Bab 32

16.3K 632 17
                                    

"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Lara Aqishah binti Mohd Daniel dengan mas kahwin senilai RM 700 dibayar tunai." lafaz abang Paroq sebagai wali ku.

"Aku..ak.." lafaz untuk pertama kali.

Gagal.

"Aku.. aku terima..aku ter.." lafaz kali kedua juga turut gagal.

Aku yang ketika itu sedang duduk bersimpuh tidak jauh daripada pentas hanya mengetap bibir. Telingaku sudah menangkap bunyi riuh sakan para tetamu yang hadir. Mereka semua saling berbisik.

Mataku masih terpaku pada Aqhif. Kenapa? Kenapa dia jadi macam itu? Tadi, sebelum majlis akad nikah berlangsung.. aku dengar dia berlatih berkali-kali menyebut lafaz akad tapi sekarang?

Aku lihat Abang Paroq sudah menepuk bahu Aqhif perlahan. Mungkin abang cuba untuk tenangkan Aqhif yang tiba-tiba saja gemuruh semacam.

Lelaki itu mengangguk. Tak semena-mena mata Aqhif mengerling ke arah aku. Mata kami bertaut namun pandangannya itu buatkan aku termangu sendiri. Pandangan yang dia berikan pada aku.. adalah pandangan penuh penyesalan. Aku tergamam.

Aku betul-betul tak faham. Kalau dia taknak kahwin, kenapa dia perlu lakukan semua ni? Kalau dia tak mulakan, jangan harap aku akan ada di sini, di pentas akad nikahnya ni. Dia terpaksa ke? Atau.. huh, baru aku teringat fasal wasiat Yara.

Mataku buntang. Mungkin ke dia nak kahwin dengan aku sebab wasiat Yara itu? Aku jadi tak berkutik.

"Aku.. terima nikahnya Nurul Lara Batrishah binti Mohd Daniel dengan mas kahwin bernilai RM700 dibayar tunai." lancar akad itu meniti keluar dari mulut Aqhif.

Sorakan dan tepukan gemuruh yang diberikan penonton menyedarkan aku ke tempatku semula. Aku tergamam. Air liurku yang terasa payau aku telan kesat. Ak-aku dah jadi isteri yang sah kepada lelaki bernama Tengku Aqhif Hasyim.

Seketika, Aqhif datang mendekatiku. Dia duduk berlutut di hadapanku. Cincin perak yang dihidangkan dalam dulang itu dicapainya lalu tanganku diraihnya lembut.

Aku yang sedari tadi membatu di hadapan Aqhif hanya mampu menundukkan pandangan. Entah, aku masih fifty-fifty. Kalau betullah apa yang aku duga ni, jadi.. aku cuma dipermainkan oleh dia?

Selesai aku menyarungkan cincin tersebut ke jari manisku. Perlahan Aqhif angkat daguku lalu dahiku dikucup lembut. Lama. Mulalah sesi tangkap gambar di situ. Manislah kononnya.

Sempat aku mengerling ke arah Tengku Qilah yang sudah tersenyum-senyum melihat gelagat kami berdua. Aku sekadar tersenyum nipis. Malu pun ada sebenarnya tapi aku tahan. Tak apalah.

Selesai sesi membatalkan air wudhuk, Aqhif terus berlalu meninggalkan aku bersama yang lain. Terus tangan aku digenggam erat oleh Tengku Qilah. Bibir wanita itu menguntum senyum lebar.

"Selamat datang ke keluarga kami, Lara." ucapnya lalu memeluk tubuhku erat.

Aku mengetap bibir. Walaupun agak kekok namun aku balas juga pelukannya itu. "Terima kasih, Tengku."

"Panggillah mama." pintanya meleraikan pelukanku.

"Mama?"aku sudah bersoal.

"Kan sedap bunyi nya itu?" balas Tengku Qilah bergurau senda denganku.
...
"Kak Lara, Kak Lara!!!"

Terus aku memusingkan tubuhku memandang gerangan Zafriq yang sudah berlari-lari anak mendapatkan aku. Tersenyum aku dibuatnya melihat karenah anak kecil seperti dia.

Maklumlah, aku ni anak bongsu. Selalunya, aku ajelah yang bermanja tapi memandangkan sekarang ni aku dah jadi kakak kepada si Zafriq ni, makanya aku jadi anak sulung pula lah, kan? Best juga ada adik lelaki ini. Manja, comel pula itu.

"Kenapa Zaf? Kenapa cari akak ni?" soalku sudah berkerut dahi. Aku geram betul dengan pipi tembam Zafriq ni. Tembam, putih dan comel. Isy, geramnya aih!!

Budak lelaki itu sudah memuncungkan bibirnya bak itik berak kapur. Ditambah lagi pipinya itu, Ya Allah, macam melihat sebuah pau yang berwajah saja.

"Bila akak nak bawa Zaf naik basikal? Seronoklah main basikal dengan akak." adunya sudah bermain-main dengan jari montelnya.

Aku menyungging sengih. "Bila yang Zaf minta. Kalau esok pun boleh juga. Zaf nak ke?" soalku sudah buat janji.

Pada awalnya Zaf teruja namun selepas itu senyumannya luntur kembali. Wajahnya sudah berubah cemberut. "Tapi, esok Zaf ada latihan." adunya.

"Habis itu, bila?"

"Kalau sabtu? Zaf tak sekolah kalau hari sabtu." cadangnya dengan mata bersinar.

Terus aku anggukkan kepala. "Boleh juga. Akak pun tak busy sangat time tu. jom!!" riuhku lalu melingkar janji dengan kanak-kanak tersebut.

"Zaf.."seruan itu buatkan aku dan Zaf saling berpandangan ke arah sumber suara tersebut.

Zafriq terus berlari anak mendapatkan ibunya itu. Sesekali dia memandang aku lalu bibirnya menguntum senyum lebar. Sangat manis dan amat menggemaskan. Aku sudahlah suka benda-benda comel ni.

"Jangan layankan sangat karenah budak Zaf ni. Hmm.. Lara tak masuk bilik lagi ke? Mana Aqhif?" soal Tengku Qilah apabila melihat kelibat Aqhif langsung tak bersama dengan aku.

Aku tersenyum pendek. "Abang Aqhif naik dulu tadi. Dia kata dia nak mandi." ujarku.

Tengku Qilah sekadar menganggukkan kepala. "Okeylah, mama nak turun dulu. Banyak lagi tetamu kat bawah tu, tak manis pula tinggalkan diorang tanpa tuan rumah kan?" tutur Tengku Qilah.

Wanita itu terus berlalu meninggalkan aku dibelakang. Tangan Zafriq dipimpinnya. Sebelum meninggalkan aku, Zafriq melambaikan tangan comelnya pada aku. Serta-merta aku membalas.  Gyeo!!!

Aku kembali melangkah merapati pintu bilik hotel yang tidak jauh dari tempatku berdiri tadi. Pintunya yang tertutup aku buka lalu aku terus masuk.

Namun, langkahku mati tatkala melihat tubuh bidang milik Aqhif terpamer di depan mata. Ketika itu, lelaki itu sedang leka membersihkan rambutnya yang masih basah. Aku terus alihkan pandanganku ke tempat lain

Apabila menyadari kehadiranku di dalam bilik, aku dengar keluhannya. Dia menutup tubuhnya menggunakan tuala semula lalu dia berlalu dari situ.

Astaghfirullah!! Aku sudah buat empat dosa! Dosa mata, dosa hati, dosa mulut dan juga dosa otak. Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah nampak benda yang.. ergh!! Lupakan Lara, lupakan. Forget it. Buat biasa. Jangan jadi bernafsu sangat, please..

"Tutuplah pintu itu, kau nak orang lain tengok privasi kita berdua ke?" dingin saja dia menegur aku.

Tak semena-mena, aku menutup pintu bilik tersebut. Aku tak perasan pintu tu terbuka sebab aku leka dengan 'duniawi' sementara tadi.

"Kau ada bawa towel tak? Kalau tak ada, dalam bilik air itu.. aku ada bawakan untuk kau. Pakailah." ujarnya dalam nada mendatar. Tak bersungguh.

Aku sekadar mengetap bibir. Terus aku menghayunkan langkahku laju menuju ke bilik air.  Masuk sahaja ke dalam bilik air, aku tarik bafas lega. Phuh!!! Baru dapat bernafas dengan bebas sedikit.

Sekejap!

Dahiku sudah aku tepuk. Baju.. mana baju tidur aku ni? Aih, lupa pulak nak bawa masuk. Terpaksalah aku keluar lagi lalu terkebil-kebil aku mencari baju tidurku dalam bagpack aku itu.

Segan. Keluar saja, aku lihat Aqhif sudah duduk di sofa sambil bermain telefon. Rasanya, dia langsung tak sedar aku keluar semula dari toilet semata-mata nak ambil baju... kot?

Yurp, aku tak bawa towel pun. Dalam beg galas aku itu hanya ada baju tidur dan juga baju untuk esok. Bedak pun, bedak baby aje. Sis, tak seleralah nak make up bagai ni.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now