Bab 11

14K 693 7
                                    

Hari ini adalah hari jadi Yara, sudah dua hari berlalu sejak SPM berakhir.  Hari ini, aku rancang nak bawa Yara makan-makan kat KFC. Hmm.. KFC aje mampu weiyh.

Aku mengayuh basikal menuju ke rumah Nek Mah. Bibirku sudah menguntum senyum. Tak sabar nak beri cincin persahabatan ni pada Yara. Nak tengok reaksi dia macam mana. Maklumlah, cincin murah aje aku mampu bagi.

Tiba saja di hadapan rumah Nek Mah, aku terkedu. Aku lihat Datok Sri Mokhtar  mengangkat beg-beg pakaian keluar dari rumah Nek Mah lalu dimasukkan ke dalam bonet. Mataku terkunci pada Yara yang sudah berpeluk sakan dengan Nek Mah. Siap menangis bagai.

Dahiku berkerut seribu. Basikalku aku tongkat dan perlahan-lahan aku menghampiri keluarga kecil tersebut. Suasana aku rasakan sedikit syahdu. Hati aku mulai rasa tak sedap.

"Yara.." panggilku dengan nada serba-serbi.

Yara yang ketika itu selesai memeluk Nek Mah, terus mengalihkan pandangannya kepadaku. Wajahnya kelihatan sangat terkejut dengan kehadiran ku.

"Lara.."

Dia perlahan-lahan menghampiri ku. Air matanya mengalir deras. Tak semena-mena tubuhku dipeluknya erat seperti tak mahu lepaskan aku. Aku yang masih blur tidak membalas pelukannya.

"Kau nak pergi mana ni, Yara?" soalku masih tidak memahami situasi.

"Aku nak pulang semula ke Kuala Lumpur. Inilah harinya Yara. Hari perpisahan kita berdua sebagai sahabat." ujar Yara dalam nada sebak.

Tak semena-mena aku menolak tubuhnya. Terlepas pelukannya. Yara tergamam. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Dahiku berkerut.

"Kenapa kau tak beritahu aku yang kau nak kena pergi hari ini? Kau cakap lama lagi? Kenapa kau tipu aku?" soalku. Terketar-ketar tubuhku menahan geram.

Gadis itu sudah sedu-sedan menangis. Aku mengetap bibir. Sekarang, aku rasa ditipu dan dibohongi.

"Maafkan aku Yara. Aku terpaksa buat semua ni. Aku taknak tengok kau sedih."ujar Yara memegang lenganku erat.

Aku mengeluh kecil. "Itu aje yang kau pandai cakap? Maaf, maaf, maaf? Aku.. haih, entahlah malas dah aku nak kisah semua ni." balasku dengan nada lemah.

Pelipis mataku aku urut perlahan. Nak menangis tapi pada masa yang sama aku tersangatlah geram. Benda penting macam ni Yara tak beritahu aku pun. Apa masalah dia sebenarnya sekarang ni?

"Kita kawan sampai bila-bila. Itu janji aku pada kau, Lara. Aku janji aku takkan tinggalkan kau." ajuknya memegang kedua-dua belah tanganku.

Aku mengeluh kecil. Sempat Datin Sri Maimon dan Datok Sri Mokhtar aku kerling. Mereka juga tueut bersimpati pada persahabatan aku dan Yara. Aku cuba untuk usir rasa geramku. Hari ini hari jadi Yara, jangan buat spoil, Lara.

Akhirnya, aku paksa diri untuk melirik senyum. "Happy birthday Yara. Selamat hari sebaya dengan aku." ucapku.

Cincin perak yang berada dalam kocek seluarku aku keluarkan lalu aku berikan ke tangannya. Yara turut terkejut dengan kejutan kecil yang aku berikan pada dia.

Perlahan-lahan dia ambil cincin tersebut. Cincin perak itu dibeleknya sejenak lalu bibirnya menguntum senyum nipis.

"Maaflah, cincin murah aje aku mampu bagi."ujarku sambil mengurut tengkukku. Segan pula bagi hadiah murah.

Yara terus gelengkan kepala. Dia terus memelukku lalu mengucapkan terima kasih. Tak semena-mena cincin perak itu disarungkan pada jari manisnya. Dia kelihatan sangat teruja dengan cincin tersebut.

"Thanks, Lara. Aku suka sangat cincin ni. Simple tapi sangat bermakna."ucapnya. Air matanya kembali mengalir deras.

Aku yang tak mampu menahan sebak di dada akhirnya mengalirkan air mata. Aku kalah dengan ego aku. Aku terus memeluk Yara. Syahdu sungguh suasana ketika itu. Ibubapa Yara dan Nek Mah membiarkan kami buat seketika.

"Bila sampai kat sana, tolong jangan lupakan aku." ujarku dalam nada berbisik.

Yara sekadar anggukkan kepala. "Takkan mungkin aku akan lupakan kau. Kau akan selalu ada dalam ingatan aku. Kawan baik aku sampai bila-bila." ucap Yara sambil tangannya mengurut belakangku.

Kami berpelukan buat seketika. Selepas itu, Yara memasuki kereta jenama Range Rovernya. Sebelum pergi jauh, Yara sempat bagi heart sign pada aku. Aku balas dengan heart sign.

'Saranghae, Yara!' bisikku dalam hati.
...

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now