Airez Radhwan terduduk keletihan. Penat mengejar Aril Redza yang sudah pandai berjalan. Tak padan dengan badan kecik budak ni. Tenaga mengalahkan bapak dia.
Selamba badak sahaja Aril mendekati si ibu yang sedang membaca majalah lalu meninggalkan daddy yang kepenatan. Tubuh kecil itu terkial-kial memanjat sofa dan menolak majalah yang dibaca Airen. Okay.....dia bagi hint suruh main dengan dia pulak. Tak seronok main kejar-kejar dengan daddy ke?
Aril Redza melabuhkan punggung di atas paha Airen. Jari telunjuk comelnya diletakkan di bibir sambil merenung manja ke arah ibunya. Mata tidak berkelip memandang Airen.
"Eh, dengan ibu pandai pula duduk diam. Dengan daddy, bukan main berlari lagi" ngomel Radhwan sambil merenung geram ke arah anak lelakinya.
"Tengok la daddy dia pon tak reti duduk diam" jawab Airen tergelak kecil. Dia menyisir rambut Aril ke tepi. Hensem! Ikut muka ayah dia.
"Dah.. pergi tidur dengan atuk. Malam ni, ibu daddy punya" Radhwan mendekati dua beranak itu. Belakang tubuh Airen dipeluk erat. Nak bagi si anak jeles.
Laju sahaja bibir comel itu mencebik. Pantas dia cuba berdiri dan memeluk leher Airen erat. Tangan Radhwan ditepis dengan tangan comel itu. Amboi.. dah pandai berebut ibu dengan daddy.
"Nak adik ke tak nak? Kalau nak, malam ni pergi tidur dengan atuk" kata Radhwan lagi. Dia menahan senyum.
Pantas Aril menggeleng. Dia merengek manja kepada Airen. Mengadu kepada ibunya kerana daddy dari tadi asyik membuli.
Airez Radhwan ketawa melihat telatah anaknya. Nak ke tak nak ke, ada daddy kisah? Daddy bagi jugak Aril adik jugak!
•••••
"Bucuk-bucuk ucu... Siapa tak mandi angkat tangan.." usik Rania. Aril yang berada dalam dukungannya pantas mengangkat tangan sambil ketawa. Aril masih lagi berbaju tidur kerana baru sahaja bangun. Itu pun, celik sahaja mata nak mandi kolam terus. Amboi budak ni. Demand nak mampus.
"Eiyerkkk Aril tak mandi..." Rania terus menggeletek ketiak anak buahnya itu. Terkekek-kekek Aril ketawa menampakkan 4 batang gigi yang baru tumbuh.
"Bu....." Kata Aril sambil menunjukkan ke arah Airen yang keluar bersama tuala dan pakaian salin. Rania tersenyum. Dah pandai sebut ibu. Daddy masih lagi dalam percubaan. Patut la bukan main merajuk lagi abangnya itu.
"Aril nak mandi dengan ucu eih" acah Airen sambil melabuhkan duduk di tepi kolam itu. Tuala dan pakaian Aril diletakkan di sisi. Aril mengangguk sambil menggigit jari. Basah tangannya dengan liur yang meleleh.
"Meh sini ibu buka baju" butang baju tidur Aril dalam dukungan Rania dibuka. Rania hanya memandang hingga selesai. Pelampung kanak- kanak dipakaikan di leher Aril.
"Yeay! Dah siap! Jom mandi dengan ucu" ajak Rania gembira. Dia menuruni kolam perlahan. Aril dalam dukungan menjerit kegembiraan apabil air kolam yang sejuk menyentuh kulitnya.
Airen hanya memerhati di tepi kolam sambil tersenyum. Bukan main seronok Aril dapat mandi kolam.
"Sayang.." panggil satu suara dari belakang. Hidung Airen menangkap bau minyak wangi yang semerbak. Siapa lagi kalau bukan Radhwan.
"Awal balik.." tegur Airen sambil memandang Radhwan yang melabuhkan duduk di sebelahnya. Pagi tadi Radhwan beritahu hendak berjumpa dengan Rafiq. Maklumlah masing-masing dah busy, jarang berjumpa.
"Rafiq nak pergi dating dengan awek. Sebab tu abang balik awal" kata Radhwan jujur. Bukan main berbunga lagi si Rafiq tadi setelah 2 bulan bertunang dengan pilihan hatinya. Airen mengangguk faham. Dia membuang pandang ke arah anaknya yang telah basah lencun.
"Sayang... Aril kata dia nak adik" bisik Radhwan sambil tersengih nakal. Tangannya mula merayap melingkari pinggang Airen.
"Eh ! Bila masa pulak. Semalam bukan main dia geleng kepala" ujar Airen pelik. Dia memandang Radhwan semula. Tersengih- sengih suaminya itu menampakkan gigi putih yang tersusun elok. Dah muncul dah tanduk kat kepala dia.
"Itu semalam, tapi lepas abang bagi dia aiskrim terus dia setuju" jawab Radhwan selamba. Airen membulatkan mata. Ada pulak buat anak macam tu. Adoii !!
"Abang naik atas dulu. Nak salin baju. Kalau sayang nak ikut, pun boleh. Alang- alang boleh Aril dapat adik sekali" usik Radhwan sambil ketawa nakal. Tak habis- habis lagi bab Aril nak adik. Suami siapa la ni.
Airen menjeling tajam. Tangannya ingin mencubit Radhwan. Ibu ketam dah muncul. Pantas sahaja Radhwan mengelak dan berlari masuk ke dalam rumah. Baik selamatkan diri dulu. Airen tersenyum kemenangan. Tahu pun takut.
________
Sorry lambat update
🌸🌸
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Historia Corta- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...