BAB 42

18.2K 663 6
                                    

Rantai yang dibelikan Tengku Qilah petang tadi, aku belek dengan perasaan bercampur baur. Tipulah kalau aku tak gembira dan juga suka tapi pada masa yang sama, aku juga turut rasa risau.

Aku risau kalau Tengku Qilah terbeban dengan harga rantai tersebut. RM47 000++ itu bukannya sedikit. Beli kereta kancil pun boleh lepas.

Rantai berloketkan huruf L itu aku tatap. Tak semena-mena bibirku meleret senyum. Entah kenapa, terasa rantai itu memang khas dibuatkan untuk aku. L untuk Lara Batrishah.

Dedaun pintu bilim yang ditolak dari luar buatkan aku terus alihkan mataku ke sana. Kelibat Aqhif memasuki bilik aku pandang. Serta-merta rantai tersebut aku sorokkan ke dalam kocek baju tidurku.

Aqhif melonggarkan tali lehernya sambil matanya melirik memandang aku yang ketika itu berada di sofa membaca buku. Dahinya berkerut.

Sesekali matanya dialihkan ke arah leher jenjang Lara. Rantai itu? Mana pergi rantai yang mama belikan itu?

"Aku dengar dari mama, kau keluar dengan dia. Betul ke?" Aqhif memulakan bicara.

Aku yang ketika itu pura-pura membaca buku serta-merta mengalihkan pandangan pada lelaki itu. Terus aku anggukkan kepala.

"Apa aje yang kau beli kat sana?" soal Aqhif dengan suara mendatar.

"Saya beli coklat, roti, aiskrim dengan potato's chip."aku senaraikan barang yang aku beli tadi.

Memang aku macam itu pun. Perempuan lain keluar shopping, duit habis pada baju, make up semua itu.. aku pula? Duit aku habis beli makanan. Alang-alang poket tengah berkepul itu, better isi perut kan?

Maklumlah, hidup hanya sekali. Maka, nikmatilah pelbagai jenis makanan selagi masih dapat bernafas di bumi Allah ni. Heheh..

Aqhif yang mendengar sekadar menggelengkan kepala. "Selain daripada itu, ada lagi?"

Aku sudah angkat kening. Ada lagi ke barang yang aku beli tadi? Aku cuba memerah otak untuk aku ingat semula barang yang dalam senarai belian ku. Rantai?

Bibirku aku ketap. Takkanlah, aku nak beritahu Aqhif yang mama belikan aku rantai? Ermm.. nanti mesti dia fikir macam-macam. Aku risau kalau dia fikir aku dah mula caras duit Tengku Qilah.

Apabila melihat aku masih berkira-kira untuk memberitahu nya. Aqhif menghela nafas berat. Selesai membuka tali lehernya, dia mengatur langkah mendekati Lara. Tempat kosong di sebelah Lara didudukinya.

"Aku dengar mama ada belikan kau rantai. Betul tak?" soal Aqhif memandang redup pada aku.

Terpana aku seketika. Macam mana dia tahu? Takkanlah semua benda Tengku Qilah ceritakan pada Aqhif?

"Macam mana abang tahu?"

Bibir Aqhif mengukir sengih senget. "Kau tak perlu tahu aku tahu dari mana. Kenapa kau tak pakai rantai itu?"

"Mahal."balasku dengan nada risau.

Kali ini Aqhif ketawakan aku. Aku sudah pandang bengang pada dia. Apa yang kelakar sangat? Aku cakap benda betul. Boleh pula dia galak ketawakan aku?

"Jadi, cuma sebab itu kau taknak pakai?" soal Aqhif.

Aku anggukkan kepala perlahan. "Rantai mahal tak sesuai untuk Lara." ujarku.

"Boleh aku tengok rantai itu?"

Ekor mataku mengalih pada Aqhif. Dia sudah menadah tangan mahu melihat cincin itu. Tak semena-mena rantai yang berada dalam kocek baju tidurku aku berikan ke telapak tangan Aqhif.

Rantai tersebut lalu dibeleknya untuk seketika. Serta-merta, bibir Aqhif melirik senyum.

"Siapa pilih ni?" soal Aqhif.

"Sa-saya."

"Pandai juga kau pilih rantai. Kena pula itu. Ini mesti sebab L untuk Lara betul kan?" duga Aqhif dengan senyuman lebar.

Tepat seperti apa yang dia duga. Aku anggukkan kepala. Sesekali mataku melirik wajah Aqhif. Dia seperti bangga sahaja bila dapat lihat rantai tersebut. Hmm.. padahal bukan dia yang beli pun, ajukku dalam hati.

Lelaki itu tak semena-mena bangun, rantai itu dibawanya sekali. Terus, Aqhif berdiri di belakangku. Walaupun sedikit janggal, aku biarkan juga.

Aku rasakan rantai tersebut disarungkan ke leherku. A-Aqhif sarungkan rantai itu pada aku? Aku biarkan saja dia pasang rantai itu ke leherku.

Setelah itu, Aqhif duduk di sebelah ku semula. Rambutku yang diikat sanggul dileraikannya. Rambutku paras pinggang terus terlepas. Aku lihat lirikan bibir Aqhif.

"Nampak cantiklah kau pakai rantai ni. Macam khas untuk kau." ujar Aqhif memuji aku.

Terus bibirku menguntum senyum bila dengar pujiannya. Okey, kali ini.. aku rasa mood Aqhif sangat okey. Sebab itulah dia puji aku, kalau tidak jangan haraplah nak puji bercakap pun tidak.

"Mama ada belikan apa-apa untuk aku tak?" soal Aqhif sudah berubah manja. Aku angkat kening. Aik, bila masa pula Aqhif ada perangai manja ni?

Aku gelengkan kepala. "Tak ada. Maybe, mama tak ingat abang kot."sakatku.

Terus Aqhif ketawa kecil. Aku sudah menyungging sengih. "Tak apalah, asalkan dia tak lupakan kau." ujar Aqhif.

Kata-katanya itu buatkan aku terkedu. Aqhif.. dah start ambil berat fasal aku?
...
Aqhif termenung sendirian di bilik bacaannya. Sengaja dia mahu ruangan sendiri untuk dia rehatkan fikirannya.

Sekarang ini, Aqhif perlukan masa. Mengganti seorang perempuan dengan perempuan lain dalam hatinya memang payah. Namun, selagi dia mampu dia akan cuba.

Usia perkahwinan mereka yang sudah menjangkau dua bulan itu bagai sekejap berlalu. Tak sangka, Aqhif dapat melalui bahtera perkahwinan ini walaupun tanpa ada rasa cinta pada Lara.

Bibir Aqhif menguntum senyum pendek. Nampaknya, berkahwin dengan Lara bukannya sesukar apa yang difikirkan. Walaupun pada awalnya, dia agak janggal namun bila kenali gadis itu lebih dalam.. Lara sangat baik.

'Lain kali bawa kereta itu, hati-hati..'

Kenangan tiga tahun yang lepas menyinggah kotak fikirannya. Dia pasti gadis yang menegurnya suatu ketika dahulu adalah Lara. Gadis yang hampir dilanggarnya dan bermulut cabul itu.. dia pasti itu Lara.

Nampaknya, dia jumpa Lara dulu daripada Yara. Tak sangka gadis itu menjadi isterinya. Aqhif menghela nafas panjang. Betullah. Perancangan Tuhan itu memang tiada batasnya. Semuanya sudah tersusun cantik dan indah.

"Kamu belum tidur lagi, Aqhif?" sapaan Tengku Qilah itu mematikan lamunan Aqhif.

Lelaki itu terus menoleh ke arah mamanya. Wanita yang berpakaian dress tidur itu merapati Aqhif lalu berdiri di sebelahnya.

"Kenapa mama tak tidur lagi?"soal Aqhif.

"Mama nampak kamu termenung dari bilik mama. Hm.. apa yang kamu menungkan itu?" soalan berbalas soalan.

Aqhif menghela nafas berat. "Entahlah. Aqhif masih fikirkan sesuatu."

"Kamu masih ragu-ragu lagi kan, Aqhif?" duga Tengku Qilah.

Tergamam Aqhif dibuatnya. Terkejut juga dia bila mamanya itu dapat tebak dengan betul.

"Macam mana mama tahu?" soal Aqhif.

Tengku Qilah menarik senyum panjang. "Telepati seorang ibu. Hmm.. mama rasa Aqhif dah cukup matang untuk buat keputusan yang terbaik. Mama tahu susah untuk lupakan orang yang kita sayang tapi sekarang Aqhif dah ada Lara. Kenapa Aqhif tak cuba untuk belajar cintakan dia?" soal Tengku Qilah.

Aqhif mengeluh kecil. "Aqhif dah cuba untuk belajar sayangkan dia tapi.. setiap kali buat macam itu Aqhif rasa seperti Aqhif paksa diri Aqhif untuk sayangkan dia."

"Aqhif tak boleh cuba. Itu salah. Cinta itu bukan perlu dicuba tapi perlu dirasa. Kalau Aqhif rasa dan kenal siapa dia Lara, mama yakin Aqhif akan mudah untuk cintakan dia."spontan sahaja Tengku Qilah menghamburkan bicaranya.

Kata-kata Tengku Qilah buatkan Aqhif berfikir dua kali. Nasihat mamanya itu ada benarnya juga. Selama ini dia memaksa terima Lara tapi langsung tak belajar untuk terima Lara.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now