Bab 16

14.7K 621 8
                                    

Tengku Qilah mengatur langkah merapati Aqhif yang sedang leka menonton rancangan televisyen nya. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan Aqhif. Letih betul dia hari ni melayan karenah Zafriq yang bermacam itu.

Zafriq, adik kandung Aqhif itu makin membesar.. makin banyak pula songehnya. Kena marah sikit nangis, kena manja sikit, mengada. Haih. Letih, letih..

"Mana Zafriq, ma?" soal Aqhif mengalihkan perhatiannya ke mamanya.

Selalunya adalah bunyi terpekik terlolong dari adik bongsunya itu namun tiba-tiba senyap aje. Damai sedikit dunia kalau budak itu tak ada.

"Baru aje tidur. Petang tadi, dia ada latihan sukaneka.. itu yang penatnya itu." ujar Tengku Qilah sambil mengurut lengannya yang sudah lenguh.

"Patutlah. Bagus juga dia masuk sukaneka itu. Boleh kurus." perli Aqhif diselangi tawa mengusik nya.

Tengku Qilah terus menampar bahu Aqhif lembut. Kalau boleh dia memang taknak tengok Zafriq chubby tapi itulah.. kalau tak chubby, Zafriq jadi tak comel.

Suasana antara mereka anak beranak jadi hening. Kedua-duanya fokus menonton rancangan 'Midnight Runner' lakonan Park Seo Joon. Yurp, Aqhif tak layan cerita korea tapi kalau melibatkan soal penyiasatan , dia suka.

"Petang tadi, kamu jumpa Yara ke?" soal Tengku Qilah sambil matanya masih ralit menonton movie tersebut.

Aqhif sekadar mengangguk perlahan. Dia juga masih tak mengalihkan matanya daripada menonton movie tersebut.

"Macam mana keadaan Yara?" soal Tengku Qilah. Selepas saja iklan, dia terus mengalihkan pandangannya pada Aqhif.

Kali ini Aqhif menekur ke bawah. "Macam itulah, ma. Masih tak berubah." ujar Aqhif dalam nada sedih.

Tengku Qilah mengeluh perlahan. "Kasihan mama tengok Yara itu. Makin lama makin tenat aje wajahnya."

Aqhif sekadar anggukkan kepala. Dia termenung untuk seketika lalu dia mengeluh kecil. Kejadian petang tadi benar-benar mengacau fikirannya ketika ini.

"Tadi Yara ada tanya Aqhif something."adu Aqhif dalam nada suara mendatar.

Dahi Tengku Qilah berkerut. " Apa dia?"

"Dia tanya Aqhif kenapa Aqhif pilih dia jadi peneman hidup Aqhif."

"Aqhif jawab apa?"

Lelaki itu mengeluh kecil. "Aqhif masih sayangkan dia. Aqhif tak kisah kalau Yara dapat hidup beberapa tahun pun asalkan Yara jadi milik Aqhif. Walaupun cuma sekejap." ujar Aqhif penuh makna.

Rancangn 'Midnight runner' yang bertayang di kaca televisyen sudah tak menarik perhatiannya. Tajuk perbincangan mengenai Yara menjadi perhatiannya ketika ini.

Tengku Qilah mengeluh kecil. Bahu Aqhif diurutnya perlahan. Dia faham akan perasaan anaknya itu. Luluh juga hatinya melihat aqhif yang setia pada Yara walaupun Yara bukan macam dulu lagi.

"Yara pun pernah minta Aqhif untuk batalkan pertunangan ni dan cari perempuan lain yang lebih baik. Aqhif tak faham kenapa dia sanggup cakap macam itu." keluh Aqhif.

"Mungkin Yara taknak Aqhif tersalah pilih. Kalau bagi Yara, itu yang terbaik kenapa Aqhif taknak ikut?" soal Tengku qilah sudah menduga  aqhif.

Tak semena-mena Aqhif meleret sengih hambar. Dia meraup wajahnya.

"Bagi Aqhif, Yara adalah sgalegala-galanya untuk Aqhif, ma. Tak ada siapa yang dapat gantika. gadis itu dalam hati Aqhif untuk dia." ucap Aqhif dengan nada serius. Kalau dia serius, itulah apa yang dia mahukan.

Tengku Qilah tersenyum bangga. Itulah anak terunanya. Dia bangga dengar ayat matang yang Aqhif hamburkan.

"Aqhif jadi ke nak ke kampung arwah nenda Yara esok?" soal Tengku Qilah.

Between 2 Love(✔Completed)Where stories live. Discover now