Aril Redza kelihatan teruja apabila bertemu dengan kakak sepupu mereka. Iaitu Arissa dan Ameena. Dari tadi kedengaran gelak tawa mereka bertiga berlari-lari di karpet rumput laman hadapan. Radhwan menjadi pemerhati dari tadi. Sesekali dia bangun dari kerusi rehat dan menyertai kanak-kanak itu.
Hari ini Daniel dan Humaira datang ke rumah untuk bertemu dengan mama dan papa mereka. Alang-alang datang menjenguk Aril sekali.
"Abang... Mari minum dulu" panggil Airen diikuti Humaira dari belakang. Jug air dan cawan kaca diletakkan di atas meja kecil di tepi halaman.
Radhwan berhenti mengejar. Matanya beralih memandang Airen yang memakai selendang. Kaki melangkah merapati isteri dan kakaknya.
Airen menghulurkan segelas air oren sejuk kepada Radhwan. Cuaca petang ini agak redup dengan angin yang menampar lembut tudungnya. Matanya terpaku pada Aril yang masing bergelak tawa riang menampakkan 4 batang gigi susu yang baru tumbuh. Terlampau hyper aktif pula anaknya yang seorang ni. Ikut perangai si bapa la ni.
"Aril.... Mari minum" Airen menggamit memanggil Aril. Aril berhenti bermain. Bola yang dipegang diletakkan di tepi. Tangan comelnya menarik tangan Arissa dan Ameena. Radhwan hanya menjeling. Amboi budak ni. Kalau dengar suara ibu, cepat betul dia bertindak. Kalau dengan daddy, jenuh jugak menjerit nak suruh dia berhenti. Anak ibu la katakan. Ni yang nak merajuk ni.
Terkedek-kedek Aril berjalan merapati Airen. Airen terus mengangkat tubuh kecil itu dan diletakkan atas riba. Cawan berisi air diteguk perlahan ke mulut anaknya. Diteguk air itu hingga habis.
"Cakap apa?" Tegur Airen. Cawan kosong diletakkan di atas meja kembali.
"Hamlillah" ucapan alhamdulillah dari bibir comel itu membuatkan Airen tersenyum. Walaupun sebutan masih belum sempurna, tetapi Airen bersyukur kerana Aril bijak mengungkapkannya. Aril memandang manja daddy. Ada saja la tu nak gaduh dengan daddy. Tak padan dengan kecik.
"Daddy......." Panggil Aril dengan lenggok yang dibuat-buat. Radhwan berhenti meneguk air. Dipandang wajah comel anaknya.
"Ya sayang...." Radhwan mendekatkan wajahnya dengan Aril yang berada di hadapannya.
"Daddy ucuk" kata Aril selamba. Terus meledak tawa Airen dan Humaira. Radhwan terkena dengan jerat yang dilakukan Aril. Aduh budak ni. Cari nahas betul dengan daddy dia.
Radhwan membeliakkan biji mata. What the .... Dia memandang Aril yang ketawa riang. Seronok yer kenakan daddy. Nak kena ni !
"Daddy ucuk eh... Meh sini daddy nak cium Aril yang wangi ni" Aril yang berada atas ribaan Airen diambil dan dia mencium pipi montel anaknya bertalu-talu. Pipi pau ikut ibu dia. Seronok kalau gigit ni. Terkekek-kekek Aril ketawa kerana kegelian.
_________
"Abang... Mana Aril?"
Airen membuka pintu bilik mereka dengan cemas. Dipandang sekeliling mencari suaminya tetapi langkah tidak kelihatan. Jam sudah berganjak ke angka 12 malam.
"Aik... Sekali dengan daddy dia hilang?" Kata Airen perlahan. Dipandang segenap ruang mencari kelibat Radhwan. Tadi ketika dia sedang melakukan kerja dapur, Aril yang diletakkan di atas kerusi tiba-tiba hilang. Sangkanya anaknya itu bermain bersama Arissa dan Ameena. Tetapi, apabila ditanya kepada Humaira katanya dua beradik itu sudah masuk tidur. Terus cemas dia jadinya.
"Abang..." Panggil Airen sekali lagi. Takkan la Radhwan mahu main sembunyi-sembunyi malam macam ni. Orang nak tidur la, nak main apanya.
Bunyi pintu dikunci dari dalam membuatkan Airen menoleh. Dia lihat Radhwan sedang menanggalkan pakaian dengan gaya menggoda. Mata lelaki itu merenung ke dalam anak mata Airen. Airen telan liur sambil melangkah ke belakang. Lelaki di hadapannya kini seperti bukan Airez Radhwan yang sekarang. Lelaki itu seperti Airez Radhwan yang dahulu. Dengan renungan tajam dan senyuman sinis terukir di bibir.
Langkah Airen terhenti apabila Radhwan meraih pinggangnya. Ahh sudah !
"Malam ni Aril tidur dengan papa dan mama. And you, must be Mrs Airez Radhwan this night" bisik Radhwan dalam nada suara seksi. Jantung Airen berdetak laju seperti paluan kompang. Dia telan liur apabila mendengar ayat di hujung.
Tiba-tiba terasa tubuhnya dilambung tinggi. Airen terus melingkari leher Radhwan. Takut jatuh! Tubuhnya dicempung dan dibawa ke katil. Dengan berhati- hati, Radhwan meletakkan perlahan-lahan tubuh Airen. Nasib masih lagi ringan. Kalau tak jenuh jugak nak mengangkat.
Radhwan medekati wajah Airen. Dia sudah bersedia untuk berjaga malam ini. Dilihatnya Airen juga sudah bersedia untuk didatangi. Dengan bacaan bismillah, dia mula memainkan peranan.
__________
YOU ARE READING
Kasih Yang Hilang
Short Story- Completed - Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya. Namun, perancangan Alla...