Bab 59

23K 686 4
                                    

Tengku Qilah berlari-lari anak mendapatkan Aqhif di unit kecemasan. Bila dapat berita kejadian yang menimpa Lara, Tengku Qilah segera bergegas ke hospital yang dinyatakan Aqhif. Dalam perjalanan dia berdoa agar Lara tidak apa-apa.

Makin risau dia bila Aqhif beritahu yang Lara disahkan sedang hamil. Makin gamak kalut yang bersarang dalam hati tua itu. Janganlah diapa-apakan bakal cucu sulungnya itu.

Bila matanya terpandangkan saja Aqhif sedang duduk sendirian di unit kecemasan, terus dia mendapatkan Aqhif.

"A-Aqhif, macam mana keadaan Lara? Dia okey ke? Doktor kata apa?" soal Tengku Qilah bertubi-tubi.

Aqhif terus mendongak memandang Tengku Qilah. Wajah sebaknya bertayang pada wajahnya.

"Sampai sekarang, Aqhif still tak dapat apa-apa berita dari doktor. Lara masih di bawah rawatan lagi. Dia masih ada dalam ICU.." balas Aqhif dengan nada mendatar.

Tengku Qilah mengucap lemah. Tempat kosong yang berada di sebelah Aqhif didudukinya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Qhif? Apa aje yang kamu berdua buat kat sana sampai jadi macam ni?" soal Tengku Qilah dalam nada sedikit marah.

Siapa yang tak marah. Dia fikirkan anak menantunya itu akan pergi dan balik dengan selamat tapi lain pula jadinya.

"Semuanya salah Aqhif. Aqhif yang salah. Kalau Aqhif tak ikutkan ego Aqhif sangat, mungkin Lara takkan jadi macam ni. Semuanya salah Aqhif." ujar lelaki itu dalam nada kesal.

Tengku Qilah mengeluh perlahan. Kasihan pula dia lihat anak terunanya menyesal macam itu. Walaupun dia tak tahu apa yang jadi tapi.. yang pasti benda itu pasti menyakitkan Aqhif.

Lama mereka berdua menanti di luar. Akhirnya, seorang doktor lelaki berbangsa Singkh keluar dari bilik tersebut. Wajah Aqhif dan Tengku Qilah dipandangnya silih berganti.

"Macam mana keadaan menantu saya, doktor? Dia baik-baik saja kan?" soal Tengku Qilah resah. Dia terus bangun merapati doktor tersebut.

"Bertenang puan. Keadaan baik-baik saja."ujar doktor itu. Sesekali dia mengerling Aqhif yang turut sama berdiri di sebelah Tengku Qilah.

"Boleh saya jumpa suami kepada puan Lara? Ada sesuatu yang saya nak cakapkan." sambung doktor tersebut sambil memandang Aqhif.

"Saya suami dia."

"Encik boleh ikut saya sekejap. Ada sesuatu yang saya nak bincangkan dengan encik." tuturnya dengan jelas dan terang.

Tanpa menunggu masa yang lama, Aqhif terus mengangguk sebagai jawapan. Setelah itu, dia menuruti langkah doktor itu ke pejabat.

"Jadi, macam mana dengan keadaan Lara doktor? Kandungan dia macam mana?" soal Aqhif tak menyempat.

Doktor tersebut mengeluh perlahan. "Macam nilah encik. Saya ada berita yang baik dan berita buruk. Berita baiknya, tiada sebarang kecederaan berat yang dialami oleh Puan Lara. Keadaannya stabil cuma.."

"Cuma apa doktor?" celah Aqhif resah. Risau juga dia dengan cuma doktor tersebut.

"Cuma jatuh yang dialami puan Lara itu beri kesan buruk pada janinnya. Saya tak pasti sama ada Puan Lara dapat pertahankan janin itu ataupun tak. Saya takut kalau isteri encik masih mahu meneruskan kehamilannya, akan berlaku komplikasi yang mungkin akan menyebabkan kedua-duanya akan kehilangan nyawa. Itu yang saya risaukan.." jelas doktor itu.

Penjelasan doktor singkh itu buatkan Aqhif jadi tergamam. Argh!! Apa kau dah buat pada Lara, Aqhif? Kenapa kau ni ego sangat? Bila semua benda ni jadi, pandai pula kau sedar diri?! Getus Aqhif sendiri.

"Habis itu, macam mana doktor?" soal Aqhif sudah mati akal.

"Saya sarankan encik pujuk Puan Lara untuk tidak meneruskan kehamilannya. Hanya itu saja yang mampu saya fikirkan buat masa sekarang ini untuk selamatkan nyawa Puan Lara." jawab doktor itu dengan wajah tenang.

Buntang mata Aqhif dibuatnya bila dengar jawapan doktor tersebut. Mana mungkin dia akan memujuk Lara buat begitu? Cukuplah dia jadi penyebab Lara jadi macam ni, takkan lah dia mahu jadi penyebab keguguran Lara pula. Aqhif jadi tersepit. Walau apapun, nyawa Lara lebih penting.

"Saya akan beri keputusannya nanti. Beri saya masa." ujar Aqhif dengan nada lemah.
...
"Lara.."

Dahiku berkerut. Tak silap kan telinga aku tadi. Rasanya tadi aku dengar suara Yara memanggil nama aku. Tergamam aku seketika.

"Lara, kau dengar aku panggil kau kan?" sapa seseorang lalu menyentuh bahuku dari arah belakang.

Serta-merta, aku memusingkan kepalaku ke belakang. Hampir buntang mata aku apabila melihat Yara di depan mata. Gadis itu sangat cantik bertudung dan berjubah putih. Hmm.. kecantikan gadis itu masih sama seperti dahulu tapi kali ini wajahnya kelihatan lebih berseri.

"Ya-Yara?" hampir gugur air mata aku bila bersemuka dengan Yara.

Terus, tubuh gadis itu aku peluk erat. Rindunya aku mahu bersemuka dengan Yara hanya Tuhan saja yang tahu.  Yara biarkan aku memeluknya malah pelukanku turut dibalasnya.

"Weiyh, tahu tak betapa rindunya aku nak jumpa kau! Kenapa baru sekarang kau nak datang jumpa aku? Sedih aku!" luahku masih bersisa air mata.

Yara tersenyum nipis. Dia meleraikan pelukannya lalu memegang kedua-dua belah bahuku. Kedua-dua belah mataku dipandangnya dengan rasa teruja.

"Aku pun rindukan kau, Lara. Kalau boleh, tiap-tiap hari aku nak ada di sisi kau. Tapi.. aku tak boleh. Kita dah lain sekarang. Tempat kita berdua dah berbeza.. hmm..." sebak saja nada suaranya. Aku lihat tubir matanya sudah bertakung air mata.

Tak semena-mena, aku sapu tubir matanya agar tidak mengalirkan air mata. Taknaklah tengok Yara menangis lagi. Selama ini, gadis itu sudah banyak menangis. Biar untuk kali ini, aku tak mahu lihat dia menangis. Serentak itu, bibir Yara menguntum senyum tipis.

"Aqhif jaga kau dengan baik sekali. Aku suka.. tengok kau gembira sekarang."ujar Yara tersenyum lebar. Kedua-dua belah tanganku digenggamnya erat.

"Tapi, hati dia masih pada kau, Yara. Dia tak sukakan aku."

Terus Yara gelengkan kepala. "Aqhif dah mula sayangkan kau tapi dia tak nampak semua itu. Usaha kau tak sia-sia, Lara. Sekarang, hati Aqhif milik kau.."ujar gadis itu sebelum tiba-tiba dia menghilangkan diri.

Mataku yang tadinya terpejam terus celik. Apakah?! Keringat-keringat  membasahi ubun kepalaku. Nafasku yang tadinya tidak teratur, aku aturkan. Aku mimpikan Yara?

Untuk seketika aku termenung. Huh.. mimpi. Aku fikir betul-betul tadi.

Tak semena-mena mataku terpaku pada sekeliling bilik yang aku duduki. Dahiku berkerut. A-aku kat mana sekarang ni.. Suasana bilik itu cuba aku teliti betul-betul.

Ho-Hospital?

"La... ra..."

Tergamam aku tatkala mataku terpandangkan kelibat seorang lelaki di sebelahku. Kepalanya dilentokkan di birai katil. Gayanya kelihatan sangat lelah.

A-Aqhif?

Tak salah ke telinga aku tadi? Aku dengar Aqhif seru nama aku.. Ya, aku tak salah..

"A-aqhif?" seruku perlahan. Namun seruan ku langsung tak menyedarkan lelaki itu.

Baru saja tangan aku mahu menyapa bahu Aqhif, tak semena-mena aku tarik tanganku semula. Kejadian sewaktu di tanah kubur itu buatkan aku berfikir dua kali. Wajah Aqhif, dia marah bila dapat tahu abang Paroq bersama Yara..

Argh!! Apa kau fikirkan Lara? Kau fikir Aqhif akan sukakan kau? Kalau dia suka kau mungkin dia takkan marah macam itu kalau tahu abang Paroq ada hubungan dengan Yara..

Terus air mataku mengalir membasahi pipi. Bodohnya aku..
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now