Bab 58

21.8K 694 5
                                    

"Nampak abang Paroq tak?" soal Aqhif merapati aku di ruang tamu.

Terus aku menggelengkan kepala. Sejak sarapan pagi lagi, kelibat abang Paroq tidak kelihatan. Selama tiga hari aku dalam rumah, abang Paroq akan sentiasa jarang ada di rumah. Haih, dia sendiri yang minta aku balik ke rumah tapi dia pula yang selalu tak ada kat rumah..

"Lara pun tak nampak dia juga. Kenapa abang nak cari abang Paroq?" soalku mengalihkan pandanganku pada  Aqhif.

Aqhif mengeluh perlahan. Dia mengatur langkah ke arahku, lalu tempat duduk di hadapanku didudukinya.

"Abang nak bincangkan fasal cafe dengan Paroq. Abang dah buat keputusan nak ambil dia jadi pengurus untuk syarikat abang." ujar Aqhif dengan nada mendatar. Sesekali telefon pintarnya diusik.

Tergamam aku bila dengar kata-kata Aqhif. Agak terkejut sebenarnya dengan keputusan yang dibuat Aqhif. Tak sangka dia boleh letak kepercayaan yang begitu besar pada bahu abang kandung aku itu.

Memang sejak sekolah rendah lagi, abang Paroq sudah mulai menunjuk kan rasa minatnya dalam meniaga. Semasa di sekolah dulu, abang akan selalu jual barang-barang sekolah, makanan-makanan ruji dan benda lain secara sorok-sorok. Arwah ibu aku pun tak tahu tentang kegiatan abang Paroq tu.

Beberapa kali jugalah abang Paroq kantoi tapi lepas itu dia buat balik. Baginya, meniaga itu tak ada istilah putus asa.

"Kenapa abang sampai terfikir nak ambil abang Paroq jadi pengurus? Abang yakin yang abang Lara itu dapat handle tugas itu?" soalku cuba mencari kepastian.

Aqhif meleret senyum. "Since Lara sendiri yang cerita pada abang tentang semua itu. Abang akan percaya. Memang kalau kita nak tengok orang itu berjaya dalam bisnes, kita boleh nampak dari tinggi mana minat dia menceburi bidang ni. Dan.. abang yakin yang abang Paroq dapat handle tugas pengurus ni. Abang pun sejak kebelakangan ni sibuk dengan projek syarikat jadi abang tak ada masa nak tengok kafe."jelas Aqhif panjang lebar.

Aku sekadar anggukkan kepala. Rancangan yang bersiar di kaca tv aku pandang. Harap saja mataku merenung tv tapi fikiranku menerawang ke tempat lain. Entah kenapa, hati aku meminta aku untuk melawat kubur Yara.

Ermm.. dah lama juga aku tak datang menziarah teman aku itu. Kali terakhir aku datang, tiga minggu lepas. Setiap kali aku datang, aku akan kirimkan air bunga dan juga bacaan yasin. Sentiasa aku doakan arwah kawan baik aku itu ditempat kan di kalangan orang-orang yang beriman.

"Abang, boleh saya nak minta sesuatu daripada abang tak?" soalku merenung wajah Aqhif yang ketika itu sedang leka bermain game di telefonnya.

Aqhif terus mengalihkan pandangan nya pada aku. "Lara nak apa?"

"Boleh abang hantarkan Lara ziarah kubur Yara?" kali ini permintaanku mengundang wajah Aqhif yang sedikit tersentak. Matanya dialihkan ke tempat lain.

Lama Aqhif mendiamkan diri sebelum akhirnya satu keluhan berat dilepaskannya. Wajahku dicarinya semula dengan ekor mata.

"Boleh. Bila Lara nak pergi?"
"Sekarang." ujarku.

Aqhif sekadar menganggukkan kepala. "Erm.. kalau macam itu, Lara bersiap sekarang. Abang tunggu dalam kereta."
...
Kereta yang dipandu Aqhif akhirnya tiba di tanah perkuburan Islam di mana jasad Yara ditempatkan. Selesai mematikan enjin kereta, Aqhif mengatur langkah mendapatkan aku yang sudah maju beberapa langkah daripadanya.

Cahaya mentari sedikit terik pada pagi itu walaupun jarum pendek baru menuding angka 11 pagi. Kerana itu, Aqhif berkaca mata. Lelaki itu segak berbaju melayu, berseluar jeans manakala aku pula berbaju kurung dan berselendang biru.

Dalam perjalanan menuju ke pusara Yara, aku dan Aqhif lebih banyak diam. Mungkin memberi penghormatan dan menjaga adab sewaktu di kawasan perkuburan. Walau dimanapun, adab masih perlu dijaga.

Langkahku bertukar perlahan bila mataku tak semena-mena terpandangkan seseorang di pusara Yara. Aqhif yang ketika itu membuntutiku dari belakang turut sama memperlahankan langkahnya. Aqhif nampak apa yang aku nampak. Seorang kelibat lelaki sedang duduk bersila sambil membacakan yasin untuk  Yara.

Perlahan-lahan, aku aturkan langkah merapati pusara Yara. Makin dekat, wajah lelaki itu kelihatan makin jelas. Hampir tergamam aku tatkala melihat kelibat Abang Paroq berbaju T-shirt lengan pendek  disertai songkok hitam di atas kepala.

"Paroq?" suara garau Aqhif memecahkan keheningan kami bertiga.

Abang Paroq yang ketika itu sedang leka membacakan yasin terus mengalihkan pandangannya pada kami berdua. Jelas riak terkejut bermain di wajahnya. Serta-merta dia berdiri bila kelibat aku dan Aqhif mendekati.

"A-Aqhif? La-Lara?"terketar lelaki itu menyebut nama aku dan Aqhif.

Aqhif berkerut dahi. Atas bawah Paroq dipandangnya sebelum ekor matanya menjeling pusara Yara yang sudah basah dengan air bunga-bungaan. Aku di belakang Aqhif sudah membisu.

"Kau buat apa kat sini?" soal Aqhif dengan nada mendatar. Serius.

Paroq mengeluh perlahan. " Aku boleh explain. Aku.."

"Aku taknak explaination. Aku nak dengar apa kau buat datang ziarah kubur Yara? Kau bukan siapa-siapa dia dan.. function?" bertubi-tubi soalan Aqhif hamburkan pada abang Paroq.

"Ya-Yara itu.." belum sempat abang Paroq mahu menghabiskan kata-katanya, aku mencelah.

"Yara itu pernah jadi kekasih abang Paroq. Tak salah kalau dia datang nak melawat kubur bekas kekasih dia kan, abang Aqhif?" balasku bagi pihak abang Paroq.

Tersentak abang Paroq bila dengar jawapan yang dihamburkanku. "Macam mana Lara boleh tahu?"

Aku memandang abang Paroq. "Lara tak sengaja jumpa barang lama abang. Lara nampak semuanya. Gambar abang, surat yang Lara bagi pada abang.. Lara tahu." ujarku mendatar.

"Sejak bila korang bercinta?" celah Aqhif dalam nada sedikit menggertak.

Paroq mengeluh berat. Pusara Yara dipandangnya sayu. "Aku.. bercinta dengan dia sejak dia kenal Lara lagi dan aku minta maaf kat kau.. masa kau bertunang dengan Yara itu pun, aku dengan dia kembali bercinta sebab itu semua atas permintaan dia." jawapan abang Paroq mengundang riak terkejut aku dan Aqhif.

Aku pun tak tahu fasal itu. Aku ingat mereka bercinta sekejap aje. Hmm.. patutlah dalam surat itu Yara kata nak bersama dengan abang Paroq semula..

"Tak guna!!" sebuah tumbukan Aqhif hadiahkan pada pipi abang Paroq. Terpana aku dibuatnya bila lelaki itu mulai berkasar.

Abang Paroq terus rebah ke atas pusara Yara. Pipinya sudah merah dan bibirnya juga kelihatan berdarah. Terus nama abang Paroq aku seru.

"Aqhif, cukuplah! Ini kubur tahu tak?!" gertakku bila melihat Aqhif seperti mahu membelasah abang Paroq semula.

"Aqhif, bawa bertenang Qhif. Kita jangan cari fasal kat sini. Ini kubur!" abang Paroq pula bersuara.

Aqhif langsung tak pedulikan kata-kata Abang Paroq.  Dia terus menarik kolar baju T-shirt abang Paroq. Tangan kanannya sudah diangkat untuk menumbuk abang Paroq namun pantas aku datang menghalang.

"Cukuplah, abang Aqhif! Cukup!!!" lantang aku menghalangnya.

Namun, entah mana silapnya, Aqhif menepis kasar tubuhku membuatkan aku terus jatuh lalu bergolek untuk beberapa kali. Akhirnya aku terbaring lemah di atas tanah. Perutku yang terasa perit aku tekan kuat. Air mataku mengalir deras.

Sakit!! Erangan ku semakin kuat. Pandanganku juga mulai berpinar dan kabur sehinggalah akhirnya mataku terpejam rapat.

A-Aqhif..

"Lara! Sedar Lara!!"itulah suara terakhir yang menyapa halwa telingaku sebelum akhirnya aku pengsan tidak sedarkan diri.
...


Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now