Bab 2

19.7K 829 15
                                    

Seperti malam-malam sebelum nya, kedai burger Paroq dibuka. Belum sempat susun barang, dah ada dua tiga orang pelanggan yang bertandang. Meriah betul rezeki jualannya.

"Bang, nak burger ayam special. Cheese lebih eiyh?"pesan seorang budak berusia sekitar enam tahun.

"Okey." jawab Mail memberikan senyuman kepada budak tersebut.

Mail merapati Paroq yang sedang memasak daging burger. Bahu Paroq ditamparnya perlahan. Paroq sekadar angkat wajahnya untuk sejenak.

"Burger ayam special. Cheese lebih satu."beritahu Mail pada Paroq.

Paroq yang ketika itu sibuk menekan daging burger sekadar memberikan anggukan kecil. Tangannya laju memecahkan telur ke atas dulang pemanggang lalu meletakkan daging ayam ke atas telur tersebut. Macam dah pro aje. Cepat dan cekap.

"Rezeki kita hari ni boleh tahan lumayan juga. Untung lebih sikit daripada semalam."beritahu Mail.

Burger yang sudah disusun dibalutnya kemas ke dalam plastik lalu digantung ke atas penyangkut. Pelanggan just ambil aje bila Mail sebut nama pelanggan tersebut.

"Baguslah kalau macam itu. Bulan lepas, kita dah banyak keluar modal untuk beli bahan. Output kita backup tak?" soal Paroq masih fokus pada memasak burger.

Mail bercekak pinggang. "Memang dah backup pun. Terlebih lagi adalah. Boleh backup untuk modal bulan depan." jelas Mail. Dia memang mahil dalam kira-kira untung rugi perniagaan ni.

Semasa di sekolah menengah dulu, dia ambil kelas Perakaunan dan cemerlang dalam subjek tersebut namun sayangnya duit pembatas segalanya. Daripada berhabis duit masuk universiti, dia rela bekerja sara hidup keluarganya. Tak apa. Rezeki masing-masing.

Paroq sekadar anggukkan kepala. Kalau fasal untung rugi dia serahkan saja pada Mail. Dia hanya 'chef' dan urusannya cuma dapur saja. Dia malas nak ambil peduli fasal wang semua.

Mata Mail mengerling ke arah Mya yang dari tadi asyik memandang mereka berdua. Burger perempuan tu dah siap dah tapi taknak pula dia balik. Mail terus tersengih. Dia menyiku lengan Paroq.

"Apa lagi?"bidas Paroq sedikit geram.

"Kau tengok tu Mya. Dok dari tadi asyik pandang kau aje, aku rasa dia minat kaulah."sakat Mail. Sesekali dia menjeling ke arah Mya yang sudah tersenyum-senyum sumbing.

Paroq tak semena-mena mengalih kan pandangannya pada Mya yang duduk jauh 3 meter daripada mereka. Erk? Budak nerd kau bagi aku, Mail? Terus Paroq meluku kepala Mail.

"Aduh. Sakit sia.."adu Mail sambil menggosok belakang kepalanya. Dia terus menjeling geram pada Paroq yang sudah kembali memasak.

"Aphal?"jerkahnya tak puas hati.

"Budak Mya tu kena dengan selera kau bukan selera aku. Kalau kau nak, kau ambil." balas Paroq spontan.

Mail muncung sedepa. Dia alihkan pandangannya pada Mya semula. Haih, Mya ni cantik orangnya tak itulah.. kaca matanya besar sangat. Dah macam sebesar kanta pembesar aje.

"Saya nak order burger double cheese ayam, satu. Boleh?" pesan seorang gadis kepada Paroq.

"Erm, kalau cik nak pe.."belum sempat Paroq menghabiskan ayatnya. Matanya terus buntang.

Ya-Yara? Gadis itu turut sama terkejut melihat Paroq namun tak lama selepas itu bibirnya menguntum senyum.

Paroq pula beri reaksi yang berbeza. Matanya tak lepas memandang wajah wanis milik Yara. Rasa nak tercabut jantung nya apabila melihat si gadis idaman ada depan mata. Bila Yara beri senyuman, dia balas dengan sengihan kemaruk.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now