BAB 1

25.5K 886 10
                                    

Basikal aku kayuh menuju ke rumahku yang terletak tidak jauh dari sekolah. Aku ni bukannya orang berada yang pulang dijemput, pergi dihantar. Keluarga aku tidak susah sangat tidak senang sangat. In the middle.

Aku mempunyai seorang ibu dan seorang abang. Ayah? Hmm.. ayah aku dah lama meninggal dunia gara-gara sakit jantung. Dia meninggal ketika usiaku mencapai 15 tahun. Memang susah hidup tanpa seorang ayah tapi ibu beri pedoman kepada aku. Walaupun ibu sudah kehilangan orang yang dia sayang namun dia gagah juga membanting tulang menyara hidup kami dua beradik.

Abang? Yurp, dia tua empat tahun daripada aku. Masih single. Ahaha.. Nama dia Ahmad Faruq dan orang-orang kampung panggil dia Paroq. Selepas tamat saja SPM, abang terus ambil upah di ladang ternakan Encik Bakar, orang kaya kampung Ayer Cetek.
Waktu malam pula, abang dengan kawannya, Mail lebat akan buka gerai burger. Modal kecil aje tapi untung banyak berpihak kepada mereka berdua. Mendapat sambutanlah kiranya.

Aku terus memarkirkan basikalku di hadapan rumah. Ketika itu abang Paroq mahu melangkah keluar. Belum sempat aku berikan salam, tak semena-mena lengan bajuku ditariknya. Terundur ke belakang aku dibuatnya.

"Ni kenapa berdarah ni?" soal abang Paroq yang sudah membelek-belek lenganku.

Terus aku menarik tanganku semula lalu aku tutup. "Tak ada apa-apalah, bang. Jangan risau." bohongku dengan senyuman paksa menghias di wajahku.

Dahi abang Paroq sudah berkerut. "Lara tipukan? Siapa buat Lara kali ni?"soal abang dalam nada risau.

Aku mengetap bibir. Pandangan aku alihkan ke bawah.

"Ni mesti geng-geng budak gedik yang selalu tapau duit tu kan?" tebak abang.

Cepat-cepat aku menutup mulutnya guna tangan. Takut-takut pula kalau ibu dengar kes tapau tu. Aku taknak ibu risau fasal masalah aku.

"Shhh!! Abang! Janganlah cakap kuat-kuat."bisikku perlahan.

Abang Paroq terus menepis tanganku. "Dah tu, Lara nak biar aje diorang buli Lara?"

Aku gelengkan kepala. "Tapi, sekarang diorang dah kena gantung sekolah. Jadi, buat masa sekarang Lara tak perlu risau sangat."

"Ha, tu mesti ada orang mengadu fasal diorang tu. Padan dengan muka sendiri." perli abang Paroq seperti puas hati.

"Sembang apa tu?"jerkah ibu apabila melihat riuh rendah di depan rumah.

Aku dan abang Paroq sama-sama menoleh ke arah ibu. Terus kami berdua berpandangan. Bagi isyarat supaya diamkan perkara ni.

"Tak ada apalah ibu. Bincang fasal.. er.. fasal siapa, Lara?" abang Paroq sudah bertanya kepada aku. Huh, tak pandai nak kelentong lah dia ni.

"Fasal abang yang sampai sekarang single. Ada ke patut bu, dia cakap dia nak girlfriend macam Izara Aishah? Ish3.. berpijak di bumi nyatalah,bang. "selorohku mengenakan abang Paroq.

Terus abang Paroq menikam tajam ke arahku. Kurang asam punya adik?! Aku tolong dia, dia pula yang kenakan aku?! Pandangan abang Paroq langsung aku tak pedulikan. Hahah..

Ibu ketawa kecil mendengar kata-kataku. Dia terus melabuhkan punggung di atas bangku yang tersidai di hadapan rumah. Abang Paroq pula ambil tempat di sebelah ibu.

"Nak bermimpi tu boleh tapi ada batasnya. Pilih perempuan yang setaraf dengan kita, Faruq." ujar ibu sambil mengurut-ngurut lengan abang Faruq.

Aku yang mendengar ayat ibu terus menahan tawa. Nampaknya topik abang Paroq single ini menarik minat ibu. Sekarang, sedang dibahaskan. Hahaha!! Kesian, abang Paroq. Siapa suruh lama sangat membujang.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now