Bab 45

18.1K 643 3
                                    

Pinggang sudah aku cekak. Satu persatu barang kering dan barang basah aku perhatikan. Bibirku sudah menguntum senyum tatkala kepalaku ligat memikirkan sesuatu untuk dimasak. Masakan aku hari ini perlulah istimewa kerana.. hari ini adalah hari jadi Aqhif yang ke-27 tahun.

Tak salah rasanya kalau aku mahu buat kejutan untuk Aqhif kan? Lagipun, mesti dia akan rasa seronok kalau ada orang sambut hari jadinya, lagi-lagi kalau orang itu adalah isterinya. Aku mencebik lalu tersenyum kecil. Ih, perasannya kau, Lara!! Haha..

Aku harap apa yang aku buat ni akan rapatkan hubungan kami sebagai suami isteri dan robohkan benteng janggal antara kami berdua. Tak sabar rasanya mahu melihat Aqhif senyum bila tengok apa yang aku buat ini. Membayangkan itu, aku pula yang rasa sangat teruja.

Okey, I get it! Aku nak masak sebanyak-banyaknya macam buat kenduri. Kek? Aku akan cuba usahakan untuk buat kek sendiri. Dalam kepalaku, aku sudah mencanang inti kek tersebut, perisanya dan hiasannya. Kalau boleh aku nak lukis muka Aqhif sebiji atas kek tersebut. Baru dia nampak usaha aku itu!

Maka sesi masak memasak pun bermula. Tepung diuli, minyak masak pula dipanaskan.. aku harap apa yang aku masak ni dapat menambat hati Aqhif. Bak kata orang, kalau nak ikat suami.. ikat perut dia dulu. So, aku akan buat perut Aqhif buncit kerana makan masakan aku yang Se... DAP ni!

Hampir dua jam juga aku berperang dalam dapur itu. Adalah dua tiga kali aku cuba untuk buat kek tapi.. erm.. sedihlah. Asyik tak jadi aje. Tak empuklah, keras sangatlah. Stress aku dibuatnya.

Makanan sampingan yang lain semuanya dah siap. Ada pasta kegemaran Aqhif, brownies yang Aqhif juga suka dan adalah dua tiga makanan lain yang malas aku nak sebut.

Akhirnya, aku duduk termenung di meja makan. Baru ingat nak buat kek yang paling sedap tapi erm.. haprak. Nampaknya bakat chef aku ni ada limitednya juga. Apron yang tersarung pada tubuhku aku buka lalu aku gantungkan ke kepala kerusi. Phuh!!!

Macam mana nak sambut birthday kalau kek hari jadinya tak ada. Ibarat pakai eyeshadow tanpa eyeliner saja rasanya. Sangat tak kena dan tak lengkap. Tak semena-mena aku mengeluarkan telefon pintarku.

Tiba-tiba otak aku yang sudah sedia ada pandai ini terfikirkan sesuatu. Cafe Aqhif tak silap aku ada jual kek juga. Sedap pula itu. Patut ke kalau aku.. erm, beli ajelah.

Erm.. sebelum itu..

'Salam, abang. Hari ni abang balik pukul berapa? Lambat tak?'-kirim.

Aku menunggu sekitar lima minit. Hmm.. Aqhif sibuk ke? Aku sudah berteka sendiri. Balasan daripadanya masih aku tunggu. Sesekali aku belek telefon pintarku.

'Tak sure lagi. Kenapa tanya?'-Aqhif.

'Tak ada apa-apa. Erm.. saja tanya. Lama tak?'-kirim.

Aku belek pesanan yang aku kirim itu semula. Aku sudah gigit kuku. Bukan tadi aku dah tanya soalab itu ke? Terus aku tepuk dahi. Aduh!!! Lara !!!

'Tak sure lah.'-Aqhif.

Hmm.. jangan balas Lara. Jangan balas! Biarkan whatsapp nya itu diblue tick kan. Nanti makin merepek pula soalan yang kau tanya pada dia nanti.

Telefon pintarku terus aku masukkan ke dalam kocek seluar jeans ku. Aku memanjat tangga mahu berkemas. Nak pergi cafe Aqhif dan beli kek. Lepas itu, bila dia balik aje terus cakap..

'Selamat Hari Jadi abang Aqhif, selamat menjadi tua! Jadi suami yang baik selalu dan abang yang bagus untuk Zafriq.'.. erm macam gitulah ucapan nya nanti. Harap dia dalam mood okey, bolehlah aku ajak bergurau sedikit.

Haha.. kasihan kan aku? Nak bergurau dan bermanja dengan suami sendiri pun kena tengok mood dia? Haha.. tak apalah, simpan kan aje rasa kasihan korang itu. Aku okey!
....
Selesai membayar tambang teksi, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke kafe Aqhif yang terletak tidak jauh tempatku berdiri. Bibirku menguntum senyum tatkala melihat dekorasa kafe dari luar.

Kalau luar pun dah nampak sangat ekslusif, dalamnya pasti akan terpegun. Bangga. Aku bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kafe ni sendiri.

Ketika aku mahu melintas jalan, mataku terus terpandangkan kereta Audi Aqhif. Dahiku sudah berkerut. Dia.. ada dalam kafe ni? Terus aku teguk liur. Erk?

Kalau dia ada kat kafe, macam mana aku nak belikan kek hari jadi untuk dia? Tak suprise lah nanti. Mesti dia dapat teka.. apa aku nak buat dengan kek itu.

Aku sudah berkira. Patut ke aku beli kat kafe Aqhif atau beli kat tempat lain aje? Erm.. ergh!! Susah betullah jadi perempuan ni, selera complicated sangat.

Akhirnya, aku buat keputusan muktamad. By hook or by crook, aku nak beli juga kek buatan kafe  Aqhif.

Baru aku mahu masuk, langkahku mati. Terus aku undurkan kaki ku belakang. Mulutku aku tekup. Apakah? Tak salah ke mata aku tadi?

Bukan ke.. i.. itu Aqhif tapi dengan perempuan mana yang dia duduk itu? Mataku buntang. Aku mengetap bibir. Sekali lagi, aku panjangkan leherku. Aku mahu pastikan apa yang aku nampak itu tak betul.

Namun..

Luluh hatiku dibuatnya. Mata aku tak silap. Itu memang Aqhif. Dan.. dia duduk berduaan dengan seorang gadis. Berbual-bual sakan, bergelak ketawa dan huh!!.. air mataku berbirai turun.

Makin aku seka, makin hebat dia mengalir. Luluh hati aku hanya Tuhan saja yang tahu. Kenapalah aku ni bodoh sangat? Apa yang kau harapkan Lara?

Kau terlalu meletakkan harapan setinggi langit tanpa kau sedar siapa kau sebenarnya. Mana mungkin Aqhif akan tempatkan kau dalam hati dia. Kau fikir kau layak ke gantikan tempat Yara? Kalau taste dia dah high, jangan pernah kau terfikir yang kau akn tersenarai dalam gadis pilihannya.

Dengan langkah berat, aku meninggalkan kafe tersebut. Hati aku yang sangat sakit ini aku bawa pergi. Kenapalah hati aku ni diajar untuk mencintai seorang lelaki yang tak pernah cintakan aku?

Pfft.. bodohnya kau Lara. Tersangatlah bodoh. Kau fikir bila kau dah jadi isteri dia, semudah itu hatinya untuk kau?

Kepalaku tak semena-mena mengerang sakit. Argh!! Kepalaku yang semakin berat aku pegang kuat.

Bertahanlah Lara.. kalau nak pengsan pun, biar kat rumah. Jangan kat sini..
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now