Bab 19

13.5K 631 1
                                    

Abang Paroq memaauki bilikku. Wajahnya sudah berkerut serba-serbi. Aku yang ketika itu sedang berbaring di atas katil langsung tak pedulikan riak wajah lelaki itu. Malas nak fikir.

"Lara tak kasihan ke dengan si Farish itu? Sudah dua hari dia datang duduk depan rumah itu. Pergilah jumpa dia." pujuk abang Paroq.

Aku pura-pura tak peduli. Telefon pintarku masih aku hadap. Peduli apa aku? Kejadian dua hari lepas masih tak dapat aku lupa. Macam mana cara ayah dia itu hina aku, hina keluarga aku.. huh!

"Lara, pergilah jumpa dia.."abang Paroq cuba untuk pujuk aku kali ini.

Akhirnya aku mengeluh perlahan. Ekor mataku beralih pada abang Paroq. Aku terus membetulkan posisi ku kepada duduk bersila di atas katil.

"Abang peduli sangat dengan dia kenapa? Suka hatilah dia nak buat apa pun. Lagipun bukan Lara yang minta dia datang kan? Dia aje yang menggedik nak datang. Padanlah."balasku dengan rasa acuh tak acuh.

Abang Paroq sekadar gelengkan kepala. Dia faham perangai keras kepala aku ni. Kalau A lah aku kata, A lah jawapannya. Tidak ada komprominya di situ.

Lelaki itu terus memasuki bilik tidurku lalu melabuhkan punggung di birai katil. Aku pula sudah mengetap bibir.

"Apa sebenarnya yang jadi pada korang berdua ni? Waktu itu elok aje bergurau manja, sekarang jadi macam ni pulak. Cuba cerita sikit, abang nak dengar."tiba-tiba pula dah abang Paroq jadi super caring. Kadang aje itu, selalunya dia tak kisah.

Aku menjeling ke tempat lain. " Abang tak payah tahulah. Benda kecil aje pun."balasku dalam nada acuh tak acuh.

"Habis itu? Kenapa nak marah sangat dengan dia?" soal abang Paroq dengan dahi berkerut.

Aku mengetap bibir. Wajah abang Pariq aku pandang serba-serbi. Sebab ayah dia dah hina keluarga kita, abang. Mahu saja aku beritahu perkara itu pada abang tapi aku tak mahu ada benda jadi pula nanti.

Satu keluhan aku lepaskan. Terpaksa. "Fine. Lara jumpa dia." ujarku.

Terus aku menghayun langkah meninggalkan bilik menuju ke pintu rumah. Berat pula langkah aku bila makin mendekati pintu rumah yang masih tertutup.

Perlahan-lahan aku buka lalu mataku meliar mencari kelibat Farish. Tergamam aku melihat Farish sudah duduk di lantai sambil bersandar ke tiang rumah kami.

Lantaklah, dia yang nak buat macam itu. Aku tak suruh pun. Egoku masih melangit.

Tak semena-mena aku berdehem kecil. Terus Farish mengangkat wajahnya memandang ke arahku. Tergesa-gesa dia bangun lalu menerpa ke arahku. Wajahku masih menggumam bengang. Yup, langsung tak ada senyuman menghias di bibirku.

"Lara.. kenapa kau buat aku macam ni? Apa sebenarnya yang papa aku cakap dengan kau sampai kau layan aku macam ni?" bertubi-tubi soalan dihamburkan lelaki itu pada aku.

Aku mengetap bibir. Sesekali aku jeling ke dalam rumah. Takut-takut kelibat ibu dan abang ada datang menyinggah. Phuhh.. tak ada.

"Boleh kita bincang kat tempat lain tak?"soalku dalam nada mendatar.

Laju sahaja Farish mengangguk. "Boleh, kat mana?"

Aku menjuihkan bibirku ke arah pokok yang berada di hadapan rumahku. Port yang sesuai untuk membincangkan perkara serius seperti ini.

Farish menganggukkan kepala. "Jom."sahutnya.

Kami berdua jalan bergandingan menuju ke arah pokok tersebut. Farish cuba untuk merapatiku namun aku terus menerus mengelak. Menyampah.

"So, what's now?"soalnya apabila kami tiba di bawah pokok rambutan itu.

Aku mengeluh kecil. Wajahnya aku pandang dengan rasa serba-serbi.

"Lebih bagus kalau lepas ini kau tak datang jumpa aku dan tak kenal aku langsung. Anggap aje ini adalah pertemuan kali terakhir kita." ujarku dalam nada serius.

Terkedu Farish dibuatnya. Matanya buntang memandang aku. "Kenapa kau cakap macam itu? Apa salah aku?"

"Ya, kau memang salah. Kalau tak disebabkan kau ada perasaan pada aku, aku takkan kenal siapa ayah kau dan keluarga aku takkan dihina oleh ayah kau! Faham!!!" gertakku dalam nada marah. Air mataku menitis.

"Ayah aku.. hina keluarga kau?" lambat-lambat Farish bertanya kan soalan. Dia seperti tak percaya saja. Ayah yang dikenali nya sangat baik dan penyayang.

Aku menganggukkan kepala. "Ayah kau perli keluarga aku dan kata aku ni.. hmm.. kau, dan aku.. tak sepatutnya kenal. Dan, kau tak boleh ada perasaan pada aku. Kita berbeza."balasku.

Farish mengeluh kecil. Dia menundukkan pandangannya memandang lantai bumi. Bibirnya diketap rapat.

"Tolonglah,Farish. Buanglah perasaan kau itu jauh-jauh. Ada banyak lagi perempuan yang sesuai untuk kau. Kalau boleh, tolong lupakan aku dan jangan kenal aku langsung."rayuku bersungguh.

"Kau fikir senang ke kalau nak lupakan seseorang yang kita dah sayang?"

Aku mengetap bibir. "Boleh kalau kau cuba. Aku harap pertemuan ini adalah pertemuan kita untuk kali terakhir. Aku harap lepas ini kita takkan jumpa." ucapku.

Tak mahu berlama-lama, aku terus menghayun langkah meninggalkan Farish di belakang. Entah kenapa, hati aku jadi hiba pula. Aku kasihankan lelaki itu.

Dialah lelaki yang bagi aku kurang waras kerana mempunyai perasaan pada aku. Huh, entah apalah yang dia nampak pada aku pun aku tak tahu. Kecantikan? Keseksian? Keindahan? Aku tak memiliki semua itu..

Maaf Farish, aku reject kau.
...
Air mata Yara mengalir deras. Kepalanya sakit bagai mencengkam. Yara cuba menahan namun kudratnya tak mampu untuk menandingi kuasa Tuhan.

Arghhhhhh!!!!!

Teriakan Yara buatkan seisi rumah itu terjaga. Serta-merta kedua ibubapa Yara menerpa masuk ke dalam bilik gadis itu. Tubuh Yara yang sudah meronta-ronta didekatinya.

"Yara!! Yara, sayang!! Kamu dengar mama kan?!" menangis Datin Sri Maimon memanggil nama Yara.

Gadis itu masih meronta-ronta di atas katil. Matanya dipejam rapat. Kesakitan di kepalanya makin lama makin mencengkam. Dia dengar suara ibunya namun dia tak mampu menyahut.

Akhirnya Yara menarik nafas dalam. Kesakitan di kepalanya makin beransur hilang. Perlahan-lahan Yara buka mata dan dia lihat ibu dan ayahnya sudah memandang risau ke arahnya. Begitu juga doktor peribadinya.

"Mama.." serunya dalam nada perlahan. Tangan Datin Sri Maimon dicapainya lalu digenggam erat.

Dalam nada sebak, Datin Sri mencium lembut tangan Yara yang sudah sejuk. Keringat-keringat yang membasahi dahi Yara disapunya menggunakan sapu tangan.

"Apa sayang?" soal Datin Sri Maimon masih tak lekang menangis.

"Yara.. nak.. jumpa.. Lara.." perit dia menyebut perkataan demi perkataan. Air matanya berbirai turun.

Yara tahu masanya takkan panjang. Biarlah sebelum dia pergi, dia dapat bahagia. Hanya Lara saja yang dia perlukan ketika ini. Hanya kawan baiknya itu saja.

Datin Sri Maimon mengalihkan pandangan ke arah Dato' Sri Mokhtar. Mata mereka seperti berbicara antara satu sama lain. Perlahan-lahan Dato' Sri Mokhtar menganggukkan kepala perlahan. Dia mengalihkan pandangannya pada Yara.

"Okey. Esok papa bawa Lara jumpa Yara. Yara jangan risau." janji Dato' Sri Mokhtar lalu mengelus lembut pipi Yara yang sudah cekung.

Bibir Yara yang sudah pucat menguntum senyum. Terima kasih pa, Terima kasih ma.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now