Airen sibuk menolong Puan Sri Rahayu di dapur. Sekali sekala dia memerhati Aril yang bermain dengan Puteh di atas permaidani. Puteh dipanggil Yen oleh anaknya. Suka suki jer tukar nama kucing kesayangan daddy dia. Apa-apa jelah la nak oiii
Radhwan pagi lagi sudah ke pejabat. Maklumlah semakin bertambah ahli keluarga yang perlu ditanggung. Sekarang jawatan pun dah makin tinggi. Kena la hadap kerja yang menimbun itu.
"Cucu atok buat apa tu....?" Tan Sri Zahir yang baru pulang membeli kuih terus menerpa ke arah Aril. Dicium pipi cucunya itu berkali-kali. Sampai naik rimas Aril dibuatnya. Puteh yang berada di pangkuan Aril menggoyang-goyangkan ekor.
"Yennn...." Jawab Aril petah. Bulu tebal Puteh diusap perlahan dengan jari kecilnya. Kadang kala dia tunduk mencium kepala Puteh. Sayang betul dia dengan Puteh yer.
"Main dengan Puteh?" Tan Sri Zahir mula bersembang. Bukan dia tak nampak. Saja mahu berbicara dengan Aril. Seronok mendengar telatah cucunya itu.
"Tak... Yenn" Aril Redza membantah. Dia membetulkan kesilapan atuk yang memanggil Yen sebagai Puteh. Elleh budak ni, dia yang salah. Marahkan atuk pula. Ekor Puteh yang bergerak-gerak menarik perhatiannya. Mata terikut dengan pergerakan ekor ke kiri ke kanan.
"Yen pun yen la.." Tan Sri Zahir akhirnya mengalah. Dia memerhati gelagat Aril.
Aril berbaring dan meletakkan kepala di atas badan Puteh. Kucing itu diam dan langsung tidak bergerak. Mungkin selesa dengan Aril. Airen menjeling sekilas. Amboii sedapnya dia baring. Ingat kucing tu bantal ke haaa?
•••••
"Hai Aril sayang. Lama tak jumpa Aril. Makin comel dia. Ikut ibu ke ikut daddy?" soal Farah yang mengandung 3 bulan. Cepat bukan main ehh buat kerja. Aril diambil dan diletakkan di pangkuannya.
"Daddy" bijak Aril menjawab. Botol susu Mickey Mouse yang dihulur oleh Airen dicapai.
"Patutnya handsome. Ikut daddy rupanya" Farah mencubit geram pipi Aril. Pipi sebijik ikut ibu dia. Geram aje rasa. Macam nak gigit-gigit.
"Hey. Dapat baka aku sikit okey. Sebab tu dia comel" Airen mencebik. Tahu la anak aku tu handsome ikut daddy dia. Tapi jangan la melambung sangat. Terdengar dek Radhwan, mahu kembang kempis hidung suaminya 3 hari 3 malam. Kita yang dengar ni pula yang rasa jeles.
"Elleh. Perasan lebih jer kau. Dekat pipi dan lemak jer ikut kau. Bahagian lain tak" Farah mengutuk Airen tanpa selindung. Dia hanya tersengih apabila Airen menjeling tajam. Amboih garang betul sejak jadi mak budak ni eih.
"Yelah. Yang buruk-buruk semua aku. Siapalah kita ni kan" Airen buat nada sedih. Sengaja menyakat kawannya itu. Aimi dan Qaseh tidak dapat bersama mereka kerana tuntutan kerja. Aimi masih lagi tidak mengandung. Merancang kehamilan katanya. Qaseh pula entah bila nak mengandung. Mungkin masih lagi dalam fasa honeymoon.
"Dah dah tak payah berdrama kat sini. Mana laki kau ni? Lambat betul la nak sampai" Farah mengeluh perlahan. Sekali sekala dia mengagah Aril yang berada di ribaannya. Aril hanya memandang bersama botol susu di tangan.
Mereka berjanji mahu keluar makan bersama-sama semasa lunch hour. Tetapi, melihat jam di tangan sudah berganjak ke pukul 2.30 petang. Lambatnya keluar. Takkan lupa kot.
"Lepas kerja dia datang sini terus. Ha kau tanya laki aku kenapa? Laki kau si Harris mana pulak?" Soal Airen kembali. Tanya laki kita, laki dia pula mana.
"Kerja jugak. Laki kau la ni tak bagi cuti" Farah mula mahu bergaduh manja. Lama sudah rasanya tidak bergaduh dengan Airen. Mereka sudah tidak tinggal serumah. Namun, persahabatan yang terjalin masih kekal hingga bila-bila. Mungkin berkekalan hingga anak cucu.
"Eh eh laki kita jugak yang salah. Dah tu, laki kau tak reti nak mintak cuti?" Airen mula membalas. Aril di ribaan Farah memandang si ibu. Mungkin tak sangka si ibu boleh jadi segarang itu. Alah... Bukan garang betul pun. Acah aje.
"Hey.. apa yang bertekak apa ni?" Tegur suara dari belakang. Kelihatan Radhwan dan Harris berpakaian pejabat mendekati mereka. Mereka berdua mrlangkah dengan penuh gaya. Lengan kemeja dilipat hingga siku. Wanita yang lalu lalang tidak lepas memandang ke arah mereka. Amboih akak jaga mata tu sikit eih.
"Bertekak tentang korang dua la. Pergi mana lambat sangat? Tak tahu ke kitorang tunggu lama dah" Farah mula menyembur. Dah datang dah aura ibu mengandung dia. Boleh botak Harris kalau hari-hari kena bebel.
"Sorry la sayang. Abang minta maaf okay?" Harris mengambil tempat di sebelah Farah. Dia mula memujuk apabila melihat Farah menarik muncung panjang.
Radhwan pula melabuhkan punggung di tepi Airen. Dia memerhati sahaja gelagat Harris memujuk Farah. Dijongket sebelah bibir. Ayat tak power langsung.
"Aril sayang... Cakap kat aunty Farah, jangan merajuk lama-lama. Nanti baby dalam perut ikut muka kecut dia" Harris berpura-pura berbisik pada Aqil. Berbisik apa kalau dah Airen dan Radhwan pun boleh dengar. Farah menjeling tajam. Aunty? Hey I muda lagi okay. Panggil I kakak Farah. Acewahhhhh !!
Harris mengambil Aril dari pangkuan Farah. Diletak Aril di atas riba. Alahai comel betul Aril ni.
"Aril sayang. Tolong cakap dekat Aunty Farah, jangan jeling macam tu. Sebab jelingan tu boleh buat uncle Harris tergoda" kata Harris lagi di telinga kecil itu. Aril yang tidak memahami apa yang dikatakan, terkebil-kebil memandang ibu dan daddynya. Berharap agar daddy menjauhkannya dari pak cik kurang siuman ini.
"Dah tak payah buat anak aku jadi posmen. Nak cakap, cakap terus. Aril... Meh kat daddy" Radhwan segera mengambil Aril Redza. Baik hindari dari Harris. Kang tercemar otak anak aku. Harris tersengih sambil menggaru kepala. Baru nak mengayat bini guna si Aril. Sekali bapak dia dah ambil daaa.......
__________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...