Bab 5

15.7K 695 6
                                    

Pulang saja dari sekolah, aku tidak terus pulang ke rumah. Basikalku aku terus kayuhkan menuju ke tebing sungai. Hati aku memang parah sangat sedihnya. Kenapalah pada hari jadi aku ni, aku kena menangis?

Aku terus labuhkan punggungku di atas titi. Air mata yang sedari tadi mengalir aku kesat perlahan. Hmm.. kenapa semua taknak ingat hari jadi aku? Tahu tak isu happy birthday ni adalah isu sensitif untuk aku?

Aku tak perlukan hadiah mahal-mahal pun. Taknak bagi pun aku tak kisah. Asalkan diorang ingat hari jadi aku dan beri ucapan 'Selmat Hari Jadi'. Itu aje yang aku nak.

"Selamat Hari Jadi yang ke-15 tahun, Lara." ucap ayah sambil membawakan kek kepada aku.

Bukan main teruja lagi aku. Terus aku tanggalkan kasut sekolahku, lalu aku berlari anak menuju ke arah ayah. Pinggangnya aku peluk erat.

"Terima kasih, ayah." ucapku dengan tangisan gembira berjurai membasahi pipiku.

"Ayah aje, ibunya tidak ke?" soal ibu pula. Merajuk ler tu.

Aku sudah tersenyum-senyum. Terus aku peluk erat tubuh ibu. Haih, hangatnya badan ibu dan badan ayah ni.

"Terima kasih ibu ayah. Lara sayang ibu ayah. Saranghae!" aku terus buat bentuk hati guna tanganku.

Ayah dan Ibu sudah ketawa melihat gelagatku yang comel itu. Erm.. comel lah sangat. Ayah terus menghidangkan kek tersebut di meja ruang tamu. Ibu dan ayah duduk di sebelahku.

"Taknak tunggu abang kamu ke, Lara?" soal ayah sudah memanjang kan lehernya ke muka pintu.

Kelibat Paroq masih tak kelihatan. Bunyi enjin motor capuknya juga tak kedengaran. Aku sekadar angkat bahu lalu aku alihkan pandangan pada ibu pula. Untuk ini, biar ibu yang tentukan sama ada teruskan atau tak.

Dah tak sabar dah ni. Aku dah siap pegang pisau untuk potong kek sekarang ni. Bersinar aje mata aku tengok kek coklat yang terhidang di depan mata aku.

"Haih, si Paroqnya itu. Dia itu selalu sangat lupa hari jadi Lara. Dia kata dia nak beli hadiah untuk Lara. Tak apalah, teruskan aje."putus ibu menyapu-nyapu bahuku.

Aku menarik sengih. Tak kisah pun dengan abang Paroq tu. Birthday sendiri pun, dia kadang lupa.

Mengenangkan peristiwa itu buatkan aku rasa nak menangis aje. Itulah hari jadi aku yang terakhir aku sambut dengan papa sebelum dia jatuh sakit. Haih, hmm.. tiba-tiba rasa nak menangis aje.

Tidak mahu terus menerus bersedih hati, aku terus melangkah pulang ke rumah sambil memimpin basikal. Masam saja wajah aku. Tak ada mood lah nak senyum.

Setibanya di rumah, aku parkirkan basikal ku di bawah. Dahiku sudah berkerut. Kenapa sunyi semacam rumah ni? Hati aku jadi tak sedap tiba-tiba. Tolonglah, jangan cakap ibu dengan abang Paroq keluar.

Tombol pintu aku pulas. Argh!!! Terkunci?! Sah, ibu dengan abang keluar. Keluar tanpa ku pula itu? Sanggup diorang buat aku macam ni. Dahlah tak ingat hari jadi aku, sekarang pergi tanpa aku pula. Ni nak menangis ni.

Dengan perasaan yang dah sebak sangat-sangat, aku labuhkan punggungku di atas kerusi yang terletak di depan rumah. Dah berair tubir mata aku namun aku kesat.

Sungguh, hari ni memang hari paling menyedihkan untuk aku. Yang paling sedih, hari ini adalah hari jadi aku yang ke-17 pula tu!

"Lara."

Aku terus mengalihkan perhatian ku ke arah si gerangan yang memanggil namaku. Tergamam aku saat melihat Yara ada depan rumah aku. Dia tersenyum memandangku.

Terus aku merapati Yara. "Bukan hari ni kau ada mesyuarat ke? Awalnya kau balik?" soalku.

Dia sekadar menjungkit senyum. "Hari ni aku free. Jom teman aku pergi ke pekan sekejap. Nenda aku minta belikan ubat." ajuk Yara.

Aku mengeluh perlahan. Dengan langkah beratnya, aku ambil basikal ku semula. Aku dan Yara bergandingan mengayuh basikal menuju ke pekan. Sedari tadi, aku tengok Yara tersengih-sengih saja. Namun, aku tak ambil peduli. Tak ada mood lah.

"Kau kata nak beli ubat kan? Farmasi kat sebelah sana." ujarku sambil menuding ke arah farmasi yabg terletak di sebelah kedai jamu.

Yara memaut lenganku. "Kau ni, tolong jangan banyak tanya boleh tak? Ikut aje aku." arah Yara yang sudah bertegas.

Aku sekadar anggukkan kepala. Suka hati kaulah, Yara. Aku malas nak kisah.

Setibanya kami di dalam Restoran Kopitiam, mataku terbeliak.

"Happy Birthday, Nur Lara Aqisha. Happy birthday!!!" riuh rendah restoran tersebut.

Jelas, wajahku yang sangat terkejut. Aku lihat kesemua rakan sekelas ku, Ibu, abang dan juga yang lain turut sama memeriah kan pesta hari jadi aku ni.

Tak semena-mena air mataku mengalir deras. Kali ini aku menangis kerana terlampau gembira. Tubuh Yara terus aku peluk. Di bahunya, aku nangis semahunya. Yara mengurut belakangku perlahan.

"Mesti kau sedihkan sebab tak ada siapa ucap Happy Birthday pada kau kan, Lara? Sorry sebab buat kau menangis."ucap Yara.

Aku terus gelengkan kepala. Pelukanku terus aku lepaskan. Wajahnya aku pandang dengan rasa terharu.

"Kau ke yang buat semua ni?"soalku mengesat air mataku.

Yara menganggukkan kepala. Kedua-dua belah tanganku digenggamnya erat. Redup sahaja pandangannya memandang ke arahku.

"Ini happy birthday kau yang aku sambut untuk kali pertama. Jadi, aku nak buat kau gembira. Happy birthday, my bestfriend. Sihat selalu!"ucap Yara lalu mengesat air mataku.

"Hmm.. bila nak potong keknya? Abang dah lapar ni."gerutu abang Paroq memecahkan suasana sayu itu.

Aku sudah jengilkan mataku pada abang Paroq. Kacau line lah dia ni. Yara di sebelah ku sudah tertawa kecil mendengar lawak hambar abang aku tu.

Selesai lagu 'Happy Birthday' di dendangkan, aku terus meniup lilin. Aku buat hajat. Aku harap 'Persahabatan aku dan Yara akan kekal sehingga kami tua'. Phuhhh..
...
Abang Paroq yang ketika itu sedang leka menonton televisyen, aku dekati. Lelaki itu sudah pandang semacam kepadaku. Arghh!! Lantaklah..

"Ha-ha.. apa pula kali ni?" soal abang Paroq yang sudah dapat hidu kehadiranku ini kerana ingin berhajatkan sesuatu.

Aku sekadar tersengih sumbing. Haih, alang-alang abang dah tahu, better aku terus beritahu aje apa hajat aku berjumpa dengan dia. Senyumanku melebar.

"Erm, abang. Pak Cik Othman tu ada nak pakai orang tak? Dia nak pekerja lagi tak?" soalku sudah bersungguh.

Berkerut dahi abang Paroq dibuat nya. Pelik bila aku tanya soalan begini.

"Kenapa Lara tanya?"

"Lara rasa Lara nak kerja lah."

"Eh, Lara jangan nak memandai. Tahun ni Lara SPM kan? Jangan nak mengada. Fokus aje pada study dulu." bidas abang Paroq. Pantang betul dia dengar aku minta kerja ni.

Aku sudah muncung sedepa. Wajahku aku sudah buat muka sepesen.

"Alah, bukan Lara kerja tiap hari pun. Sabtu ahad aje. Takkan tak boleh." ujarku sedikit jengkel dengan larangannya itu.

Lelaki itu terus gelengkan kepala. "Tak boleh. Fokus aje pada study tu. Jangan nak memandai buat kerja lain pula."

"Habis itu, abang pun kerja juga masa SPM dulu. Kenapa Lara tak boleh pula?"

"Lara tu perempuan. Abang ni lelaki. Lara kena faham tu." sempat pula dia perlekehkan aku.

Aku mengetap bibir. Terus aku mendengus. Tanganku sudah aku silangkan ke dada. Tak puas hati betul pada keputusan abang Paroq ni.

"Lagipun buat apa Lara nak cari kerja? Tak cukup ke duit belanja sekolah yang abang bagi tu?" soal abang Paroq.

Aku mengetap bibir. Aku akhirnya mengeluh kecil.

"Bukan fasal tu. Lara nak simpan duit belikan hadiah untuk Yara. Bulan 12 nanti hari jadi dia. Lara nak beri dia hadiah yang special." ujarku.

Kali ini, Paroq sekadar angguk kan kepala. Dia diam untuk seketika. Sesekali, wajahku yang penuh mengharap dipandangnya.

Akhirnya dia mengeluh perlahan. "Okey, nanti abang beritahu Pak cik Othman."

Aku sudah senyum memanjang. Nasib baiklah, abang Paroq sudi untuk tolong aku.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now