah besaq taqa mana dah" Farah menyakat ayahnya. Seronok mengusik Encik Zaki. Terlepas ketawa kuat dari mulutnya.
"Jangan layan si Farah ni. Di memang lagu tu. Jom ikut pak cik pi belakang" ajak Encik Zaki. Langkah diatur menuju ke belakang rumah. Suasana di belakang rumah agak redup kerana banyak pokok kelapa dan tanaman lain ditanam di situ. Ditambah lagi dengan pukulan angin lembut di hadapan sawah padi itu. Dari rumah Farah, Airen dapat melihat pemandangan indah Gunung Jerai.
*Rumah Farah
"Ha.. Farah. Telepon la Aimi ngan Qaseh mai sini. Satgi depa dok tunggu kat kedai nu pulak" kata Encik Zaki. Parang dikeluarkan dari pondok.
"Ya la Abah" Farah menurut. Dia terus mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon kawannya itu.
"Ha ni.. Pi ambik sudu dengan straw dalam qumah" suruh Encik Zaki lagi selepas Farah selesai menelefon Aimi dan Qaseh.Terkocoh-kocoh Farah berlari masuk dalam rumah melalui pintu belakang. Airen hanya memandang sambil menikmati angin petang di pondok yang dibuat sendiri oleh Encik Zaki.
Tidak lama kemudian, Aimi dan Qaseh pon sampai. Bertambah riuh rendah suasana di situ. Sepuluh biji kelapa muda berjaya dikait oleh Encik Zaki.
"Ni hang qeja sana lama mana dah. Bila nak bawak balik menantu" soalan dari Encik Zaki membuatkan Farah tersedak. Tengah syok-syok makan isi kelapa, boleh tanya soalan tu.
"Ishh.. Apa abah ni" ujar Farah. Dadanya ditepuk perlahan.
"Abah tanya ja. Kalau ada laki boleh la jaga hang nanti. Abah risau hang dok sana soqang-soqang" beritahu Encik Zaki jujur.
"Aimi ngan Qaseh kan ada. Boleh apa jaga Farah" matanya melirik ke arah Aimi dan Qaseh.
"Sampai bila depa nak jaga hang. Aimi dah tunang nanti nak kahwin. Qaseh pulak dah ada boipren. Hang tu pasaipa yang tak laku. Tak dak sapa mau ka?" pelik sungguh dia dengan anaknya yang seorang itu. Pakej semua lengkap tapi tak ada siapa yang nak.
"Abah ni... Farah ni punya cantik comey letop deboom abah kata tak dak sapa mau. Ramai laki beqatoq panjang mau kat Farah tau. Nanti Farah dah jumpa yang sesuai, Farah bawak boipren jumpa dengan abah. Jangan duk risau sangat la..." Farah mengajuk perkataan 'boyfriend' yang disebut ayahnya. Rasa nak gelak kuat-kuat ketika itu.
"Hang tu satu-satunya anak pompuan yang abah ada. Mananya tak risau cheq oii" balas Encik Zaki geram.
"Ha... Nanti Farah bawak balik boipren bagi kat abah. Siap pakej muka helok. Plus anak orang kaya of course. Mau gak Farah jadi cam Airen. Kawin dengan anak Tan Sri tequih" sempat lagi Farah mengenakan Airen. Tapi, Airen hanya buat tak tahu. Dia terus menyedut air kelapa yang dicucuk pada straw. Sesekali dia membetulkan tudung yang ditiup angin. Feeling- feeling macam duduk tepi pantai.
"Apa- apa jelah Farah oi. Janji dia boleh bimbing anak abah ni pi syurga" balas Encik Zaki. Malas bertikam lidah dengan anak gadisnya yang banyak mulut. Dia tahu Farah yang akan menang dalam perdebatan mereka.
"InsyaAllah abah" Farah tersengih.
___________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...