Bab 40

18.9K 699 0
                                    

Selesai menidurkan Zafriq di dalam biliknya, perlahan-lahan aku keluar dari bilik budak tersebut. Aku menguap kelelahan. Penat, letih dan mengantuk. Tiga elemen yang sangat menyesakkan aku.

Mataku aku kuis-kuis kerana kelopak mataku sudah mahu tutup. Bila-bila masa saja aku akan tertidur, aku rasa. Ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai di luar, makin gamak aku mengantuk.

"Lara.." seruan Tengku Qilah mematikan langkahku.

Aku pusing ke belakang dan aku lihat wanita itu mengatur langkah mendekatiku. Terus aku gagahkan diri untuk buka mata. Tak baik kalau tiba-tiba tertidur depan mertua.

"Ya, ma.."

"Esok Lara free tak?" soalnya ingin tahu.

Aku menggelengkan kepala. " Rasanya, esok Lara tak buat apa-apa. Kenapa mama tanya?"

"Baguslah kalau macam itu. Mama ingat nak minta kamu teman mama berbelanja. Belum pernah lagi kan kita keluar berdua?" soal Tengku Qilah sedikit teruja.

Bibirku menguntum senyum nipis. Yurp betul. Sudah sebulan aku jadi menantu Tengku Qilah, belum sempat lagi aku berkeluar sakan dengannya. Selalunya, aku akan teman Tengku Qilah ke taman untuk beriadah. Bershopping bagai itu belum lagi.

"Boleh juga ma. Lara pun banyak juga barang nak dibeli."ujarku memberi kata putus.

Tengku Qilah menganggukkan kepala.Dia diam sejenak. "Kalau macam itu, lepas Zohor kita keluar eiyh??" cadang wanita itu.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Aku tak kisah pun sebenarnya nak keluar pukul berapa asalkan yang penting aku dapat tidur sekarang juga. Penat tau!

Selesai mencium tangan Tengku Qilah, aku terus mengatur langkah lemah ke bilik tidurku. Dalam mamai, aku perhatikan pintu bilik terbuka. Aku rasa Aqhif masih tak tidur lagi.

Belum sempat aku sampai, aku lihat kelibat Aqhif keluar dari bilik. Dia menuruni tangga. Kehadiranku di situ langsung tak disedarinya. Aku sudah jungkit kening. Hmm.. mungkin dia nak ke dapur barangkali.

Aku percepatkan langkahku memasuki bilik tidur. Buka sahaja pintu, aku lihat di atas katil kami, laptop abang Aqhif yang terpasang. Hmm.. haih, tak kat telefon, mesti dia main game kat laptop.

Itu sajalah yang lelaki bernama Aqhif tu tahu buat. Tidak mahu fikir panjang, aku bergegas menuju ke katil. Baru sahaja aku mahu membaringkan tubuh.

Aku lihat gambar seseorang di skrin laptop lelaki itu. Aku tergamam. I.. itu gambar Yara? Gambar Yara dengan Aqhif dulu-dulu.

Gambar itu menunjukkan gambar Yara berbaju kurung yang duduk bersebelahan Aqhif. Kelihatan muka kedua-dua mereka nampak gembira. Aku meleret senyum pahit.

Yara..

Kalau kau sayangkan Aqhif kenapa kau beri dia pada aku? Kenapa kau buat aku rasa diri aku seperti seorang perampas kepada kau? Keluhku berat. Mataku yang tadinya minta tidur,terus hilang. Kini, air mataku bergenang.

Nampaknya, Abang Aqhif masih ada hati pada Yara. Kenapa aku ni? Mestilah dia akan ingat pada Yara sebab Yara cinta dia dan dia juga cintakan Yara. Aku ni cuma beban pada lelaki itu.

Ya, cuma beban. Kerana wasiat itu, Aqhif korbankan pilihannya dan terpaksa berkahwin dengan aku..

Kelibat Aqhif memasuki bilik tidur aku pandang. Tak semena-mena air mata yang berbekas di pipiku aku seka lalu wajahnya aku pandang dengan perasaan serba-serbi.

"Kenapa kau ni?"soalnya bila melihat mataku berubah merah seperti baru lepas habis menangis.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Senyum kelat, aku berikan pada Aqhif. "Tak ada apa-apa." dalihku.

Aqhif mengangguk perlahan. Dia mengambil tempat di hadapan laptopnya semula. "Kau dah nampak gambar aku dengan Yara kan?" duganya mengalihkan matanya pada aku.

Bibir aku tersenyum tawar. Lalu aku anggukkan kepala. "Ya, saya nampak gambar itu."

"Saya tiba-tiba jadi rindu pada dia. Dalam seumur hidup saya, dialah satu-satunya kawan yang susah senang sama-sama dengan saya.Tanpa dia mungkin saya takkan kenal apa erti persahabatan yang sebenar." tambahku dengan keluhan berat.

Aqhif yang mendengar luahan hatiku mengeluh berat. " Yara itu.. dia perempuan paling istimewa yang pernah hadir dalam hidup aku. Dialah perempuan pertama yang buat aku belajar untuk setia. Hmm.. takkan sesiapa pun dapat.." Aqhif terus mengantung ayatnya. Dia mengeluh berat.

"Lupakan. Sekarang dia dah tak ada dan semua tentang dia pun sudah jadi kenangan."keluh Aqhif dalam mendatar.

Terus komputer ribanya ditutup lalu dimasukkan ke dalam laci. Suasana hening membelengu aku dan abang Aqhif. Kami sama-sama terdiam.

Guruh yang menyambar langit sahaja yang menjadi tatapan telinga. Aku tak dapat tidur. Apa yang Aqhif katakan tadi memang tak dapat aku cernakan dalam otakku...

Adakah tadi dia nak cakap yang tak ada sesiapa dapat gantikan Yara dalam hati dia? Aku menduga sendiri. Aku mengeluh perlahan.

Sesekali aku kerling ke belakang. Aqhif juga turut tidur membelakangi aku. Dengan berhati-hati, aku pusingkan tubuh menghadap belakangnya. Bibirku menguntum senyum.

Ya.. aku ni memang layak dipanggil seorang perampas. Perampas paksa rela. Kerana aku sudah rampas Aqhif daripada Yara kerana wasiat paksa Yara itu. Hmm..

Air mataku tak semena-mena bergenang. Apalah nasib aku ni. Aku.. berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintai perempuan lain dan perempuan itu adalah kawan baik aku sendiri. Takkan aku nak biarkan kami hidup terus menerus begini. Aku dilayan dingin oleh Aqhif, kadang dia okey... kadang dia tak okey. Aku manusia yang ada hati.

Tipulah kalau aku cakap hati aku tak terbuka untuk lelaki itu. Hidup sebulan dengan dia, dia buka mata aku mengenali dirinya. Satu-persatu kelemahan dan kekuatannya menarik minat aku untuk mencintainya. Aku takut untuk mengaku tetapi, aku rasa aku dah mula sayangkan dia.

Tanpa aku sedar, Aqhif juga turut sama memusingkan tubuhnya menghadap aku. Terkejut dia apabila melihat air mataku mengalir. Tak semena-mena dia menyeka. Tergamam aku dibuatnya.

"Ab-Abang Aqhif?"

"Kenapa kau menangis ni?"soalnya lembut. Aku ketap bibir lalu aku alihkan mataku memandang tempat lain.

Aku gelengkan kepala. "Tak ada apa-apa. Mata saya masuk habuk." bohongku sambil menguis-nguis mata yang sudah merah.

Aqhif tertawa kecil. "Kelentong aku lah tu." sakatnya dengan nada lembut.

Aku mengetap bibir. Mataku dan mata Aqhif bertatapan antara satu sama lain. Tergamam aku dibuatnya bila melihat mata hazel milik Aqhif. Cantik. Aqhif juga memandangku redup.

Ubun rambutku dibelainya lembut. Kemudian tangannya perlahan mengelus pipiku. Entah kenapa, aku langsung tak membantah perilakunya itu. Aku biarkan saja. Leherku diusapnya perlahan. Aku menutup mata rapat.

Tak semena-mena tangan Aqhif memaut pingangku lalu menarik tubuhku merapati tubuhnya. Hembusan nafasnya menyapa wajahku. Hangat dalam kedinginan air-cond.

Lembut sahaja dahi aku dikucupnya kemudian kedua-dua belah mataku diciumnya, hidungku sehingga akhirnya.. dia menyentuh bibirku. Aku tergamam namun aku tak menepis.

Malam itu, aku beri peluang untuk dia menikmati segalanya. Sekurang-kurangnya, sekarang aku dan Aqhif tidak ada lagi hutang antara satu sama lain. Walaupun, mungkin kami lakukan itu bukan atas dasar cinta tapi atas sebab tanggungjawab aku sebagai isterinya dan tanggungjawab dia sebagai suamiku.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now