Bab 46

18.2K 670 8
                                    

"Assalamualaikum." salam dihulurkan oleh Aqhif namun langsung tak disaut oleh sesiapa.

Dahinya sudah berkerut seribu. Pelik. Mana taknya, selalunya pasti Lara dan Zafriq akan duduk di ruang tamu. Kalau tak menonton televisyen, isterinya itu pasti akan mengajar Zafriq belajar atau menyiapka. kerja sekolah. Namun, malam ini.. hening sahaja.

Tidak mahu berfikir panjang, Aqhif bingkas memanjat tangga satu persatu. Tiba sahaja di tingkat biliknya, dia lihat pintu biliknya tidak tertutup rapat. Lampu bilik juga kelihatan terbuka.

Bibir Aqhif tak semena-mena menguntum senyum. Tebaknya, Lara masih belum tiba. Tali leher dilonggarkannya. Dedaun pintu ditolaknya.

Buka sahaja pintu, dia lihat kelibat Lara yang sudah terbaring lena di atas katil. Senyumannya berubah pudar tatkala terhidukan bau minyak angin ditambah lagi dengan dahi Lara yang bertampal dengan pelekat hilangkan pening kepala itu.

"Lara.."seru Aqhif lembut. Tubuh Lara yang terbaring didekatinya.

Apabila merasakan seseorang berada di sebelahku. Aku celikkan mataku sedikit. Huh, Aqhif.. Aku pandangnya kosong.

"Kau sakit ke?" soalnya dengan nada mendatar.

Aku terus bangunkan badanku lalu aku sandarkan ke kepala katil. Kepalaku yang masih terasa sakit aku urut perlahan. Wajah nya aku pandang acuh tak acuh.

Kejadian petang tadi, masih bermain dalam kepala aku. Kemesraan Aqhif dengan perempuan lain di depan aku.. huh! Sakit hati ini hanya Tuhan saja yang tahu.

"Erm." aku sekadar anggukkan kepala. Dingin saja.

"Kau dah pergi klinik?" soal Aqhif dalam nada risau.

Aku ketap bibir lalu aku geleng kan kepala. Aku pun tak tahulah kenapa aku boleh jadi begini. Sejak balik rumah tadi, badan aku rasa tak sihat. Semacam aje. Tekak ni pun, asyik nak loya aje. Entah apa yang aku makan pun aku tak tahulah.

"Esok kau pergilah klinik. Periksa. Takut demam panas ke apa.." dalam nada mendatar, dia memujukku.

Aku tidak mengangguk tidak menggeleng. Sejak Aqhif masuk ke bilik tadi, aku hidukan sesuatu. Ergh!! Busuk!!! Belum pernah aku hidu bau seperti ini. Apakah? Aqhif sembur apa kat tubuh dia ni? Masam? Busuk!!!

Terus aku tutup hidungku. Aduh, makin sakit pula kepalaku kali ini. Aqhif sudah berkerut dahi.

"Kenapa kau tutup hidung macam itu?" soal Aqhif seperti marah. Macam perli aje.

"Busuk. Ke-kenapa abang bau busuk hari ini?" soalan berbalasa soalan.

Buntang mata Aqhif bila aku kata dirinya busuk. Watdehek? Minyak wangi mahal kot aku pakai. Busuk dia kata? Aqhif sudah menggetus dalam hati. Dia cuba untuk hidu tubuhnya. Aih, pelik! Bau peluh pun tak ada, inikan lagi bau.. busuk!

"Apa kena dengan hidung kau ni? Problem ke? Inilah minyak wangi yang aku selalu pakai. Sah hidung kau problem!" gertak Aqhif sedikit geram.

Aku terus menyambar bantal lalu aku tutup hidungku dengan bantal. Wargh!!! Busuknya!!

"Busuklah, bang. Abang boleh keluar tak? Lara tak tahanlah dengan bau abang ni.." terus lancar ayat berani mati aku dari mulut.

Tercengang Aqhif dibuatnya. Ini kali pertama seorang perempuan menghalaunya. Watde.. aih!!! Akhirnya, Aqhif mengalah.

Satu keluhan berat dilepaskan nya. Matanya sempat menjeling Lara yang sudah baring dengan lubang hidung ditutup dengan bantal.

"Kalau kau halau aku tidur, mana pula aku nak tidur malam ni?" soal Aqhif cuba menjauhkan dirinya daripada aku.

"Tak kisah asalkan jangan dalam bilik ni." spontan saja jawapanku namun sungguh buat Aqhif naik angin. Namun, dia cuba pujuk dirinya untuk bersabar. Huh!! Sabar, Qhif..

Dengan langkah rela paksanya, Aqhif akhirnya keluar dari bilik. Tutup sahaja pintu, Aqhif terus hentak kaki bengang. Haish!! Ini bilik aku tapi Lara itu.. huh!! Argh, serabutlah

"Abang Aqhif.."

Aqhif yang ketika itu sedang membebel kecil terus memandang ke arah gerangan Zafriq. Adiknya yang memakai baju tidur itu berdiri memandangnya.

"Apa dia?" acuh tak acuh saja Aqhif menyahut. Maklumlah hatinya masih bengang dengan Lara.

Zafriq mendekati Aqhif. "Abang ikut Zaf, ada benda yang Zaf nak tunjuk pada abang." terus tangan Aqhif dipautnya.

Tidak membantah, Aqhif menuruti langkah kecil Zafriq menuruni anak tangga. Terpinga-pinga juga dia sebenarnya. Tidak tahu ke mana hala tuju yang Zafriq mahu bawanya.

Akhirnya mereka tiba di meja makan. Dahi Aqhif sudah berkerut seribu. Terus dia kalihkan pandangannya pada Zafriq. Apakah?

"Kenapa bawa abang pergi meja makan ni? Zaf lapar ke?" soal Aqhif cuba menduga.

Zafriq menggelengkan kepala. "Tadi petang akak Lara masakkan sesuatu untuk abang. Akak Lara kata dia nak masak sedap-sedap untuk abang sebab nak sambut hari jadi abang." ujar Zafriq.

Kali ini, Aqhif terpempam. Lara.. tahu hari ni hari jadi aku? Perlahan-lahan dia dekati meja makan, tudung saji disingkapnya. Makin tergamam Aqhif dibuatnya.

Pelbagai jenis masakan dihidang kan di depan matanya. Namun, sayangnya semuanya sudah sejuk.

"Abang.. ini." Zafriq terus bawakan sebuah kek yang langsung tiada hiasan di atasnya. Hanya kek kosong yang sangat sejuk seperti baru lepas dikeluarkan dari peti sejuk. Aqhif ambilnya.

"Kek ini akak Lara masakkan untuk abang."beritahu Zafriq.

Makin bertubi kekesalan dalam hati Aqhif. Kasihan. Fikirnya, Lara tidak tahu hari jadinya jadi sebab itulah dia pulang lambat. Dia baru selesai menyambut hari jadinya bersama kawan-kawannya yang lain.

Aqhif duduk di meja makan. Memandang kosong kek berwarna coklat tersebut. Perlahan, Aqhif mengela nafas berat.

"Selamat Hari Jadi Aqhif, dari Lara.. isteri kau." ucap Aqhif sendirian lalu memotong kek tersebut.

Dia menikmati kek tersebut. Erkk !! Keras.. Aqhif telan liur. Wajah Zafriq yang memandangnya, dipandang juga. Mereka adik beradik saling berbalas pandangan.

Terpaksa. Hargai sikit, Aqhif. Lara dah susah-susah buatkan kek untuk kau. Telan saja walaupun kau rasa tekak kau tak boleh terima. Paksa juga, paksa!


Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now