- Completed -
Airen Rafeqah dan Husna Maisarah dua sahabat yg berkawan sejak kecil. Airen dalam diam mncintai seorang lelaki tanpa pengetahuan Husna. Namun segala perasaannya terpaksa dibuang demi kebahagiaan sabahat baiknya.
Namun, perancangan Alla...
"Radhwan.... Esok boleh tak saya balik kampung?" Soal Airen ketika Radhwan keluar dari bilik bacaan. Dia berdiri di hadapan lelaki itu. Seharian berada dalam bilik tanpa makan dan minum. Ni baru nampak muka.
"Balik dengan siapa?" Wajah Airen dijeling sekilas sebelum membuang pandang arah lain.
Airen tersenyum. Ambil berat jugak Radhwan terhadapnya.
"Dengan Aimi, Farah dan Qaseh" senyuman terukir di bibirnya. Berharap sangat Radhwan mengizinkan dia untuk pulang ke kampung. Dia amat rindu akan kampung halamannya
"Kau nak tidur rumah siapa? Kau mana ada rumah kat sana" kali ini dia memandang wajah isterinya. Senyuman yang terukir membuatkan dia terkesima. Sudah lama dia tidak menatap senyuman itu. Mana taknya, asyik melayan rasa marah.
"Awak jangan risau. Saya tumpang tidur rumah mak ayah Farah" beritahu Airen. Bersyukur sangat kedatangannya dialu-alukan oleh keluarga Farah.
"Aku tak risaukan kau. Aku risau kalau diorang tak selesa kalau kau kat sana" kata Radhwan tanpa memikirkan perasaan isterinya. Serta merta senyuman manis yang terukir hilang.
"Diorang okey jer. Mak ayah Farah yang suruh saya tidur rumah diorang" Airen tersenyum tawar. Sedikit terusik dengan perkataan yang jeluar dari mulut suaminya sebentar tadi.
"Erm. Bila kau balik sini?" teragak-agak Radhwan melemparkan soalan. Dia melihat wajah Airen bertukar mendung.
"Hari Khamis saya balik sebab diorang kerja. Saya tidur sana dua malam jer. Boleh eh?" Matanya dikejipkan ke arah Radhwan. Cuba mengambil hati. Sekurang-kurangnya, jika dia berada di kampung, lelaki itu akan gembira kerana jauh dari orang yang dibenci.
"Suka hati kau la. Kau nak buat apa kat kampung tu?" tanya Radhwan lagi. Tak ubah macam polis yang tengah soal siasat penjenayah. Habis semua ditanya. Kalau dah risau tu mengaku ajelah. Susah sangat kenapa!
"Saya nak melawat kubur Husna. Lagipun saya tak pernah tengok lagi. Kan saya masih kat hospital masa dia dikebumikan" ringan sahaja mulut Airen bercerita.
"Buat apa kau nak melawat dia? Bukan kau ke punca semua ni?" Radhwan tersentak dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya sendiri. Sumpah dia tak sengaja! Rasa macam nak pukul mulutnya sendiri.
"Apa maksud awak? Awak dah janji takkan ungkit lagi pasal ni" suara Airen bergetar. Air mata mula bertakung di tubir mata. Hanya menunggu masa untuk jatuh membasahi pipi.
"Erm.. dah la. Malas aku layan kau" tubuh Airen yang menghalang laluannya ditolak ke tepi sebelum dia keluar dari bilik itu. Dia tidak kuat untuk melihat air mata itu.
Airen cuba menahan air mata yang mahu mengalir. Tetapi malangnya, ia tetap jatuh setitik demi setitik. Terasa bagaikan sebuah batu besar menghempap dadanya tanpa amaran. Pedih!
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
_________
Uwekk...
Uwekkk...
Airen mengelap mulutnya dengan tisu. Pili air ditutup. Dia berpaut pada sinki bagi menampung berat badannya.
"Akak okey ker ni? Macam tak sihat jer" soal Rania risau. Dia memegang lengan Airen yang sedikit terumbang ambing memegang kepala.
"Akak okey. Masuk angin sikit jer ni" beritahu Airen tentang masalah kesihatannya. Belakangan ini, selera makannya bagaikan hilang. Lunch pon kadang-kadang skip.
"Betul ni? Esok-esok balik kampung tak boleh ke? Macam tak larat sangat-sangat je. Muka pun pucat" wajah pucat kakak iparnya dibelek. Dia memimpin Airen ke pintu hadapan di mana Puan Sri Rahayu sedang menunggu.
Hanya mereka berdua yang menghantar pemergiannya sebelum bertolak ke kampung halaman. Tan Sri Zahir sudah ke pejabat. Sempat juga Airen menyalami tangan bapa mertuanya itu. Radhwan? Hermm.. suaminya itu awal-awal pagi sudah bertolak ke pejabat. Ketika dia bangun untuk solat subuh tadi, suaminya sudah menghilang. Nampak sangat Radhwan tidak mahu melihat wajahnya.
"Tak la.. akak okey la. Sihat jer ni. Lagipun bukannya Kak Ren jalan kaki pergi sana. Akak naik kereta kan." Airen sempat lagi bergurau. Tetapi gurauannya langsung tidak memberi kesan kepada Rania yang beriak risau
"Jangan risau la. Akak okey" kata Airen lagi apabila melihat Rania langsung tidak menunjukkan reaksi. Tak lawak erk?
Pon..!
"Tu... Diorang dah sampai. Akak pergi dulu" beg diangkat. Boleh tahan berat. Tangan Puan Sri Rahayu segera dikucup. Sempat dia mencium dahi wanita yang dianggap seperti ibunya sendiri. Tak dapat cium anak, cium mak pon jadi la.
"Jaga diri baik-baik kat sana. Sampaikan salam mama kat keluarga Husna ya.." kata Puan Sri Rahayu. Wajah pucat menantunya dipandang.
"Insyaallah ma" balas Airen sambil tersenyum. Rania bersalaman dengannya pula. Tubuhnya dipeluk erat oleh gadis itu.. Perlahan-lahan dia bergerak ke arah kereta Myvi yang sedia menanti di hadapan pintu pagar.
Beberapa minit perjalan, kepala Airen terasa berpusing. Ditambah lagi dengan cuaca panas terik di luar. Selalunya dia akan berasa mudah pening apabila menaiki kereta dalam jarak yang jauh. Sebab itu setiap kali balik kampung, dia yang akan memandu di awal perjalanan.
Tiba-tiba tekaknya berasa loya. Ahh sudah, dah la tengah highway ni. Tangannya menekup mulut. Tidak mampu bersuara. Tubuh Farah yang sedang tidur di sebelahnya digoncang kuat. Terpisat-pisat kawannya itu bangun.
"Weh... berhenti kereta jap. Airen nak muntah!" jerit Farah. Bahu Aimi yang sedang memandu ditepuk kuat. Kelam kabut suasana dalam kereta akibat jeritan Farah dari tempat duduk belakang. Ditambah lagi pukulan demui pukulan yang diterima Aimi.
Aimi segera memberhentikan kereta di tepi lebuh raya. Tanpa membuang masa, Airen terus keluar dan memuntahkan segala isi perutnya. Farah mengurut belakang tengkuknya. Qaseh pula sudah lari ke belakang bonet untuk mencari minyak angin yang dibawa. Sebenarnya dia tidak boleh melihat orang muntah, jap lagi sekali dia muntah. Tak ke haru biru jadinya.
Selesai semuanya, mereka meneruskan perjalanan menuju ke kampung halaman. Farah dan Airen sudah terbongkang di belakang. Tinggallah Aimi dan Qaseh meriuhkan suasana dalam kereta.